Saturday, October 31, 2009

UKHWAH & KESATUAN HATI


“Dari Annas bin Malik, Rasulullah bersabda ; Tidak sempurna iman seseorang salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya…”

“Kedatangan Kaum Muhajirin ke Kota Makkah Disambut dengan UKHWAH oleh Kaum Ansar…”

“As-Shahid Imam Hassan Al-Banna menjadikan ia salah satu rukun bai’ah.”

“Pautan yang paling kukuh sesama manusia Islam ianya Ukhwah..”

Hari demi hari , detik demi detik menunjukkan masa tidak akan terhenti, yang terhenti hanyalah manusia sendiri ..

“Mampukah kami menerima mereka dengan ukhwah??..”

“Ukhwah yang bagaimana kami harus pamerkan??..”

“Ukhwah?? Bagaimana tu?..”


UKHWAH BUKAN UNTUK DIERTIKAN

Tanpa perlu merujuk kepada Kamus Dewan ataupun yang lain-lain , kita sudah mampu memberi definisi ukhwah melalui perjalanan hidup kita sendiri. Kasih sayang kita kepada ibu dan ayah kita , itu ukhwah dan kekeluargaan. Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan , itu ukhwah persaudaraan sesama manusia.

Kita melaluinya tanpa kita sedari , semuanya bermula dari hati bilamana timbulnya perasaan bertaut ataupun kata mudahnya suka,sayang dan ingin mendekati dan berkenalan , disitu akan lahirnya tapak sebuah ukhwah itu.Semuanya dari diri kita sendiri.

Boleh juga dikatakan ia hadir dengan tiba-tiba. Janggal untuk kita melihat manusia hidup tanpa ukhwah walaupun sekelumit , ukhwah itu juga lahir bila berlakunya sesuatu perasaan yang mengharap dan bergantung kepada sesuatu .

Manusia bukannya sempurnya , perlu bertaut pada yang lain-lain. Namun tautan utamanya ALLAH S.W.T.

Inilah erti sebenar ukhwah , bukan untuk diertikan dengan pemahaman, namun ianya perlu dilalui dengan pengalaman dan perjalanan hidup kita.


KOMBINASI SUKAN DAN UKHWAH

“Ukhwah masa sukan?? ? Main bola pun gaduh-gaduh , tak de maknanye..”

SUSAH untuk menolaknya , BERAT untuk menerimanya , PERLU untuk menilainya.

Mengikis soal ego dan ingin menang didalam sebuah pelawanan memanglah bukan mudah , ini kerana perlawanan itu diibaratkan satu perjuangan. PERJUANGAN perlu ditunjangi dengan usaha keras dan mantap , takkan kerana kasihan dan sayang sanggup dilepaskan perjuangan itu??

Namun sifat profesionalisma perlu ada dalam jiwa setiap pemain. Begitu juga dengan para pimpinan. Dan HAKIKATNYA , siapa yang ingin kalah dalam medan perjuangan??

Itu soal perlawanan , lain konsep dan berbeza citarasanya. Tapi ingatlah sahabat-sahabat bahawa Satu Ukhwah , Satu Kematangan , Satu Harapan dan Satu Perjuangan mengumpulkan kita untuk SATU HATI.

Tidakkah kita terfikir semua itu??


DI MEDAN PERJUANGAN INI , KITA MULAKAN MISI KITA

Menilai sejarah tanah yang kita akan jejaki dan sedang jejaki ini , pasti kita semua tidak akan melupai kisah yang berpaut dan tersemadi di bumi ini.

Teriakan perjuangan Zaid Bin harithah dalam memperjuangkan Islam perlu diambil iktibar. Asakan Ja’far Bin Abi Thalib menggempur musuh , jadikan ia satu semangat. Kekentalan Abdullah Bin Rawahah perlu kita sematkan pada diri. Kebijakan Khalid Al-walid , jadikan petunjuk kematangan kita.

Perang Mu’tah satu sirah buat kita untuk sama-sama diteladani. Perjuangan shuhada’-shuhada’ Islam ketika itu harus kita insafi , mereka berjuang di Jalan Allah S.W.T untuk menaikkan martabat islam sehingga ke titisan darah terakhir dan UKHWAH yang mereka jalinkan sesama mereka menjadikan mereka terus menang di atas jalan-Nya.

MISI kita sememangnya mudah jika dibandingkan dengan sejarah Mutah. Jangan jadikan ia bebanan buat kita untuk tidak menyertai.

Jalan di hadapan sudah disediakan buat kita , samada kita sanggup mendepaninya ataupun tidak , semuanya bergantung pada kita.


Buat yang bakal ditaklifkan sebagai pimpinan pada semester hadapan , Bersedialah dengan UKHWAH dan PERJUANGAN kita. Buat yang bakal menerima tetamu , mereka datang membawa UKHWAH dan HARAPAN.


SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 (SESI 2009/2010) KEPADA SEMUA WARGA UTHM



Thursday, October 29, 2009

Cerita Ikhlas

Salam.. Sahabat... Saya dapat 1 email dari sahabiah segenerasi ana... Bacalah kisah ni.. Buat tatapan kita semua. Ambil Pengajaran..


"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya…" kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…"
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…"
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…"
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Wallahua'lam..

Monday, October 12, 2009

Jawapan Kepada Mahasiswa Berkenaan Etika Pemakaian Pelajar UTHM Serta Tindakan Oleh Pengerusi Kelab Iqra'

Salam. Untuk makluman.. Saya mendapat pertanyaan berkenaan etika pemakaian yang diminta utk mengambil tindakan oleh seorang mahasiswa yang memperkenalkan diri sbg pemerhati didalam postbox blog Kelab Iqra'.

Pemerhati: harap2 ada la wakil korang yg bleh betulkan keadaan ni k... aku pun dah nk abis..
12 Oct 09, 17:17
Pemerhati: MPP skrg mmg jaga kebajikan.. tp,bila fikir2 balik. Korang tengoklah student skrg cm na.. Mcm2 berlaku.. dah tak tahan la beb.. ramai student yg x pandai hormat lecturer..
12 Oct 09, 17:11
Pemerhati: kalau x de wakil, susah nnti. makin teruk plak dgn gejala sosial.. budak kelas aku pun.. lecturer tegur, bleh gelak lagi.. bnyk betul mslh kelonggaran student ni...
12 Oct 09, 17:09
Pemerhati: Kelab Iqra hantar tak bertanding PRK MPP akn dtg? Selamatkan suasana yang makin longgar ni. Terutama etika pakaian.. Nyampah dah aku tengok student skrg.. Naik mual aku.. MPP ni wakil mahasiswa..


Pertama, saya harap, student yang bertanya berkenaan perkara ni tidak menyalahkan barisan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar, kerana saya yakin mereka telah menjalankan tugas dan amanah mereka dengan baik. Saya juga yakin bahawa mereka telah membawa dan menyelesaikan masalah-masalah mahasiswa sebelum ini. Tahniah buat MPP UTHM dengan khidmat yang cemerlang.

Bagi pertanyaan berkenaan etika pemakaian dan sahsiah pelajar. Saya secara peribadi telah membuat aduan serta cadangan ke dalam sistem aduan dan cadangan (SACAD) yang telah saya kemukakan pada 17 Februari 2009. Untuk makluman awal, aduan dan cadangan ini belum dapat maklum balas dari pihak pentadbiran. Peringkat saya tidak boleh terburu-buru untuk menyelesaikan masalah kelonggaran etika ini, kerana pihak yang perlu mengambil tindakan seharusnya mengetahui keadaan ini.

Peranan Kelab Iqra' secara langsung telah cuba untuk turut membantu pihak pentadbiran. Untuk pengetahuan, staf diberikan kuasa iaitu Notis saman kepada mahasiswa yang tidak mematuhi etika pemakaian Universiti. Diperingkat saya, saya cuba untuk membantu bagi mengurangkan masalah ini berlaku.

Saluran yang kedua, mahasiswa boleh mengusulkan kepada pihak Majlis Perwakilan Pelajar. Berikut adalah makluman kepada pihak pelajar berkenaan aduan dan cadangan yang telah saya kemukakan didalam SACAD online..



Assalamualaikum wbt. Saya merupakan presiden Kelab Iqra' ingin mengemukakan satu perkara yang sangat penting berkaitan dengan etika pemakaian bagi mahasiswa dan mahasiswi atau dalam erti kata yang lebih mudah adalah berkenaan dengan aurat pelajar. Saya bermohon kepada pihak SACAD untuk mengingatkan pusat tangungjawab menggunakan sepenuhnya surat saman (Notis Saman) yang diberikan kepada staf yang memikul tanggungjawab dalam menangani mahasiswa dan mahasiswi khususnya pelajar Islam yang tidak menutup aurat. Seperti yang tertakluk didalam peraturan Universiti berkenaan dengan etika pemakaian, dimana ia selaras dengan Misi dan Visi UTHM iaitu segalanya berdasarkan Tauhid.

Adalah menjadi tanggungjawab staf UTHM mengambil perhatian yang serius terhadap perkara ini agar Mahasiswa dan Mahasiswi dapat mengikut peraturan universiti. Saya wakil Mahasiswa Islam menyuarakan perkara ini atas suara saya sebagai mahasiswa UTHM sangat menitikberatkan perkara ini, memandangkan sikap dan etika khususnya berpakaian di kalangan mahasiswa/mahasiswi semakin dilupakan. Kita mengetahui staf UTHM diberi kuasa untuk menyaman pelajar yang tidak mengikut peraturan universiti. Saya mengharapkan, bukan sahaja etika pemakaian ini diambil perhatian, malah sahsiah keseluruhan diri pelajar perlu dilihat bagi melahirkan generasi yang mempunyai akhlak yang baik. Saya mohon dengan harapan yang tinggi agar aduan dan cadangan ini dapat dipertimbangkan dan seterusnya memerlukan TINDAKAN dari pihak yang berwajib. Akhir kalam dari saya dengan mengucapkan ribuan terima kasih.


Saya masih menunggu status aduan dan cadangan ini oleh pihak pentadbiran. Jika ada cadangan yang boleh dikemukakan. Boleh lah email pada saya di

alsyed_hadi@yahoo.com

Sekian Terima Kasih.

I made this widget at MyFlashFetish.com.