Kepakaran Saya Ialah Memberi Nasihat Kepada Anda Untuk Perancangan Kewangan Secara Lebih Jelas, Tepat Dan Telus Mengikut Keperluan Semasa Anda. Saya merupakan wakil perunding kewangan & takaful/insurans dibawah Prudential BSN Takaful Berhad. Saya dan syarikat PruBSN Takaful tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang disampaikan. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dengan wakil kami untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci
Friday, July 10, 2009
Friday, May 22, 2009
SIMPOSIUM MEMPERKASA AKIDAH 2009
LDK I : Asas Al Quran
LDK II : Latih Tubi Bible
- Mr. Shah Kirit Pengurus, Saba Islamic Media, Maju Junction Pegawai Da’wah, IIS
- Mr. Lim Jooi Soon Usahawan Perniagaan Makanan. Pegawai Da’wah, IIS.
- Nicholas Sylvester Pengerusi Hidayah Center JIM Pengarah Urusan sebuah syarikat latihan bina insan, Kuala Lumpur Pusat Komuniti JIM, Pusat Bandar Melawati, KL
MODERATOR
- YM Engku Fauzi Ketua Dakwah Persatuan Pengislaman Darul Fitrah Terengganu Ahli Jawatankuasa Majlis Da’wah Kerajaan Neg. Terengganu
Senarai Jemputan Para panel masih belum ditetapkan. Saya masih berurusan dengan pihak HEP dan JAKIM bagi Simposium Memperkasa Akidah 2009.
Sebarang Penambahbaikkan bolehlah diemailkan kepada saya di
alsyed_hadi@yahoo.com
Friday, May 15, 2009
Bersatu, NGO Perak pelbagai kaum sebulat suara gesa kembalikan hak demokrasi
Kenyataan tersebut disampaikan semasa sidang media khas di Bangunan Belia Ipoh Perak Darul Ridzuan petang tadi.
Sidang tersebut telah dihadiri oleh ramai wartawan yang melihat satu suasana yang unik apabila melihat Mahasiswa Perak bersama-sama pertubuhan-pertubuhan NGO Cina dan India bekerjasama dan bersepakat bagi memikul suara rakyat di Negeri tersebut.
Presiden Bersatu, Mohd Hafez Sabri meluahkan perasaan tertekan seluruh rakyat Perak berhubung krisis politik yang berlaku di negeri tersebut.
“Kami ingin tegaskan kepada semua pimpinan politik dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat serta kepada Pihak Istana dan seluruh kakitangan Kerajaan bahawa rakyat Negeri Perak sekarang ini secara majoriti sangat-sangat marah, mual dan bosan dengan perbalahan dan kemelut yang tidak tahu penghujung nya ini."
"Kerajaan negeri huru hara, permasalahan dan kebajikan rakyat tidak terurus, ekonomi Perak merudum, mat rempit berleluasa, gejala dadah meningkat, intisusi kehakiman dan polis kelihatan sangat dipergunakan oleh pihak yang lebih berkuasa, wakil rakyat tidak berfungsi malah instisusi kesultanan semakin dicemari dan berbagai lagi persepsi yang tidak elok ada dalam pemikiran rakyat jelata".
"Maka kita menuntut hak demokrasi perlu dikembalikan kepada rakyat,kita mendapati rakyat tidak kira dari PR atau BN masing-masing mahu dun dibubarkan sesegera mungkin agara rakyat kembali aman dan pentadbiran Negeri Perak kembali terurus,” ujar beliau panjang."
Menurut Saudara Alexis yang mewakili suara rakyat kaum India, beliau menzahirkan kepada media berkenaan suasana rakyat Perak secara am berikutan isu kemelut politik di negeri tersebut.
Sementara itu bagi Yuk Choi Han yang mewakili suara rakyat kaum Cina, beliau menggesa agar seluruh persatuan-persatuan Cina di Negeri Perak agar sama-sama bergerak dan memobilasi tenaga rakyat untuk menuntut hak di kembalikan semula kepada rakyat iaitu menggesa agar DUN dibubarkan secepat mungkin
“Kami dari kaum Cina akan sentiasa memberi kerjasama kepada seluruh NGO yang ada di Perak ini dengan sebaik mungkin agar kita rakyat Perak dapat hidup harmorni, saling hormat menghormati dan bekerjasama walaupun kita berbeza dari segi agama dan kaum, saya juga mengucapkan tahniah kepada Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak kerana menjadi suara anak muda yang tegas mempertahankan hak rakyat,”jelas beliau.
Mengakhiri sidang media tersebut, satu kata sepakat dan deklarasi telah diumumkan oleh seluruh pimpinan NGO yang hadir dengan menyatakan seluruh NGO2 Perak tidak kira dari Melayu, Cina dan India akan terus bekerja dan berusaha secara bersama sehingga semua pihak akur untuk mengembalikan semula hak rakyat Negeri Perak.
Dalam pada itu, Hafez Sabri turut membentangkan kepada seluruh kaum Cina dan India yang hadir berkenaan gagasan Bersatu Perak dalam menggerakkan tenaga anak muda di negeri tersebut bagi merakyatkan mahasiswa dan belia bersama seluruh masyarakat di Negeri tersebut.-
mahasiswakini
Saturday, May 9, 2009
Gerak Kerja Dakwah: Program Semester 1 2009/2010
Assalamualaikum wbt....
Kepada semua sahabat-sahabat Iqra'. InsyaAllah... Program Kelab Iqra yang akan diadakan pada semeter hadapan adalah seperti berikut:
1) KP2i (Kuliah Pembangunan Integriti Islam)
2) KFN (Kuliah Fiqh Nisa')
4) Antara 2 Hati - (Program Mukhayyam di Pantai Mersing)
5) Simposium Memperkasakan Aqidah
6) Forum Bicara Pemimpin
7) Bengkel Multimedia
8) Pertandingan Montaj
9) Minute To Palestine
10) Kempen Amar Ma’RuF
11) Kelas Pengajian Iqra' untuk Anak-anak Staf dan Terbuka.
Program Kerjasama:
1) MPP: Konvokesyen – Pertandingan Nasyid & Forum Perdana Hal Ehwal Islam
InsyaAllah pada 12 dan 13 Mei ini, Pimpinan Kelab Iqra' akan mengadakan SKT (Sasaran Kerja Tahunan) bagi membincangkan segala Matlamat,Objektif dan keberkesanan program kepada dakwah di kampus UTHM. Segala Kebaikan dan kekurangan adalah daripada Allah. Mudah-mudahan saya mengharapkan kepada seluruh warga kampus khususnya yang beragama Islam dapat mendoakan agar Allah melimpahkan rahmat atas gerak kerja dakwah dibumi Kampus ini supaya tertetagaknya ISLAM...
Sekian dari:
Al-Faqir Ilallah Mohd Hadi bin Abd Rahman
Presiden Iqra 09
Wednesday, May 6, 2009
AkU pEnDayUnG SaMpaN
Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.
Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.
Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."
"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.
"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."
Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu
masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.
Sahabat-sahabat.... Pengajaran dari cerita ini:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.
Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan? Tidak lain tidak bukan sebagai bekalan untuk menghadap ALLAH TA'ALA...