Friday, August 21, 2009

Ya Allah, Jauhkan Aku Dari Golongan Yang Tidak Terampun Dosa Sepanjang Ramadhan Kali Ini.



"Kecewa dan rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya.."


Rasulullah menaiki mimbar (untuk berkhutbah), menginjak anak tangga pertama beliau mengucapkan "aamin", begitu pula pada anak tangga kedua dan ketiga. Selesai solat para sahabat bertanya, mengapa Rasulullah mengucapkan 'aamin? Lalu beliau menjawab, malaikat Jibril datang dan berkata: Kecewa dan rugi seseorang yang bila namamu disebut dan dia tidak mengucapkan selawat atasmu, lalu aku berucap aamin. Kemudian malaikat berkata lagi, kecewa dan rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai masuk syurga, lalu aku mengucapkan aamin. Kemudian katanya lagi, kecewa dan rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya, lalu aku mengucapkan aamin. Hadits itu diriwayatkan oleh Imam Ahmad.


Ramadhan adalah nama salah satu bulan dari dua belas bulan Hijriyah, sama dengan Jum'at yang merupakan nama hari dari tujuh hari yang terus berputar. Tidak ada perbezaan antara hari Jum'at dengan hari lain, demikian juga tidak ada bezanya antara Ramadhan dengan bulan lainnya. Secara logik, semua bulan dan hari itu sama saja. Perbezaannya sesungguhnya terletak pada permaknaan. Permaknaan itu terkait dengan momentum sejarah, mungkin juga kerana secara sengaja telah ditetapkan oleh Allah SWT bagi hari dan bulan untuk memuliakannya.


Ramadhan telah memenuhi kedua alasan di atas, selain disengaja oleh Allah untuk disucikan dan dimuliakan, di dalamnya terdapat juga pelbagai peristiwa sejarah yang sangat bererti. Sejarah itu bukan saja berlaku pada Rasulullah Salallaahu 'alaihi wa sallam, tapi juga berlaku pada masa-masa kenabian jauh sebelumnya.


Dalam beberapa hadis dan keterangan yang lain disebutkan semua kitab suci diturunkan oleh Allah pada bulan Ramadhan. Nabi Ibrahim 'Alaihis salaam menerima kitab pada hari pertama atau ketiga pada bulan Ramadhan. Nabi Daud As juga menerima kitab Zabur pada hari kedua belas pada bulan yang sama. Demikian juga nabi Musa As dan Isa As, masing masing telah menerima kitab Taurat dan Injil pada bulan Ramadhan. Nabi Muhammad Saw, sebagai Nabi akhir zaman menerima kitab Al-Qur'an pada tanggal 17 bulan Ramadhan.


Adalah benar, Jika semua kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan. Kesengajaan itu semata-mata ditunjukkan untuk mensucikan dan memuliakannya. Memang ada empat bulan lainnya yang dimuliakan Allah, tapi Ramadhan tetap menempati urutan teratas. Bukan hanya kerana momentumnya, tetapi lebih lagi kerana Allah Swt menjanjikan berbagai bonus dan ganjaran istimewa. Kerana alasan itulah, jauh sebelum bulan Ramadhan tiba, Rasulullah saw telah menyambutnya.


Sejak bulan Sya'ban, Rasulullah menganjurkan ummatnya agar mempersiapkan diri menyambut kedatangan "tamu mulia" ini, iaitu dengan memperbanyakkan ibadah, terutama ibadah shaum (Puasa). Suasana itu tergambar dalam hatinya dan terukir dalam benak fikirannya. Kehadirannya dirindukan dan dinanti-nantikan. Ibarat orang dipenjara yang selalu menghitung hari pembebasannya, maka setiap hati sangatlah bererti. Begitulah gambaran seorang Muslim, terutama para sahabat Nabi di masa yang lalu.


Saat-saat menanti Ramadhan, para sahabat seperti calon pengantin yang merindukan hari-hari pernikahannya. Jauh hari sebelum hari ketibaan 'persandingan', mereka sudah memikirkan hal-hal yang sekecil-kecilnya. Mereka berfikir, 'pakaian' apa yang akan dipakai pada saat yang penting itu, apa yang diucapkannya, sehinnga bagaimana cara jalannya dan ingin mengukir senyumnya. Begitulah gambaran seorang Muslim yang merindukan datangnya Ramadhan. Tiada seorang pun di antara kaum Muslimin yang bersedih hati ketika menghadapi Ramadhan. Sebaliknya mereka bersuka ria dan bergembira, menyambutnya dengan penuh semangat yang menyala-nyala.


Pada hari-hari akhir sya'ban. Saat itu dimanfaatkan oleh kaum Muslimin untuk saling meminta maaf di antara mereka. Seorang sahabat kepada sahabatnya, seorang anak kepada orang tuanya, seorang adik kepada kakaknya, dan seterusnya. Mereka ingin memasuki bulan Ramadhan dengan tanpa beban dosa. Mereka ingin berada dalam suasana ramadhan yang disucikan itu dalam keadaan suci dan bersih.


Kebiasaan Rasulullah dan para sahabatnya ini perlu dihidupkan lagi tanpa harus mengubah tradisi yang sudah ada dan kekal sampai saat ini. Biarlah hari raya 'Idul Fitri tetap dalam tradisinya, tapi pada akhir bulan Sya'ban perlu ditradisikan hal-hal yang sudah menjadi kebiasaan Nabi, iaitu dengan memperbanyak silaturrahim, saling meminta maaf, dan bertahniah, selain menyambutnya dengan ceramah yang dikhususkan untuk itu. Tahniah, saling mengucapkan "selamat" adalah kebiasaan baik yang ditradisikan Rasulullah.


Berikut ini adalah contoh khutbah Rasulullah dalam menyambut Ramadhan:

"Wahai ummatku, akan datang kepadamu bulan yang mulia, bulan penuh berkah, yang pada malam itu ada malam yang lebih mulia dari seribu bulan. Itulah malam dimana Tuhan memberi perintah bahwa kewajiban puasa harus dilakukan di siang hari; dan Dia menciptakan solat khusus (tarawih) di malam hari.


Barang siapa yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan kebaikan-kebaikan pada bulan ini maka dia akan mendapatkan ganjaran seperti jika dia menunaikan suatu ibadah di bulan-bulan lain pada tahun itu. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu ibadah kepada Allah, maka dia akan mendapatkan tujuh puluh kali ganda ganjaran orang yang melakukan ibadah di bulan bulan lain pada tahun itu.


Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan pahala kesabaran yang sejati adalah syurga. Inilah bulan yang penuh simpati terhadap sesama manusia; ini juga merupakan bulan di mana rezki seseorang ditambah. Barangsiapa memberi makan orang lain untuk berbuka puasa, maka dia akan mendapatkan ampunan atas dosa-dosanya dan dijauhkan dari api neraka, dan dia akan mendapatkan pahala seperti orang yang diberinya makan untuk berbuka puasa, tanpa mengurangi pahala orang tersebut sedikitpun.


Kami (para sahabat) bertanya, wahai Rasulullah, tak semua orang di antara kami mempunyai cukup persediaan untuk memberi makan orang lain yang berpuasa. Rasulullah Saw menjawab, Allah memberikan pahala yang sama bagi orang yang memberi orang lain yang sedang berpuasa sebuah kurma dan segelas air minum atau seteguk susu untuk mengakhiri puasanya.

Dan barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum dari sumber airku, air yang jika diminum tak akan pernah membuatnya haus hingga pada hari dia memasuki syurga."



Sahabat-sahabat.....

Ana minta maaf kepada kalian. Segala gerak kerja dakwah yang mungkin membuatkan antum terbeban, mohon maaf dari ana. Sesungguhnya taklifan sepanjang sesi ini mengajar ana erti berkorban untuk Islam. Mengenal erti siapa sahabat dalam melaksanakan misi dakwah.



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarakh..
Mudah-mudahan kita tergolong di dalam golongan yang mendapat keampunan Allah SWT



Selagi mana, ana berpijak dibumi Allah ini.
Selagi itu, diri kerdil ini dipinjam Allah untuk perjuangan Islam.

Sunday, August 16, 2009

Adakah Sejarah Mungkin Berulang? Bersabarlah....

Salam..

Pertamanya... Tahniah buat semua graduan UTHM yang berjaya naik ke pentas untuk menerima skroll pada Majlis Konvokesyen UTHM ke-8 yang diadakan baru-baru ini. Kepada sahabat - sahabat seperjuangan ucapan tahniah ana ucapkan buat antum.

Sahabat se-Genarasi ana iaitu Akhi Fikri dan Fadli yang kedua-duanya berjaya menamatkan pengajian diploma (jangan lupa untuk menyambung pengajian). Tidak lupa juga kepada abg Fadli Mustafa yang jugak sahabat se-Generasi ana yang banyak menemani ana pada ketika dahulu. Bagi sahabiah muslimat se-Generasi ana iaitu Ukhti Aizatul, Fadilah, Liyana dan Azila, Tahniah ana ucapkan kepada antum yang kini telah meyambung pengajian ditempat yang sama. Tidak ketinggalan, ucapan tahniah buat abang-abang yang kini berada di dalam medan perjuangan yang juga selamat menghadiri majlis Konvo baru-baru ini antaranya abg zul, abg irwan, abg raziman, abg azrin, abg hasri, abg jehe, komeng, dan lain2... Tidak ketinggalann jugak akak-akak yang banyak menyumbangkan tenaga antum kepada Islam. Ana doakan mudah-mudahan agar antum istiqomah dalam perjuangan Islam yang tidak ada penghujung. Tahniah sekali lagi !!!


Teringat ana sewaktu ketika ana dianugerahkan Pelajar Diploma Terbaik Kejuruteraan dan Teknologi yang dikurniakan oleh Canselor UTHM (Tengku Mahkota Johor) iaitu Anugerah Puan Sri Sapura pada Majlis Konvokesyen UTHM ke-7 (sesi lepas).
Kembali terpaut kenangan yang mungkin indah pada ketika tu. Pada hakikatnya.... Ia hanya satu kenangan yang perlu jadi sejarah dan tinggalan buat selamanya... Adakah Sejarah Mungkin Berulang? Memori berkenaan hanya boleh dikenangkan pada ketika tertentu sahaja. Ia bukanlah merupakan satu kejayaan yang perlu dibanggakan. Kejayaan yang hakiki adalah mendapat tempat di syurga Allah w'pun ia susah untuk dicapai..



Sewaktu itu antara yang menemani ana di Majlis Konvokesyen berkenaan adalah antaranya sahabat ana Muhaimin, Abg fadli, Abg Faisal yang kini menjawat jawatan sebagai Tutor di FKMP. Abg Irwan yang juga selama ini menjadi tempat berada didalam hati ana sempat menemani tika ibu dan ayah ana tidak dapat hadir sewaktu Majlis Penganugerahan Diploma.



Pada hari pertama penganugerahan, jauh dari pentas ana melihat mak menangis melihat ana menerima Anugerah Puan Sri Sapura. Kesian mak... Mungkin dalam dewan banyak habuk kot..
Pada hari ketiga Majlis Konvokesyen, mak dan ayah telah pun pulang ke rumah. Sahabat-sahabat ini lah yang menjadi teman untuk bergambar dan meraikan ana pada hari tersebut. Hilang rasa sedih... Alahai...sentimentalnya presiden Iqra' ni...



Di hari konvokesyen pada kali ini, ana hanya sempat meraikan sahabat diploma iaitu fikri, fadli, liyana, azila, aizatul dan fadilah (fadilah ana x kelihatan). Abang-abang yang lain, ana minta maaf sebab tak dapat raikan. Ana sedikit sibuk menguruskan Forum Bicara UTHM memandangkan kesihatan ana kurang memuaskan pada hari-hari konvokesyen berlangsung. Maafkan ana ye...


Dikesempatan pesta konvokesyen tersebut, kesibukan tugas dan tanggungjawab dalam menjalankan amanah dakwah ini seperti biasa ana mencuri masa untuk kembali melapangkan diri... Ana sempat untuk melatih kembali sukan polo yang telah lama ana tinggalkan sejak dibangku sekolah. lagi. Ketika inilah ana kerahkan sedikit daya untuk menunggang kuda.

Keterbatasan keluasan kawasan menyebabkan ana kurang selesa disebabkan mereka menghadkan kawasan tunggangan kuda. Kali terakhir adalah di bandung Indonesia.

Pada ketika itu, skill tunggangan kuda masih menyerlah. Maklumlah pada ketika tu, ana masih lagi giat berlatih. Itulah sejarah lama yang masih dapat dikenangkan sedikit sebanyak.

Antara sukan yang ana tinggalkan adalah extrem game bike yang dulu ana peruntukkan untuk bike RM 1200. Selain itu, kejohanan taekwando yang hampir 13 tahun telah berkecimpung semenjak di darjah empat. Teringat ana sewaktu pertandingan Kejohanan Taekwando Remaja Kebangsaan mewakili negeri Kedah ketika didewan besar negeri Perak semenjak 5 tahun yang lalu. Kali terakhir ana mengikuti kejohanan seni mempertahankan diri adalah ketika ana di tahun 2 pangajian Diploma sewaktu Kejohanan Terbuka IPT yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI). Alhamdulillah merangkul pingat gangsa.

Dalam sukan menembak, pengalaman yang sukar dilupakan adalah dimana memenangi pingat Emas acara menembak piring berkumpulan di Sarawak sewaktu menceburi Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM). Pada ketika itu, persiapan dalam melatih menembak menggunakan senjata M16 berpeluru hidup menjadi rutin mingguan ke kem 6briged Sungai layar. Dalam masa yang sama, kumpulan ana Johan peringkat kebangsaan dalam kawad kaki. Hampir 3 tahun ana didalam PKBM dari Form 1 sehingga Form 3. Rindu rasanya nak mencekah senapang, merasai sebagai ketua Platun , berkedudukan untuk menembak pada 5 kedudukan posisi yang berbeza. Allahuakbar... Teringat dengan ke-aktifan ana dulu. Dahulunya Ana digelar 'manja' oleh Leftenan Muda Lutfi. Dia rapat dengan ana. Maklumlah, ana lah ahli kadet yang paling kecil ketika tu. Erm.....Adakah Sejarah Mungkin Berulang?.

Ana mula berkecimpung aktiviti kerohanian semenjak ana memasuki Sekolah Men. Teknik Alor Star. Tinggal sudah aktiviti-aktiviti lasak. Ana mula mengenali usrah bersama naqib pertama ana iaitu Ustaz Farid Din yang dulunya Mantan YDP USIM. Ana diajar untuk berceramah, menuntut Ilmu, menjadi Imam di surau sekolah sehingga kini terbawa-bawa mengimamkan jamaah di masjid kampung ana (Kg. Penguhulu Him) jika ketiadaan imam. Ana mula giat menghafal Al-Quran sejak di tingkatan 4. Menjawat jawatan sebagai pengerusi Persatuan Pendidikan Islam pada waktu tersebut. Pada ketika itu, ana masih tidak mengerti perjuangan Islam ni cukup hebat rintangan dan dugaannya...

Kini..... Tubuh badan yang kecil ini telah pun ditaklifkan dalam memikul amanah. Pelbagai rintangan dan dugaan dalam melaksanakan dakwah. Ana terpaksa tinggalkan semua aktiviti yang menjadi kenangan sewaktu ketika dulu kerana diri ana dipinjamkan oleh Allah untuk perjuangan Islam.

Selagi mana ana berpijak dibumi Allah. Selagi itulah diri kerdil ini diwakafkan untuk Islam. Doakanlah ana supaya Istiqamah.


Buat Sahabat-sahabat....

Islam tidak menegah atau menghalang umatnya mencari kekayaan dan kebahagiaan di dunia, sebaliknya apa yang ditekankan ialah memburu kebahagiaan hidup di dunia dan janganlah sampai terlupa tanggungjawab mempersiapkan diri dengan amalan serta bekalan kehidupan akhirat. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud.
"Dan carilah kurniaan Allah untuk kebahagiaan di akhirat disamping itu jangan pula engkau lupa kepada kebahagiaan di dunia".
(Al-Qasas : Ayat 77)


Buat Tentera-tentera Muhammad SAW....

Bersabarlah kita dalam melaksanakan amanah untuk terus menjalankan usaha dakwah. Sesungguhnya, perjuangan Islam itu tidak ada hamparan suatu jalan yang senang. Bersabarlah...

"Demi sesunggunnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah : Ayat 155)


Selagi mana diri yang hina ini berpijak dibumi Allah. Selagi itulah diri kerdil ini diwakafkan untuk Perjuangan Islam


Sekian Dari....
Al-Faqir Ilallah...
Mohd Hadi Abd Rahman...

Tuesday, August 4, 2009

Kerajaan Harus Berani Hapuskan ISA-Tun Abdullah Ahmad Badawi

Dua minggu sebelum demonstrasi besar dirancang bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mantan perdana menteri berkata kerajaan wajar “berani memansuhkannya.”


Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan, lapor Bernama.

“Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

“Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan
kerajaan mengambil tindakan pencegahan,” beliau dipetik berkata.

Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Dicemari stigma negatif

Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk
melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya “kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA” sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

“Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

“Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik,” katanya seperti dilaporkan.

Saturday, August 1, 2009

Kekejaman ISA. Dimana Peranan Dan Suara Kita ???

Dimanakah sifat kemanusiaan kita?





Pemergian al-marhumah Aina Mardiah Shahrial yang kembali ke Rahmatullah(3 Julai 2008). Anak gadis ini koma di Hospital Kajang selepas terjatuh di rumahnya.








Sungguh memilukan, Aina Mardiah sudah sejak sekian lama tidak menatap wajah ayahnya, Shahrial Sirin yang ditahan di Kem Kamunting sejak 7 tahun lalu! Beliau kembali kepada Allah dalam kerinduan. Membesar tanpa ayah, yang ditahan, bukan dipenjarakan.






Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA) untuk mendapatkan pelepasan Shahrial Sirin berdepan dengan birokrasi Napoleonik yang sungguh luar biasa. Shahrial akhirnya tiba di rumah pada jam 9 malam dan hanya dibenarkan oleh pihak polis bersama jenazah anaknya serta ahli keluarga yang lain selama satu jam!

Sunday, July 26, 2009

PENJELASAN RINGKAS MENGENAI ISU PEMBUBARAN KELAB IQRA'

Assalamualaikum wbt....

Kepada semua pembaca sekalian.... Pada hari ini jam 9.00 pagi.... Saya sudah berjumpa dengan Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar buat kali ke-2 bagi mendapatkan kelulusan kenyataan rasmi untuk di keluarkan dalam masa yang terdekat ini.. Kelulusan kenyataan rasmi berkenaan akan diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA.

InsyaAllah satu perjumpaan dengan kadar segera bagi menyelesaikan masalah Isu Pembubaran Kelab Iqra' ini akan diadakan secepat mungkin yang akan dipengerusi oleh TNC HEPA. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pegawai HEP, Pegawai Pusat Islam dan wakil Maljis Perwakilan Perlajar (YDP UTHM) dan barisan kepimpinan Majlis Tertinggi Kelab Iqra'.

Saya mengakui bahawa memang terdapat hitam putih berkenaan Isu pembubaran Kelab Iqra' dan saya mengesahkan ia adalah benar berdasarkan minit mesyuarat TNC HEPA bersama-sama ketua-ketua pusat tanggungjawab. Namun, saya tidak dapat memberi apa-apa lagi penjelasan lanjut selagi mana perbincangan dan perjumpaan yang dipengerusi oleh TNC HEPA diadakan.. Saya juga dalam proses memohon kepada TNC HEPA dengan mengeluarkan surat rasmi bagi mengadakan pertemuan ini secepat mungkin bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Saya berharap kepada ahli-ahli kelab dapat menunggu keputusan dengan sabar dan tenang tentang cadangan kelab Iqra' ingin dibubarkan. Disini saya melampirkan minit mesyuarat saya terima daripada Pengarah Pusat Islam.

Bukti yang saya dapat lampirkan dalam minit mesyuarat berkenaan yang tertulis didalam perkara 3.4 adalah Mesyuarat bersetuju dengan cadangan supaya Kelab Iqra dibubarkan sahaja kerana banyak masalah dan tidak membantu dalam pembangunan sahsiah pelajar malah banyak menjalankan aktiviti tanpa menerima pandangan Pusat Islam.

Untuk makluman, pihak pimpinan saya telah menjalankan mesyuarat selepas minit mesyuarat ini dikeluarkan. Saya memohon untuk PTJ yang mengusulkan Kelab Iqra' UTHM dibubarkan agar membentangkan dokumen-dokumen terlebih dahulu yang menjadi sebab yang munasabah Kelab Iqra' ini ingin dibubarkan seperti mana yang telah diminitkan bagi pembubaran Kelab Iqra'.

Segala surat menyurat program, minit mesyuarat, kelulusan program, VMO yang telah dipersetujui bersama pegawai Pusat Islam, Bengkel Penambahbaikkan Program, SKT yang telah dijalankan , Laporan-laporan program, maklumat-maklumat hitam putih akan kami bentangkan didalam mesyuarat bersama TNC HEPA akan datang. Semua ini akan menjadi bukti bagi pihak kami sebagai pimpinan Kelab sepanjang berada dibawah Pusat Islam.



I made this widget at MyFlashFetish.com.