Tuesday, May 5, 2009

Dari Prespektif Presiden Iqra' : Didikan Terhadap "Penyakit"

Penjahilan besar-besaran telah melanda konsep-konsep umum seorang Muslim dalam berbagai persoalan Islam. Hal ini telah merebak pada seluruh sikap dan tingkah laku Muslim. Akibatnya muncullah berbagai konsep, sikap dan waqie’ yang asing, yang sama sekali tidak ada sangkut pautnya dengan hakikat Islam yang sebenarnya.

Akibatnya Islam yang sepatutnya menjadi suatu nikmat terbesar kurniaan Ilahi kini menjadi suatu bebanan. Suatu bebanan yang ditanggung lantaran kejahilan Ummat Islam itu sendiri dalam memahami dan menghayati Islam sebagai suatu nikmat

Ada yang menyedari hakikat ini dan cuba merawatnya Tapi tidak tahu punca-puncanya lantaran tidak tahu bagaimana seharusnya mendiagnosa semua penyakit ini dan memahaminya secara menyeluruh dalam rangka membina semula ummat dan memperbaharui Harakah Islamiyyah serta melancarkan suatu Harakah Islamiyyah yang baik, selamat, memadai dan moden. Kerana dengan semata-mata adanya keluhan, semata-mata keinginan melakukan perubahan secara benar, semata-mata merasai berada pada jalan yang salah dalam hampir semua segi, semata-mata adanya usaha-usaha serampangan untuk mengubati keadaan yang hina dan terkebelakang, dengan semata–mata itu semua! Maka keadaan ummat akan tetap buta terhadap jalan terang. Oleh itu kaedah pengdiagnosaan menyeluruh mesti diketahui.  
Penyakit yang dideritai oleh ummat Islam hari ini adalah penyakit lama yang berulang kembali akibat dari kecuaian dan kealpaan ummat ketika sihatnya. Penyakit ini dulunya hampir memusnahkan ummat manusia tetapi Allah yang Maha Penyayang telah mengutuskan RasulNya lalu membimbing ummat manusia yang sedang dalam kegelapan menuju kepada cahaya dan keluasan hidup, dari penyembahan kepada sesama mahkluk kepada penyembahan Allah yang Maha Esa. 

Tetapi kini penyakit ini semakin merebak dan makin hari makin tenat, hingga ada organ-organ yang lemah dan tak berfungsi, bahkan Tauhid ataupun keimanan kepada Allah yang menjadi jantung Islam itu sendiri telah tenat dan makin kehilangan fungsinya. Kini tanda-tanda kelemahan dan kehancuran ummat mula tampak dalam tingkahlaku dan pergerakan ummat itu sendiri.Ummat Islam hari ini telah mula menolak Syariat dan Hakimiyyah Allah taala, Deen Allah serta janji-janji dan ancaman-ancaman Allah. Dimana ini bermakna kita juga telah menolak redha,rahmat dan bantuan Allah taala; oleh itu hari ini kita melihat Ummat Islam telah hilang Daulah Islamiyyah, Syariat Islamiyyah, Ahklak Islam, Tamadun Islam, Tarbiyyah dan Keperibadian sebenar Islam. 

Penyakit ini tidak akan sembuh melainkan kita merawatnya sebagaimana Rasulullah s.a.w merawatnya dahulu; kita mesti bermula pada titik permulaan dakwah Rasulullah s.a.w. Ummat ini perlu dididik sebagaimana Rasulullah s.a.w mendidik generasi awal dahulu dengan manhaj dan uslub yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w

“Kefahaman yang shahih dan niat yang baik adalah sebesar-besar nikmat Allah s.w.t ke atas hambaNya. Bahkan tidak ada anugerah yang lebih baik dan mulia selepas Islam melainkan kedua-duanya. Kedua-duanya merupakan betis kepada Islam. Islam tertegak di atasnya dan dengannya seorang hamba terselamat dari jalan-jalan orang-orang sesat yang mempunyai kefahaman yang rosak. Beliau termasuk dikalangan orang-orang yang diberi nikmat ke atas mereka, mempunyai kefahaman dan niat yang baik. Mereka berada pada jalan yang lurus yang diperintahkan agar kita memohon dari Allah s.w.t agar Dia menunjuki kita jalan yang lurus dalam setiap solat. Kefahaman yang shahih merupakan cahaya yang dicampakkan oleh Allah s.w.t kedalam hati hambaNya menyebabkan beliau boleh membezakan di antara yang shahih dan fasid, hak dan bathil, petunjuk dan kesesatan, penyelewengan dan kebenaran"
Al-Faqir Ilallah Mohd Hadi Abd Rahman

Saturday, May 2, 2009

KRISTIANISASI.. SATU KISAH PERKONGSIAN BERSAMA SAHABAT

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakaatuh.

Inni aqhofullah harabbal a'lamin...

Pada pagi Isnin yang lalu.... Dengan kesibukan menghadapi peperiksaan akhir semester 2 08/09. Saya dikejutkan dengan panggilan telefon dengan deringan lagu 'orang muda' dari kumpulan suara firdaus yang sememangnya menjadi lagu kegemaran. Tertera pada skrin telefon hanya nombor telefon sahaja. Sekilas didalam hati mengatakan ini mungkin kawan sekuliah. Desus hati ini mengatakan sedemikian kerana sejak semalam saya menunggu panggilan dari rakan sekuliah.. Dengan tujuan, ingin menjemput beliau bertandang ke bilik saya bagi membincangkan gerak kerja pada semester hadapan.

Apabila menjawab, saya hanya mendengar tangisan seorang wanita... Assalamualaikum.. Siapa tu? Tanya saya tanpa dijawab sepatah pun. Sebaliknya dia terus menangis teresak-esak. Hampir 3 minit saya masih memberi salam sambil menenangkan perempuan tersebut...

Assalamualaikum... Maaf, saya bertanya.. Awak ni siapa? Apa dah jadi ni? Saya minta awak bertenang.. Istiqhfar kepada Allah... mudah-mudahan awak tenang... Berulang kali saya mengingatkan dia... Dari intonasinya, kedengaran sangat sebak dan sayu...
Tidak lama selepas itu, ukhti ini mula bercakap tetapi tidak jelas perkataannya, mungkin kerana tangisannya masih belum reda. Bak air hujan renyai-renyai. Sayup kedengaran di telinga saya...


"As..as..Assalamualikum ha..hadi... Maaf kerana menggangu, saya mengenali awak daripada seorang kawan saya.. Saya mohon maaf mengganggu awak pagi-pagi mcm ni... Hadi...Tolong saya.... Tolong saya.. Saya takut... Saya berdosa"... Saya masih membiarkan dia bercakap.. Setelah terdiam sejenak..


Wa'alaiukumsalam warahmatullah... siapa awak? sekali lagi saya bertanyakan identiti sebenar muslimat ini untuk memastikan persoalan yang timbul yang masih berligat kerana ingin mengetahui siapakah sebenarnya dia... Apa yang dapat saya tolong awak? InsyaAllah, jika Allah izinkan saya untuk membantu, saya cuba untuk bantu..


Terus perempuan tersebut memberi maklum balas.. Awak tak perlu tau siapa saya.. Saya nak awak bantu kawan saya. Sekarang dia dah pakai rantai bentuk salib... Dia dah dikristiankan... Tapi dia masih mengaku ISLAM... Saya takut sangat, dia kawan baik saya. saya tak tau kenapa dia boleh jadi macam tu.... Telus perempuan tadi bercakap yang kurang lancar perkataannya...

Sejenak saya terus beristighfar sambil mengenangkan kes yang saya berhadapan dengan seorang pelajar sewaktu saya menjalani latihan praktikel mengajar... Ni sudah semestinya KRISTINISASI!!! Isu Gejala Murtad masih berleluasa di IPTA dan IPTS...

Subhanallah...berlaku jugak di Batu Pahat ni?!! Perbualan lanjut antara saya dan si pemanggil tadi adalah dirahsiakan.

Wahai masyarakat Islam... Sejauh mana kesedaran kamu terhadap golongan umat Islam di kampus kita yang MURTAD??!! Kita asyik sibuk dengan akademik masin-masing... Tapi, langsung tidak ada kesedaran bahawa saudara seISLAM kita di MURTADkan??

InsyaAllah,post akan datang akan saya perjelaskan kepada masyarakat berhubung dengan isu kristianisasi... Sejurus itu, saya terpanggil untuk melaksanakan Simposium Memperkasa Akidah yang bakal diadakan pada semester hadapan jika mendapat kelulusan dari HEP dengan izin dari Allah..

Masyarakat kampus sekalian khususnya beragama Islam... Pelihara diri kita dengan memegang kuat ajaran Islam yakni dengan iktikad akidah ahlil sunnah wal jamaah... Mudah-mudahan Allah mempekuatkan hati bagi manusia yang beriman...

Beramal kerana Allah, Bukan Menuntut Redho Manusia.



Presiden Iqra'

Al-Faqir Ilallah...

Mohd Hadi Abd Rahman

Wednesday, April 29, 2009

Resolusi MPPUTHM berkaitan isu kolej kediaman

B.Pahat, 28 April – MPPUTHM telah berbincang dan mendapat persetujuan presiden-presiden Jawatankuasa Kolej Kediaman UTHM untuk bersama mencari kesepakatan memberi perjelasan dan tindakan berkaitan isu kolej kediaman. 

Resolusi yang di hasilkan di peringkat MPPUTHM telah di sepakati dan di persetujui di peringkat presiden JKKUTHM dalam mengutarakan 5 resolusi yang di gariskan oleh MPPUTHM untuk di serahkan kepada Naib Cancelor UTHM dalam masa terdekat.

Kandungan dokumen sebanyak 11 helaian itu mengetengahkan resolusi yang di sertakan bersama falsafah dan rasioalnya setiap resolusi yang di nyatakan. 

Diantara 5 resolusi tersebut adalah meminta pihak universiti 

1.  Memberi penerangan tentang maklumat tidak jelas mengenai rasional pemindahan pelajar kanan.
2.  Rasioalnya pelajar kanan di haruskan menetap di kolej kediaman baru dan pelajar baru di kolej kediaman yang sedia ada.
3.  Jaminan infrastruktur dan kemudahan di kolej kediaman Taman Universiti dan Taman Kelisa sebelum kemasukan pelajar kanan semester akan datang.
4.  Jaminan keselamatan di kolej kediaman Taman Universiti dan Taman Kelisa
5.  Jaminan Pengangkutan awam di kolej kediaman Taman Universiti dan Taman Kelisa


Untuk maklumat lanjut, salinan resolusi telah di tampal di papan kenyataan berhampiran kedai photostat di Kolej Kediaman Tun Syed Nasir. Pihak MPPUTHM mungkin akan memaklumkan berkaitan isu ini di blog rasmi YDPUTHM0809 dalam masa terdekat.

Pihak Pro Mahasiswa memuji tindakan segera pihak MPPUTHM menghasilkan resolusi ini kerana ianya berketepatan dengan tanggungjawab MPP terhadap mahasiswa sambil digerakkan agendanya di peringkat JKK di setiap Kolej Kediaman. Justeru itu, kita mengharapkan agar resolusi ini dapat membantu dalam memberikan perjelasan kepada warga mahasiswa berkaitan permasalahan

Petikan dari : http://www.promahasiswauthm.blogspot.com/

Tuesday, April 28, 2009

AYAH IBU RESTUI PERJUANGANKU

Ayah….. Ibu……
Namamu menyerlahkan seri di wajahmu
Kelembutanmu tiada bandingannya
Engkaulah insan yang sangat kusayang
Kehadiranku kerna pengorbananmu


Ayah….. Ibu……
Harapanku agar engkau merestui
Perjuanganku ke arah kebenaran
Supaya ISLAM tertegak dibumi Allah
Kerana engkau laksana awan di langit
Ibarat memayungi setiap gerak kerja dakwahku..

Ayah….Ibu….
Demi cintaku ini
Aku kan berjanji berbakti padamu
Walau ku tahu tak mungkin dapat membalas jasamu
Demi kasih dan sayang
Aku rela berkorban apa saja
Kerna kini ku tahu syurga
Di tapak kaki ibu


Ayah…..Ibu….
Kau umpama permata di hatiku
Memberikanku sinaran cahaya cintamu yang suci
Kau bak mutiara di samudera
Tetapkan berharga untuk selama-lamanya


Ayah….Ibu….
Semenjak ku lahir ke dunia ini, ku dibelai dan dimanja
Kerana itulah ku tidak sesekali menderhakamu
Pada dua insan bernama ayah dan ibu

Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Dan dosa kedua orang tuaku

Kasihi mereka sebagaimana mereka

Mengasihiku sewaktu dahulu

-Rojulun Soleh-

Monday, April 27, 2009

Peranan Kelab Iqra' Dalam Memboikot Barangan Yahudi dan Sedikit Renungan

Menjawab beberapa persoalan yang dikemukan oleh beberapa masyarakat kampus serta ahli kelab iqra’ mengenai pertanyaan isu pemboikotan barangan yahudi dan isu krsitianisasi… InsyaAllah, ruangan kali ini dan kesempatan ini saya akan perjelaskan mengenai peranan kelab iqra’ (KI) dalam pemboikotan barangan yahudi..
Bagi peringkat pimpinan KI… Kami telah melaksanakan beberapa gerak dakwah di kampus UTHM…


Antaranya ialah :
1. Mengadakan Himpunan Aman Membantah serangan Israel ke atas palestin dan memboikot barangan keluaran yahudi dan sekutunya…
2. Menghantar surat pemberitahuan mengenai kempen memboikot barangan keluaran yahudi kepada pusat-pusat niaga, Kafeteria-kafeteria kolej kediaman dan Koperasi UTHM.
3. Telah Mengeluarkan beberapa risalah supaya masyarakat kampus memboikot barangan Yahudi seterusnya memberi kesedaran kpd masyarakat kampus.
4. Telah mengeluarkan poster-poster senarai barangan yang perlu diboikot dan telah pun ditampal di beberapa tempat tumpuan mahasiswa.
5. Semasa menjalakan program 10 tahun Kelab Iqra’. Pameran telah dijalankan diruang legar Pusat Niaga Siswa sepanjang tempoh pameran tersebut.
Malangnya, terdapat beberapa pihak yang menyekat perjalanan dakwah bagi memboikot barangan Israel. Rasanya tidak perlu saya perjelaskan pihak yang menjadi batu penghalang dalam meneruskan misi dakwah ini…


Sedkit Renungan Buat Pembaca Mengenai Cabaran Dalam Berdakwah DiBumi Kampus…
• Cabaran Islamophobia 
• Cabaran Fahaman Sekularisme. 
• Cabaran Kuasa Politik yang Semakin Undemocratic 
• Cabaran Kepimpinan dan Pemimpin yang korup. 
• Cabaran Pihak yang Tidak Bertanggungjawab dan Kurang Beretika
• Cabaran Pendidikan Sekular 
• Pengaruh Budaya Barat
• Kristianisasi 
• Globalisasi
• Kuasa Pusat Agama yang disalahgunakan. 
• Masyarakat Kampus yang tidak prihatin. 
• Kepelbagaian wadah dan wahana dakwah yang belum diselaraskan dengan berkesan. 
• Kekurangan Tenaga Mahasiswa yang terlatih

Sekian Dari Saya
Presiden Kelab Iqra’ UTHM
-Al_Faqir Ilallah Mohd Hadi Bin Abd Rahman-




I made this widget at MyFlashFetish.com.