Sunday, September 6, 2015



Dalam keadaan kegawatan ekonomi. Apa yg perlu anda lakukan?

1. Membuat simpanan sekurang2nya 10% dari pendapatan bersih anda.

2. Kurangkan perbelanjaan yang boleh di control. Contohnya makan diluar, tambah accessories kereta, shopping perkara kehendak, kurangkan entertainment/etc.

3. Selesaikan hutang puitang, contohnya Personal Loan yg melibatkan faedah sehingga 18%, credit card, etc....

4. Jangan menambah apa2 komitment yg melibatkan rekod ccris & ctos sehingga melebihi 40% daripada income bulanan anda. Exe personal loan, tukar kereta, belian perabot courts etc...

5. Buat kerja2 yang mendatangkan pasif income. Contohnya dorship, jadi agen unit trust atau takaful, jualan online & offline dimana pernulaan modal hanyalah minima.

#FinancialConsultant
#PruBSNTakaful
#TakafulAdvisor
#WealthPlanner

013-7138913

Thursday, August 27, 2015

Servicing Client at KPJ Klang



Alhamdulillah, selesai sharing di Prudential Klang Office. Saya terus ziarah client cilik saya yang telah dimasukkan wad KPJ Klang disebabkan Bronchitis.

Beginilah saya...... Service client adalah keutamaan saya. Bermula daripada :

1. Client Call anaknya demam panas dan batuk-batuk
2. Saya verified dahulu berapa lama anaknya demam dan batuk-batuk serta rawatan yang telah dibuat.
3. Setelah saya membuat pengesahan, saya terus menghubungi pihak hospital KPJ Klang bagi membuat tempahan bilik (setelah pihak klinik meminta untuk merujuk pihak hospital)
4. Saya call pihak Prudential BSN Takaful untuk proses permohonan intial Guarantee Letter (GL)
5. Anak Client Admitted.
6. Setelah 5 hari di Hospital, proses discharge saya uruskan sehinggalah selesai...
7. Bil Hospital RM6540.

Agak-agak tuan/puan, berapa lama anda boleh mengumpul jumlah sedemikian? Ingin mendapatkan rawatan yang lebih selesa untuk anak dengan caruman hanya serendah RM100/month?


Hubungi saya : 013-7138913
Kunjungi Page : Hadi Rahman PruBSN Takaful

Saturday, August 4, 2012

Penemuan Kitab Lama Merisaukan Vatican



Injil ini meramalkan kedatangan Muhammad.
Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai ‘Gospel of Barnabas’ ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat agama Kristian bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih mendalam.
Pope Benedict XVI sendiri telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali sebagai ‘Gospel of Barnabas’ itu.
Injil yang bertinta emas dan menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun.
Injil berkenaan telah dijumpai sejak 12 tahun yang lalu (2000) di Turki dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam atas permintaan kuat dari pihak gereja kerana dibimbangi ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad (Muhammad saw).
Namun begitu pada tahun 2010, Injil berkenaan telah diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan kemudiannya diberikan kebenaran untuk dipamerkan setelah melalui beberapa usaha pemulihan.
Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang menyatakan bahawa Nabi Isa as adalah seorang Rasul (pesuruh Allah swt) dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai oleh penganut Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Anglican dan Orthodox.
Kitab lama ini juga menyatakan bahawa Nabi Isa as tidak pernah disalib sehingga meninggal dunia. Bahkan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Kenyataan ini ternyata amat bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan ajaran Saint Paul atau Saul of Tarsus.
Ramai cendikiawan dan ahli teologi Kristian yang telah menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-5 atau ke-6 dan bukannya di abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, ramai pengkaji Islam mempercayai bahawa ia adalah Injil yang paling asli yang telah dijumpai setakat ini.
Harga salinan Injil ini dianggarkan bernilai sehingga 40 juta Lira Turki ( USD 22 juta).
Tidak sukar untuk kita memahami bahawa sudah pasti ada pihak tertentu yang sentiasa dipertikaikan jumpaan yang menggemparkan ini tetapi yang pasti ‘BENAR’ ialah firman Allah swt yang bermaksud,
“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.”- (Surah al Baqarah ayat 146)

Friday, April 29, 2011

Ya Allah Pimpinlah Kelemahan HATI ini


Ya Allah...
Ku Mohon Engkau Pimpinlah Kelemahan HATI ini
Agar Aku Selalu Di Jalan RedhaMu
Tak Putus MemujiMu
Moga Tak Kau biarkan dan Lontarkan Diriku
Bersama Mereka Yang di Dalam KemurkaanMu

Ya Allah...
KepadaMu aku Meminta
Jangan Kau biarkan aku Terleka
Dan Tenggelam Dalam Nikmat Dunia
Terlupa Yang ku Miliki Adalah Semua MilikMu..


Tuesday, January 18, 2011

Hindari Fitnah : Sedikit Penjelasan, Sebesar Perkongsian

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum warahmatullah..

Apabila sesuatu fitnah datang, tidaklah menimpa orang yang zalim sahaja, tetapi akan menimpa kesemuanya. Maka wajib kita untuk berhati-hati. Daripada hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda :
"Tanda-tanda akhir zaman adalah cepatnya waktu, sedikitnya amal, meratanya kebakhilan, banyaknya fitnah atau nampaknya fitnah"

Penulis memohon maaf atas penjelasan ini andai ia menyentuh peribadi maupun individu yang terlibat. Tidak lain tidak bukan, tujuan penjelasan ini adalah semata-mata untuk tidak menimbulkan prasangka buruk bagi pihak yang tidak mengetahui.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : Wahai hamba-hamba-Ku ! Sesungguhnya Aku mengharamkan sifat kezaliman dalam diri-Ku dan Aku juga mengharamkan sifat itu di kalangan kamu. Oleh itu, janganlah kamu zalim menzalimi antara sesama kamu sekalian." (Riwayat Muslim). Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk kepada sesuatu kezaliman.

Pada cuti semester II (sesi 2009/2010), diriku mengalmai masalah kesihatan hampir 2 bulan lamanya. Terima kasih buat ibunda dan ayah tercinta kerana bersusah payah berulang menghantarkan diriku ke klinik swasta, hospital kerajaan dan tidak kurang juga pusat rawatan alternatif. Anemia yang dialami berlarutan sepanjang cuti semester tersebut. Mengikut laporan Doktor, aku dikehendaki tidak terlibat dengan aktiviti luar. Sedangkan diri ini senantiasa memikirkan tanggungjawab dan amanah yang digalas.Mudah-mudahan Allah permudahkan urusanku.

Seperti rakan MPP yang sedia maklum, kesihatan yang masih belum pulih, ku gagahkan diri untuk pulang ke kampus bagi membantu gerak kerja rakan seangkatanku, Latifi yang menguruskan program Generasi Kepimpinan Muda pada cuti semester lepas.. Malangnya, setelah 2 hari berada di kampus, kesihatan yang tidak mengizinkan, telah membuatkan aku terlantar di Hospital dan terpaksa pulang untuk meneruskan rawatan selanjutnya...

Pada cuti semester baru-baru ini, dengan izin YDP dan rakan2 MPP UTHM membenarkan aku mengikuti student mobility programme. Aku adalah salah seorang yang telah diterima menjalani Industrial Attachment ke University of East London, United Kingdom melalui Fakulti Kejuruteraan Awam, UTHM. Rakan MPP lain, Melissa (Jabatan Perhubungan dan Antarabangsa) berpeluang ke Universitas di Indonesia juga pada cuti semester yang lepas. Tahniah buat Melissa. Setelah pulang, barisan MPP membuat pertemuan di bilik gerak MPP. Alhamdulillah, ramai yang datang meeting pada tahun baru ni.. Kami berkongsi pengalaman masing-masing semasa di Perantauan. Ketuaku (YDP MPP) juga akan ke Australia, Tahniah shah!!!

Pengalamanku, bekerja lebih masa dari tempoh yang ditetapkan di syarikat Hardman Structure Engineer, Liverpool Street telah berjaya menyenangkan hati Prof DC. Aku berjaya menghasilkan jambatan pejalan kaki kepada pihak syarikat. Mr Paul yang merupakan pengarah urusan Hardman Structure Engineer telah memaklumkan perasaan puas hatinya kepada pihak UTHM. Alhamdulillah, satu kejayaan bagi diriku, adalah melaskarkan imej positif UTHM umumnya dan fakulti khususnya. (tak sabar rasanya nak tunggu presentation kepada pihak universiti). Bagi diriku, sebagai seorang daie yang ditaklifkan sebagai pimpinan mahasiswa, akan aku tetap menjalankan amanah yang digalas selagi mana kudrat dan nyawaku berada dipenghujung. InsyaAllah, akan aku kongsikan segala yang baik untuk perkongsian dan segala yang buruk untuk kita jadikan sempadan untuk penulisan seterusnya...

‘Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’. (Al-Baqarah: 159-160)

-Naib Yang Di-Pertua 1-
Majlis Perwakilan Mahasiswa 09/10
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Saturday, January 8, 2011

Cinta Ilahi : Menjana Cinta Suami Isteri

Allah menciptakan manusia, Allah memahami cinta antara mereka.


Cinta Ilahi ialah cinta yang paling asas dan utama. Cinta ini diikuti dengan cinta Rasul. Cinta Ilahi iaitu cinta Allah adalah dengan mengikut arahan dan melaksankan perintah Allah. Ia dizahirkan dengan mengikut ajaran Rasulullah SAW. Firman Allah yang bermaksud :
"Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika kamu kasih dan cintakan Allah, maka ikutlah (ajaran) aku nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampunkan dosa kamu."
(Surah Ali 'Imran 3 : 31)


Jangan jadikan cinta kepada pasangan anda melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah sebagai ancaman kepada yang melakukannya, mafhumnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) : 'Jika bapa, anak, saudara, pasangan, kaum keluarga, harta yang kamu usahakan, perniagaan dan kediaman lebih kamu kasihi daripada Allah dan Rasul-Nya dan jihad pada jalan-Nya, maka nantilah hingga Allah mendatangkan perkara-Nya (Surah al-Tawbah 9 : 24)

Iman yang sempurna adalah dengan menjadikan cinta Allah dan Rasul lebih utama. Kemanisan iman akan dirasai apabila Allah dan Rasul adalah yang paling dicintai. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : 'Tiga tanda kemanisan iman ialah Allah dan Rasul-Nya lebih dia dikasihi daripada yang lain...." (Riwayat al-Bukhari)

Kesan Positif Hasil Cinta kepada Allah
  1. Keimanan yang baik dan mantap
  2. Keimanan yang baik akan melahirkan individu yang cemerlang
  3. Individu ini adalah suami yang mithali dan menjadi contoh teladan
  4. Bagi wanita, individu berikut ialah Isteri solehah.
Huraian Kesan Positif Cinta kepada Allah boleh dilayari di ruangan facebook penulis : Hadi Rahman

Saturday, December 4, 2010

Mencari Pengalaman : Perjalanan Kehidupanku

Assalamualaikum Warahmatullah...

Sudah lama penulis tidak mengemaskini blog. Kali ini, penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman daripada perjalanan penulis sebagai seorang daie yang menjadi bahan baca dan dakwah yang bergerak....

Bermula kehidupan seorang insan kerdil bernama Mohd Hadi Bin Abd Rahman ini mengikuti program pertukaran pelajar di Surabaya, Indonesia. Destinasi yang ditujui adalah di Institut Teknologi Sepuluh Nopember, Surabaya Indonesia... Alhamdulillah, saya dapat banyak input yang diperoleh dari segi akademik, gerakan dakwah Islam, kajian, public relation, dan banyak lagi...
Pengalaman saya ni, membuahkan sedikit keterbukaan dalam diri bahawa "Manusia ini perlu dididik hatinya agar mendekati Allah".. Coretan saya sebelum ini telah mengisahkan pengalaman saya di negara Indonesia...


Penulis bersama teman-temannya di Surabaya, Indonesia menikmati nasi bebek pada hari pertama...


InsyaAllah, pada tahun ini, coretan hamba sebagai seorang daie, akan meneruskan langkah perjalanan kehidupan di University of East London, United Kingdom. Penulis akan berkhdimat di Structural Design bertempat di Alfred London.... Saya akan berangkat pada 10 Disember 2010. Saya sangat mohon doa daripada pembaca agar Allah kurniakan nikmat kesihatan dan keselamatan yang baik ketika saya disana. Mudah-mudahan Allah merahmati perjalanan hidupku...

Student Mobility Program 2010 : University East London

InsyaAllah, nantikan coretan pengalaman penulis secara berkala untuk perkongsian pengalaman.... Jazakallah hukhoiran kasiro....


-Mohd Hadi Bin Abd Rahman-
Naib Yang Di-Pertua 1
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia...

Sunday, August 29, 2010

KEMPEN 3J - Jangan Tinggal Solat, Jauhi Maksiat dan Jagalah Aurat.

Apakah itu Kempen 3J ?

Kempen 3J merupakan kempen yang julung-julung kalinya diadakan dibawah Jabatan Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah, Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Tun Hussein On Malaysia dibawah penyeliaan Naib YangDi-Pertua 1 MPP UTHM. Kempen 3J ini mempunyai cabang-cabang 3 program berikut :

  • Kempen 3J - (Jangan Tinggal Solat, Jauhi Maksiat dan Jagalah Aurat.
  • You're Beautiful - Hanya untuk Mahasiswi
  • Garden Talk - Tajuk : "Love is Cinta"


Maklumat Kempen 3J ini adalah seperti berikut :

  1. Tempat : Sekitar UTHM dan Kolej-kolej Kediaman
  2. Masa : Dari bulan September hingga November
  3. Facebook : Kempen 3J

Pengenalan Program Kempen 3J

Kempen 3J - Sekreteriat Kempen akan menghadiri satu bengkel bagi meningkatkan kemahiran insaniah terutamanya kemahiran berkomunikasi, kaedah temubual, kerja lapangan. dan lain-lain kemahiran. Sekreteriat dibekalkan dengan badge, poster, sticker, bookmark dan lain-lain lagi untuk pengedaran kepada masyarakat kampus. Pengedaran ini akan bergerak mengikut zon-zon didalam kampus secara bersama mengikut masa dan tarikh yang sesuai mengikut kumpulan masing-masing.

Selain itu, pameran juga akan diadakan dengan dibekalkan dengan pelbagai pengisian yang menarik. Antaranya praktikel solat, bahan-bahan pembacaan ilmiah, praktikel pemakaian, personal grooming, pemberian tudung percuma (dalam perancangan memohon tajaan), pemberian CD percuma kepada mahasiswa berkenaan kempen, nasyid corner (Solo Band) dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Pameran ini akan berlangsung sepanjang bulan Oktober dan November.
Pelbagai pengisin menarik yang akan diadakan.


Apakah Kelebihan Menjadi Jawatankuasa Pelaksana Program?
  1. Memperoleh siji penyertaan
  2. Rekod aktiviti didalam SMAP OnLine
  3. Meningkatkan kemahiran Insaniah
  4. Membina dan memperoleh ilmu serta pengalaman
  5. Mengenali dan membina hubungan bersama Majlis Perwakilan Pelajar serta Jawatankuasa Pelaksana
  6. Suatu pendedahan mengenai pengurusan organisasi.
  7. Membina hubungan dengan masyarakat kampus

Bagi yang ingin menjadi AJK, sila SMS nama, kad matrik dan No telefon anda pada :

Pengarah : Muhammad Hanif Bin Abu Bakar - 0137165871
Timbln Pengarah : Nur Amirah Najwa Bt Ghazali - 0137318552
Naib Yang Dipertua 1 : Mohd Hadi Abd Rahman (Abgchik) - 0137138913

Tarikh tutup penyertaan AJK : Selasa : 31 Ogos 2010


Wednesday, August 25, 2010

Mahasiswa UTHM, Adakah Hilangnya Kemuncak Kemuliaan Ramadhan ?

Assalamualaikum warahmatullah...

Sempena bulan Ramdhan ini, penulis tertarik satu artikel yang sempat dibaca sebagai pembacaan tambahan iaitu berkenaan Ramadhan dan Laliltulqadar. Minggu ini penulis ingin mengajak rakan-rakan mahasiswa dan pembaca menyelusuri maudhuk bicara penulis berkenaan "Mahasiswa, Adakah Hilangnya Kemuncak Kemuliaan Ramadhan? ".

Hembusan bayu Ramadhan kembali mendamaikan jiwa-jiwa mukmin. Bahkan penghuni syurga juga terpinga-pinga dengan hembusan 'muthirah' yang menerpa ke pintu syurga yang kini dibukakan seluas-luasnya. Manakala dibumi, suasana keimanan mula mewarnai sukma para Mukmin. Kemanisan iman begitu mudah dirasai dan merdu suara keimanan begitu mudah menyentuh jiwa. Dan Allah Yang Maha Rahman, semakin mewah melimpahkan rahmat dan ihsan-Nya. Allahuakbar, begitu indahnya penulis merasai kedatangan Ramadhan andai kita benar-benar merasai rindunya sebelum Ramadhan.

Namun, dari hari ke hari, penulis melihat secara tidak langsung di Masjid UTHM dan surau-surau kolej, semakin lama semakin 'kehilangan' mahasiswa berjamaah solat fardhu, apatah lagi solat sunat tarawikh. Seminggu Ramdhannya penuh, tetapi ia dihambat kesepian dari hari ke hari, diundang krisis hilangnya mahasiswa utk solat berjamaah di Masjid dan Surau. Apakah mahasiswa UTHM sedar akan hakikat ini? Apakah
merdu suara keimanan tidak menyentuh hati-hati mahasiswa? Satu persoalan penulis sering terfikir akhir-akhir ini. Jika ingin dikatakan sibuk dengan tugasan-tugasan, projek dan test, penulis akui sangat sibuk apatah lagi ditambah dengan kerja-kerja pengurusan program. Tetapi, InsyaAllah masih berkesempatan untuk penulis merebut peluang menempatkan diri bagi mendapat keredhaan dan keampunan Allah.

Rasulullah SAW menyatakan bahawa kemuncak kemuliaan yang akan diperolehi seseorang hamba yang tekun beribadah pada malam al-Qadar ini adalah mendapat keampunan total terhadap segala dosa yang menyebabkan seseorang bersih-sebersihnya.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang mendirikan ibadat pada malam al-Qadar (lailatulqadar) dengan penuh keimanan dan ihtisab (yakin ikhlas mengharapkan ganjaran daripada Allah), diampunkan segala dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Amatlah malang jika kita yang diizinkan bertemu dengan tetamu Ramadhan yang penuh berkat ini, hanya membiarkan lailatulqadar berlalu tanpa kita mendapatkan manfaat kerohanian yang melimpah-ruah dan penuh keagungan ini. Satu kerugian yang tidak dapat dibayangkan!

Rakan Mahasiswa sekalian, penulis mengajak diri penulis dan rakan sekalian untuk sama-sama kita tingkatkan dan terus merebut peluang ganjaran dari Allah. Letakkanlah matlamat kita untuk kita berubah dari sikap yang buruk kepada yang baik. Dari sikap yang baik supaya bertambah baik.. Kerana hikmah Ramadhan ini adalah satu bulan yang mampu untuk kita membentuk peribadi yang mulia, yang baik pada akhlaknya.

Selamat Meneruskan Ibadah Puasa Rakyatku.

Berpuasalah wahai tangan, kaki, mata, telinga dan terutamanya HATI, agar kita tidak hanya menahan lapar dan dahaga.

Monday, August 16, 2010

Dipercayai Lebih Utama Daripada Dicintai

Salam 1 Ummah dan Selamat Meyambut Ramadhan Al-Mubarakh..

Mohon maaf dari penulis, rasanya sudah lama penulis meninggalkan blog ini, setelah diperkenalkan dengan laman sosial iaitu facebook yang sedikit sebanyak melalaikan dan membuatkan penulis bersifat 'malas' utk update blog peribadi ini. Dengan tehapusnya laman sosial facebook "Hadi Rahman", mudah2han Allah pelihara penulis dari fitnah dunia ini..

Penulis kali ini, mendatangkan nukilan dari pengalaman penulis sendiri berkenaan 'Dipercayai Lebih Utama Daripada Dicintai" dimana ia mungkin berlaku kepada sahabat2, teman2 dan rakan2.. Yang baik, dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Penulis juga manusia biasa, mohon maaf atas khilaf dari penulisan ini..

Semakin sukar untuk mencari pemimpin yang boleh dipercayai. Padahal kalau ditanyakan apakah syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin? Jawabnya ialah kepercayaan. itulah cabarannya. Terlalu sukar untuk mempercayai sesorang pada masa kini.
Begitu juga dalam perhubungan cewek dan cowok, lelaki dan wanita, atau muslimin dan muslimat yang diikat tali perhubungannya atas keluarga, baitul muslim atau institusi rumah tangga. Tanpa kepercayaan, maka hilang dan lenyaplah segala-galanya.

Di Amerika, dengan nada sindiran ada yang menungkapkan ;
"We thought we could trust the military, but then come vietnam; We thought we could trust the politcians, but then came watergate; We thought we could trust the engineers,but then came the challenger disaster..."

Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya, Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan sesuatu hubungan selepas Ikhlas. Sama ada ia berbentuk personal mahupun profesional. Apabila ada kepercayaan, maka prasangka, cemburu, marah, hasad dengki, dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan InsyaAllah, akan dapat diatasi.

Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, CAKAP dan SIKAP kita mesti selari. Itulah integriti - sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah ASAS untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya.

Soal Dalam Kepimpinan
Ingat !! Kepimpinan adalah pengaruh. Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah SAW. Keunggulan kepimpinan Rasulullah SAW diawali dengan kepercayaan masyarakatnya sehingga Baginda digelar Al-Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat SIDDIQ (benar) dan amanah selepas itu.

Soal Dalam Perhubungan
Kata bijak pandai, dipercayai lebih utama dairpada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai - sama ada oleh Isteri, ibu bapa, atau sahabat-sahabar. Tetapi, percayalah, jika kurang dipercayai,lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bila pun ,manusia lebih mempercayai matanya berbanding telinga.

Pesanan buat penulis dan pedoman pada pembaca.
1. Sebagai pemimpin, pimpinlah orang bawahan, anak isteri dan pengikut agar tidak hilang pengaruh kepercayaan. kerana hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti.
2. Dalam perhubungan, yakinlah dengan mata, bukannya dengan telinga, kerana apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan)

"Belajarlah Untuk Menghargai, Daripada Hidup Tidak Dipercayai"
"Dipercayai Lebih Utama Daripada Dicintai"

Sunday, August 1, 2010

Hatiku Mencari : Ikhlaslah...



Jika diriku bukan pelita,
yang mampu menerangi malam.
Memadailah berusaha menjadi kunang-kunang,
yang menemani di dalam kegelapan.

IKHLASlah menjadi diri sendiri,
agar hidup mendapat berkat dan rahmat dari Allah.

"Iblis Menjawab : Demi Kekuasaan Engkau, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang Ikhlas"
(Surah Shaad, Ayt 82-83)

Sunday, April 18, 2010

SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA/I UTHM

Assalamualaikum wbt...

Salam kemaafan dari saya buat warga kampus sekalian diatas segala khilaf, salah bicara, tersentuh hati dan perlakuan yang mungkin tidak menyenangkan anda yang pernah berurusan dengan saya.. Setinggi kesyukuran kepada Allah saya panjatkan semata-mata dengan matlamat untuk mendapatkan keberkatan Ilmu dariNya..
Saya ucapkan Selamat Menempuhi Peperiksaan Akhir bagi sesi ini...



Ikhlas dariku:
Naib Yang Dipertua 1
Mohd Hadi Bin Abd Rahman
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Tuesday, April 13, 2010

ZIARAH KE SEKOLAH KANAK-KANAK KURANG UPAYA (CACAT PENGLIHATAN)

Salam a'laik. Ziarah @ lawatan ni adalah secara peribadi bersama rakan saya. Utk Pengetahuan, adik2 sgt seronok apabila ada org dtg ziarah, tambahan lagi makan bersama. Diorg nk dengar apa yg abg2 perkatakan.. Best sgt ana rasa, dapat bergurau, dapat mendengar kegembiraan dan kesedihan yg diorg kongsi...

Apa yg ana nak simpulkan scra ringkas..
"Walapun mereka buta, tetapi mereka tidak buta hati". "Bukan seperti manusia yg sempurna, celik mata, tapi ramai yang tidak celik hati"..
Fikir-fikirkan...


Link on My :Facebook


















Friday, April 2, 2010

LAMBAIAN MENARA GADING 2010



Salam. Kepada Mahasiswa anak-anak kedah.
Bagi sesiapa yang nak terlibat, sila emailkan saya maklumat diri untuk dihubungi.
Nama, No Ic, Daerah (Tempat tinggal), dan nombor telefon.
email : hadi.mpputhm@gmail.com

-Bersama Membangunkan Islam di Bumi Utara-

Monday, March 22, 2010

BANTUAN KEWANGAN : TABUNG WANG EHSAN & BANTUAN ZAKAT

Assalamualaikum wbt..

Maaf atas kelewatan memaklumkan kepada mahasiswa UTHM. Kepada mahasiswa/i yang ingin mendapatkan bantuan kewangan. Terdapat 2 jenis bantuan kewangan yang boleh di mohon.

  1. Bantuan kewangan yang berbentuk pinjaman
  2. Bantuan kewangan yang berbentuk bukan pinjaman
Bantuan Kewangan (Pinjaman)
  • Bantuan ini berbentuk pinjaman dimana mahasiswa/i yang ingin memohon pinjaman boleh membuat permohonan di Pejabat Hal Ehwal Pelajar melalui Pn Nur Faezah bte Mohamed Noor, bahagian Unit Bantuan Kewangan dan Kebajikan.

Bantuan Kewangan (Tabung Wang Ehsan dan Bantuan Zakat)
  • Bantuan kewangan ini bukan berbentuk pinjaman. Mahasiswa/i perlu mengisi borang jika ingin memohon bantuan kewangan ini. Terdapat dua permohonan yang boleh dimohon sama ada Tabung Wang Ehsan yang dikendalikan oleh HEP atau Bantuan Zakat yang dikendalikan oleh Pusat Islam UTHM (Bantuan zakat ini khusus untuk para pelajar yang beragama Islam).
  • Permohonan boleh dibuat melalui HEP bagi bantuan kewangan berdasarkan kes-kes tertentu. Kelulusan permohonan bergantung kepada permasalahan yang dihadapi oleh pelajar. (P/S : Sertakan surat permohonan sekali ye. Kalau ada sape2 nak minta bantuan buat surat, leh jumpa saya.)
  • Permohonan bantuan zakat juga memerlukan pengisian borang dan boleh dibuat oleh Pusat Islam UTHM.

Tabung Wang Ehsan
- Borang boleh diambil di HEP atau (Rujuk blog artikel saya untuk melihat/mendapatkan borang Tabung wang eshan)
- Perlu ada surat permohonan
- Perlu menyediakan beberapa dukoment (Rujuk seperti dalam borang)
- Bergantung kepada permasalahan pelajar

Link : Borang Tabung Wang Ehsan.


Bantuan Zakat
- Khusus kepada pelajar Islam
-Borang boleh diambil di Pusat Islam atau (Rujuk blog artikel saya untuk melihat/mendapatkan borang bantuan zakat)
- Ada sesi temubual dengan pegawai Pusat Islam.
- Terdapat 2 jenis iaitu bantuan untuk sara hidup dan menjelaskan hutang
-Perlu menyediakan beberapa dukoment (Rujuk seperti dalam borang)

Link : Borang Bantuan Zakat

Kepada para pelajar, jika anda ingin memohon bantuan untuk membuat rujukan dari surat dan sebagainya. Boleh email pada saya.

Sekian dari;

Al-Faqir Ilallah Mohd Hadi Bin Abd Rahman.

Saturday, March 13, 2010

MAHASISWA BOLEH KRITIK KERAJAAN : DATO' SAIFUDDIN

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa memperbetul setiap perkara yang dilihat salah bukan sahaja di universiti malah dalam pentadbiran negara.

Bercakap dalam satu forum anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Fakulti Sastera Sains Sosial Universiti Malaya malam tadi, Saifuddin berkata, ianya memerlukan keberanian dalam diri setiap mahasiswa dan mereka harus bertindak secara berjemaah.

Mahasiswa juga tegasnya boleh melontarkan kritikan kepada kerajaan dan kerajaan pula tidak seharusnya melabelkan pengkritik sebagai pembangkang.

"Mahasiswa boleh mengkritik Kerajaan, dan Kerajaan tidak boleh cop pengkritik sebagai pembangkang," katanya di hadapan lebih 150 mahasiswa yang hadir.

Menyentuh mengenai sudut pidato yang dihidupkan semula di IPT selepas 20 tahun ianya dihentikan, Saifuddin berkata, sudut pidato merupakan satu platform yang sesuai untuk mahasiswa melontarkan idea mereka melalui pengucapan awam.

Bagaimanapun, beliau yang mengakui mahasiswa mempunyai potensi untuk menggugat pentadbiran universiti mahu Hal Ehwal Pelajar (HEP) agar meletakkan halatuju yang betul dan memahami matlamat sudut pidato dihidupkan semula.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak universiti tidak mengenakan terlalu banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat pengucapan awam di sudut pidato sebaliknya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.

"Apa maksud mahasiswa menggugat? Mengugat apa? Menteri? Organisasi, HEP, atau KPT?Amalan buruk, rasuah, kebejatan, kebobrokan?

"Melalui sudut pidato. mahasiswa ada potensi menggugat. Sebab itu HEP perlu ada halatuju yang betul dan faham matlamat sudut pidato. Tak perlu banyak undang-undang dan arahan dalam sudut pidato. Biarkan mahasiswa bebas mengendalikan sudut pidato.

"Mahasiswa boleh berfikir dan menentukan halatuju kampus sendiri," katanya.

Sudut pidato kembali diwujudkan di UM selepas lebih 20 tahun ia diharamkan apabila Akta kolej dan Universiti (AUKU) diperkenalkan.

Dua lagi panelis forum 'Mahasiswa Menggugat: Antara Realiti dan Fantasi' itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Prof. Dr. Redzuan Osman dan bekas bekan fakulti berkenaan, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar yang juga penulis buku 'Mahasiswa Menggugat'.

Seumber : Akhbar Harakah Daily

Monday, March 8, 2010

PERJUMPAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) IPTA 09/10 : SENATOR MAHASISWA DI DALAM PARLIMEN MALAYSIA

6 MAC 2010 - ESSET BANGI. Perjumpaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA sesi 2009/2010 bersama Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) telah diadakan di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET), Kajang, Selangor. Alhamdulillah, dalam perjumpaan berkenaan pelbagai isu perbincangan yang telah dibincangkan oleh seluruh kepimpinan pelajar MPP IPTA sesin2009/2010.

Pada awal pagi 6 Mac, Ucapan aluan daripada Pengarah BHEPP disampaikan oleh Prof Dr. Mohd Fauzi Bin Hj Ramlan diikuti dengan ucapan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi iaitu Y.Bhg. Prof Dr. Rujhan Bin Mustafa. Kemudian diteruskan lagi dengan sesi suaikenal bersama seluruh pemimpin mahasiswa IPTA oleh setiap presiden MPP.

Pada sesi sebelah petangnya, kesemua kepimpinan mahasiswa dibahagikan kepada 7 kumpulan dimana di dalam kumpulan berkenaan perlu membincangkan isu serta masalah mengenai kertas kerja Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Saya mewakili kampus UTHM secara langsung terlibat didalam perbincangan bagi kumpulan 5 bersama 37 pelajar ahli kumpulan yang diketuai oleh Yang Di-Pertua UIAM, Muhammad Firwan Norliza. Terdsapat 14 isu yang telah dibangkitkan dalam perbincangan berkenaan. Antara 14 isu tersebut, 3 isu daripadanya adalah dikemukakan oleh barisan MPP UTHM. Antara isu dari UTHM ialah Perpaduan dan Kefahaman Agama, Mekanisma dalam Pemahaman Akidah dan Pemantapan Sahsiah Mahasiswa, dan yang terakhirnya adalah mengenai Senator Mahasiswa di Dalam Parlimen Malaysia.

Cadangan isu yang saya cuba kemukakan iaitu "Senator Mahasiswa di Dalam Parlimen Malaysia" telah diterima. Pada sesi pembentangan, saya membentangkan bagi mewakili kumpulan 5 untuk digazetkan menjadi kertas kerja cadangan dengan tujuan bagi membawa isu ini kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai kertas kerja Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bagi sesi ini.

Kita mengetahui bahawa, senator bagi perfileman telah berada didalam parlimen Malaysia. Menurut pembacaan dan pengamatan saya, sememangnya kemasukan senator berperanan dalam menyuarakan bidang masing-masing. Namun apakah mahasiswa tidak layak menjadi senator di Parlimen Malaysia? Jika mahasiswa di United Kingdom dapat menjadi perwakilan mahasiswa di peringkat Parlimen. Tidak mustahil bagi kepimpinan Mahasiswa di Malaysia mampu melonjak paradigma mereka setaraf dengan kepimpinan negara.

Fungsi sebagai perwakilan mahasiswa dalam parlimen Malaysia adalah membawa suara diperingkat mahasiswa berkaitan dengan segala isu-isu akademik, sosial, ekonomi, kebajikan dan lain-lain dalam ruang lingkup mahasiswa dan pelajar.

Isu dan masalah ini diutarakan kerana, suara mahasiswa terkandas ditengah jalan dimana setiap persidangan MPPK yang digazetkan sebelum ini, terdapat beberapa isu yang masih tidak selesai. Maka, sewajarnya apabila parlimen bersidang mahasiswa dapat memberikan pandangan dan beberapa jalan penyelesaian kepada kepimpinan negara.

Disamping itu, selaras dengan matlamat bahawa mahasiswa adalah pelapis kepimpinan negara. Seringkali dikatakan fungsi MPP dipandang enteng diperingkat pentadbiran universiti malah ada juga yang mengatakan tidak membantu Negara. Mahasiswa sebenarnya bukanlah dikatakan lesu, malah pemikiran dan iedealisme golongan intelektual ini mampu membantu pihak pengurusan universiti dan Negara.

Saya tertarik dengan apa yang saya perolehi pengalaman semasa program pertukaran pelajar di Institut Teknologi Sepuluh Nopember, (ITS) Surabaya Indonesia. Perkara yang menarik yang saya dapat lihat, mahasiswa di sana dapat membentuk identiti mereka sendiri. Dengan alternatif ini secara tidak langsung, Mahasiswa di Malaysia dapat menyuarakan pandangan dan penyelesaian sesuatu isu dalam Parlimen dan seterusnya ‘Pembentukan Standard Universiti’ dapat dihasilkan.


Kesimpulan daripada peringkat perbincangan kumpulan saya, Mahasiswa memerlukan wakil dalam parlimen agar permasalahan mahasiswa dapat didengari dengan lebih efektif. Suka saya meminjam kata-kata seorang profesor.
"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.."
-Profesor Diraja Ungku A. Aziz-



Oleh:
Mohd Hadi Bin Abd Rahman

Naib Yang Di-Pertua 1
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

86400 Parit Raja, Batu Pahat.
Johor Darul Takzim
013-7138913

I made this widget at MyFlashFetish.com.