Thursday, January 22, 2009

Bermulanya di sini


Alhamdulillah dan syukur di panjatkan kepada Allah dapat di pertemukan kembali di dalam semester baru dalam tahun baru dan azam baru hijrah pada kali ini. Di permulaan semester ini, saya di amanahkan sebagai peneraju utama dalam kepimpinan baru Kelab Iqra 2009 selepas selesai sahaja AGM kelab baru-baru ini. InsyaAllah dengan taklifan baru ini, saya akan sedaya upaya menggunakan ruangan maya ini dalam menyatakan pendirian dan jawapan dalam mengharungi ranjau dan perjalanan di kampus UTHM.


Ibarat sebuah kisah yang akan saya coretkan ini antara seorang guru yang berkelanan bersama muridnya.Guru tersebut sebagai ketua rombongan. Di saat hujan turun, guru mengambil baju lalu menyarungkan muridnya. Lalu tindakan murid yang tergamam dengan tindakan gurunya menepis tangan gurunya. Namun kata guru tersebut, “Aku merupakan ketua dalam perjalanan ini, maka semestinya aku menkjga kabajikan engkau”.

Kemudian,murid tersebut kemudian meminta jawatan ketua musafir daripada gurunya dengan tujuan untuk menjaga kebajikan gurunya. Mereka meneruskan perjalanan. Apabila sampai di suatu tempat, mereka berehat dan tertidur kepenatan. Apabila si murid terjaga, beliau melihat vsi guru sedang mengumpulkan kayu api. Lalu si murid bertanya, “ kenapa guru yang melakukan semua ini sedangkan saya yang patut lakukannya sebagai murid”,Balas guru dengan penuh tawadhu “Sekarang saya sebagai anak buah,maka saya mesti berkhidmat untuk ketua saya.” Jadinya si murid terkesima.


Justeru pengajaran dari cerita tersebut adalh InsyaAllah saya akan berusaha menjadikan diri ini seorang pemimpin yang tawadhu dan dalam masa sama tudak mengabaikan amanah sebagai mahasiswa dalam menuntu ilmu di kampus ini. Jika ingin mengetahui apakah yang di maksudkan dengan tawadhu,? Nantikan penulisan saya dalam post yang akan datang.


Salam perjuangan.

Mohd Hadi Abd Rahman

Presiden Iqra’ 2009

Universiti Tun Husseun Onn Malaysia


I made this widget at MyFlashFetish.com.