Sunday, March 22, 2009

KENAPA AKU....?

kenapa aku seringkali tanya soalan ini setiap kali aku bersendirian…Aku sedia berkongsi apa2 asalkan korang tau maksud dan tujuan aku sebenar……Selamat membaca….

KENAPA AKU DIUJI? 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216 

KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286 


RASA FRUST? 
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139 

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan 
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200 

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45 

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..

-Surah At-Taubah ayat 111 


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129 

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! 
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." 
-Surah Yusuf ayat 12

Wednesday, March 11, 2009

JALAN KE SYURGA PENUH DURI

Assalamualaikum wbt….

Sahabat-sahabat…. pnah dengar tak…" Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. 


Demikian lah ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia. Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan). Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. jadi, cuba kita pikir…Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan. Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan.

Ana pnah terpikir jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan kan… Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan. Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman 

Bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu. tul tak? Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu. Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik. Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat. Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami. Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal. Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. 

Persoalannya Sahabat-sahabat…Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh. Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran. Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat." Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu ‘Alam…

Sunday, March 8, 2009

KEGANASAN POLIS TERHADAP ORANG AWAM




Lihat dan perhatikan bertapa dangkalnya apa yg berlaku, rakyat yang ingin menyuarakan bantahan secara aman terhadap kebajikan masa depan anak-anak bangsa pun di jamu dengan bom-bom pemedih mata.. bukan itu sahaja malah dipukul dan ditangkap..fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia...



Protesters run away from tear gas fired by Malaysian riot police during a protest against the use of English to teach math and science in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009. AP Photo



A protester runs away from tear gas fired by Malaysian riot police during a protest against the use of English to teach math and science in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009.AP Photo


A protester throws back a tear gas which fired by riot police during a protest against using English for mathematics and science teaching in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009.AP Photo


Protesters run away as Malaysian riot police fire tear gas during a protest against using English for mathematics and science teaching in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009. AP Photo

Protesters run away from tear gas fired by Malaysian riot police during a protest against the use of English to teach math and science in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009.

Monday, March 2, 2009

MISI MEMPERTAHANKAN HAK MAHASISWA



Putrajaya, 26 Feb – Presiden Kelab Iqra UTHM saudara Mohd Hadi Bin Abd Rahman bersama wakil Pro Mahasiswa UTHM telah membuat keputusan untuk turun bertemu Menteri Pengajian Tinggi di Putrajaya bagi menyerahkan sendiri surat rayuan berkaitan isu pembinaan masjid baru UTHM. Tujuan surat itu di berikan adalah tidak lain tidak bukan sebagai simbol rayuan di peringkat mahasiswa kepada Menteri Pengaajian Tinggi Malaysia supaya pembinaan masjid UTHM tetap di bina di tapak yang asal. Sebelum ini isu pembinaan masjid telah di anggap selesai memandang hampir 90% mahasiswa dan staf warga kampus bersetuju masjid di bina di tapak asal.



Namun sedikit mendukacitakan apabila mengetahui ura-ura perubahan tempat lokasi pembinaan masjid baru tersebut. Justeru itu, Kelab Iqra berpendirian bahawa perkara ini tidak sepatutnya di bangkitkan lagi. Rombongan yang terdiri daripada Presiden Kelab Iqra, ketua penaja Pro Mahasiswa UTHM dan aktivis Iqra tiba di Kementrian Pengajian Tinggi pada jam 12 tengahari. Walaubagaimanapun sedikit rasa terkilan kerana ketiadaan menteri dan surat rayuan hanya dapat di serah kepada pegawai yang bekerja di pejabat tersebut..



“Apa yang saya harapkan adalah di peringkat Menteri dapat mempertimbangkan penjelasan yang kami berikan berkaitan isu ini. Saya sedaya upaya cuba memberikan hujah yg terbaik demi kesejahteraan masyarakat kampus dan masyarakat kampung sekeling berkaitan pembinaan masjid ini. Saya dengan penuh harapan mengharapkan kehadiran YB Dato' Seri Mohammad Khaled Bin Nordin pada dalam lawatan rasmi ke universiti kami pada Isnin ini akan memberi jawapan yang terbaik baik permasalahan isu ini”

Membangun Bersama Islam
-Suara Presiden Iqra'-
Membina Generasi Al-Quran
Al-Faqir Illah...
Mohd Hadi Bin Abd Rahman

"I'm going to make everyone recognize my existence"

I made this widget at MyFlashFetish.com.