Sunday, August 29, 2010

KEMPEN 3J - Jangan Tinggal Solat, Jauhi Maksiat dan Jagalah Aurat.

Apakah itu Kempen 3J ?

Kempen 3J merupakan kempen yang julung-julung kalinya diadakan dibawah Jabatan Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah, Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Tun Hussein On Malaysia dibawah penyeliaan Naib YangDi-Pertua 1 MPP UTHM. Kempen 3J ini mempunyai cabang-cabang 3 program berikut :

  • Kempen 3J - (Jangan Tinggal Solat, Jauhi Maksiat dan Jagalah Aurat.
  • You're Beautiful - Hanya untuk Mahasiswi
  • Garden Talk - Tajuk : "Love is Cinta"


Maklumat Kempen 3J ini adalah seperti berikut :

  1. Tempat : Sekitar UTHM dan Kolej-kolej Kediaman
  2. Masa : Dari bulan September hingga November
  3. Facebook : Kempen 3J

Pengenalan Program Kempen 3J

Kempen 3J - Sekreteriat Kempen akan menghadiri satu bengkel bagi meningkatkan kemahiran insaniah terutamanya kemahiran berkomunikasi, kaedah temubual, kerja lapangan. dan lain-lain kemahiran. Sekreteriat dibekalkan dengan badge, poster, sticker, bookmark dan lain-lain lagi untuk pengedaran kepada masyarakat kampus. Pengedaran ini akan bergerak mengikut zon-zon didalam kampus secara bersama mengikut masa dan tarikh yang sesuai mengikut kumpulan masing-masing.

Selain itu, pameran juga akan diadakan dengan dibekalkan dengan pelbagai pengisian yang menarik. Antaranya praktikel solat, bahan-bahan pembacaan ilmiah, praktikel pemakaian, personal grooming, pemberian tudung percuma (dalam perancangan memohon tajaan), pemberian CD percuma kepada mahasiswa berkenaan kempen, nasyid corner (Solo Band) dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Pameran ini akan berlangsung sepanjang bulan Oktober dan November.
Pelbagai pengisin menarik yang akan diadakan.


Apakah Kelebihan Menjadi Jawatankuasa Pelaksana Program?
  1. Memperoleh siji penyertaan
  2. Rekod aktiviti didalam SMAP OnLine
  3. Meningkatkan kemahiran Insaniah
  4. Membina dan memperoleh ilmu serta pengalaman
  5. Mengenali dan membina hubungan bersama Majlis Perwakilan Pelajar serta Jawatankuasa Pelaksana
  6. Suatu pendedahan mengenai pengurusan organisasi.
  7. Membina hubungan dengan masyarakat kampus

Bagi yang ingin menjadi AJK, sila SMS nama, kad matrik dan No telefon anda pada :

Pengarah : Muhammad Hanif Bin Abu Bakar - 0137165871
Timbln Pengarah : Nur Amirah Najwa Bt Ghazali - 0137318552
Naib Yang Dipertua 1 : Mohd Hadi Abd Rahman (Abgchik) - 0137138913

Tarikh tutup penyertaan AJK : Selasa : 31 Ogos 2010


Wednesday, August 25, 2010

Mahasiswa UTHM, Adakah Hilangnya Kemuncak Kemuliaan Ramadhan ?

Assalamualaikum warahmatullah...

Sempena bulan Ramdhan ini, penulis tertarik satu artikel yang sempat dibaca sebagai pembacaan tambahan iaitu berkenaan Ramadhan dan Laliltulqadar. Minggu ini penulis ingin mengajak rakan-rakan mahasiswa dan pembaca menyelusuri maudhuk bicara penulis berkenaan "Mahasiswa, Adakah Hilangnya Kemuncak Kemuliaan Ramadhan? ".

Hembusan bayu Ramadhan kembali mendamaikan jiwa-jiwa mukmin. Bahkan penghuni syurga juga terpinga-pinga dengan hembusan 'muthirah' yang menerpa ke pintu syurga yang kini dibukakan seluas-luasnya. Manakala dibumi, suasana keimanan mula mewarnai sukma para Mukmin. Kemanisan iman begitu mudah dirasai dan merdu suara keimanan begitu mudah menyentuh jiwa. Dan Allah Yang Maha Rahman, semakin mewah melimpahkan rahmat dan ihsan-Nya. Allahuakbar, begitu indahnya penulis merasai kedatangan Ramadhan andai kita benar-benar merasai rindunya sebelum Ramadhan.

Namun, dari hari ke hari, penulis melihat secara tidak langsung di Masjid UTHM dan surau-surau kolej, semakin lama semakin 'kehilangan' mahasiswa berjamaah solat fardhu, apatah lagi solat sunat tarawikh. Seminggu Ramdhannya penuh, tetapi ia dihambat kesepian dari hari ke hari, diundang krisis hilangnya mahasiswa utk solat berjamaah di Masjid dan Surau. Apakah mahasiswa UTHM sedar akan hakikat ini? Apakah
merdu suara keimanan tidak menyentuh hati-hati mahasiswa? Satu persoalan penulis sering terfikir akhir-akhir ini. Jika ingin dikatakan sibuk dengan tugasan-tugasan, projek dan test, penulis akui sangat sibuk apatah lagi ditambah dengan kerja-kerja pengurusan program. Tetapi, InsyaAllah masih berkesempatan untuk penulis merebut peluang menempatkan diri bagi mendapat keredhaan dan keampunan Allah.

Rasulullah SAW menyatakan bahawa kemuncak kemuliaan yang akan diperolehi seseorang hamba yang tekun beribadah pada malam al-Qadar ini adalah mendapat keampunan total terhadap segala dosa yang menyebabkan seseorang bersih-sebersihnya.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang mendirikan ibadat pada malam al-Qadar (lailatulqadar) dengan penuh keimanan dan ihtisab (yakin ikhlas mengharapkan ganjaran daripada Allah), diampunkan segala dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Amatlah malang jika kita yang diizinkan bertemu dengan tetamu Ramadhan yang penuh berkat ini, hanya membiarkan lailatulqadar berlalu tanpa kita mendapatkan manfaat kerohanian yang melimpah-ruah dan penuh keagungan ini. Satu kerugian yang tidak dapat dibayangkan!

Rakan Mahasiswa sekalian, penulis mengajak diri penulis dan rakan sekalian untuk sama-sama kita tingkatkan dan terus merebut peluang ganjaran dari Allah. Letakkanlah matlamat kita untuk kita berubah dari sikap yang buruk kepada yang baik. Dari sikap yang baik supaya bertambah baik.. Kerana hikmah Ramadhan ini adalah satu bulan yang mampu untuk kita membentuk peribadi yang mulia, yang baik pada akhlaknya.

Selamat Meneruskan Ibadah Puasa Rakyatku.

Berpuasalah wahai tangan, kaki, mata, telinga dan terutamanya HATI, agar kita tidak hanya menahan lapar dan dahaga.

Monday, August 16, 2010

Dipercayai Lebih Utama Daripada Dicintai

Salam 1 Ummah dan Selamat Meyambut Ramadhan Al-Mubarakh..

Mohon maaf dari penulis, rasanya sudah lama penulis meninggalkan blog ini, setelah diperkenalkan dengan laman sosial iaitu facebook yang sedikit sebanyak melalaikan dan membuatkan penulis bersifat 'malas' utk update blog peribadi ini. Dengan tehapusnya laman sosial facebook "Hadi Rahman", mudah2han Allah pelihara penulis dari fitnah dunia ini..

Penulis kali ini, mendatangkan nukilan dari pengalaman penulis sendiri berkenaan 'Dipercayai Lebih Utama Daripada Dicintai" dimana ia mungkin berlaku kepada sahabat2, teman2 dan rakan2.. Yang baik, dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Penulis juga manusia biasa, mohon maaf atas khilaf dari penulisan ini..

Semakin sukar untuk mencari pemimpin yang boleh dipercayai. Padahal kalau ditanyakan apakah syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin? Jawabnya ialah kepercayaan. itulah cabarannya. Terlalu sukar untuk mempercayai sesorang pada masa kini.
Begitu juga dalam perhubungan cewek dan cowok, lelaki dan wanita, atau muslimin dan muslimat yang diikat tali perhubungannya atas keluarga, baitul muslim atau institusi rumah tangga. Tanpa kepercayaan, maka hilang dan lenyaplah segala-galanya.

Di Amerika, dengan nada sindiran ada yang menungkapkan ;
"We thought we could trust the military, but then come vietnam; We thought we could trust the politcians, but then came watergate; We thought we could trust the engineers,but then came the challenger disaster..."

Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya, Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan sesuatu hubungan selepas Ikhlas. Sama ada ia berbentuk personal mahupun profesional. Apabila ada kepercayaan, maka prasangka, cemburu, marah, hasad dengki, dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan InsyaAllah, akan dapat diatasi.

Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, CAKAP dan SIKAP kita mesti selari. Itulah integriti - sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah ASAS untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya.

Soal Dalam Kepimpinan
Ingat !! Kepimpinan adalah pengaruh. Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah SAW. Keunggulan kepimpinan Rasulullah SAW diawali dengan kepercayaan masyarakatnya sehingga Baginda digelar Al-Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat SIDDIQ (benar) dan amanah selepas itu.

Soal Dalam Perhubungan
Kata bijak pandai, dipercayai lebih utama dairpada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai - sama ada oleh Isteri, ibu bapa, atau sahabat-sahabar. Tetapi, percayalah, jika kurang dipercayai,lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bila pun ,manusia lebih mempercayai matanya berbanding telinga.

Pesanan buat penulis dan pedoman pada pembaca.
1. Sebagai pemimpin, pimpinlah orang bawahan, anak isteri dan pengikut agar tidak hilang pengaruh kepercayaan. kerana hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti.
2. Dalam perhubungan, yakinlah dengan mata, bukannya dengan telinga, kerana apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan)

"Belajarlah Untuk Menghargai, Daripada Hidup Tidak Dipercayai"
"Dipercayai Lebih Utama Daripada Dicintai"

Sunday, August 1, 2010

Hatiku Mencari : Ikhlaslah...



Jika diriku bukan pelita,
yang mampu menerangi malam.
Memadailah berusaha menjadi kunang-kunang,
yang menemani di dalam kegelapan.

IKHLASlah menjadi diri sendiri,
agar hidup mendapat berkat dan rahmat dari Allah.

"Iblis Menjawab : Demi Kekuasaan Engkau, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang Ikhlas"
(Surah Shaad, Ayt 82-83)


I made this widget at MyFlashFetish.com.