Thursday, February 19, 2009

REALITI DALAM BERSAHABAT

Assalamualaikum warrahmatullah hi wabarakaatuh.

Sahabat-sahabat dan para pembaca…. Adakah kamu sedar atau tidak... Ramai dari kalangan kita yang menyebarkan dan membawa sikap yang menyebabkan ukhwah itu berpecah…

Nabi Muhammad S.A.W membawa konsep persaudaraan sesama saudara seAkidah yakni Islam. Salah satu sirah yang paling besar yang dapat kita ketahui betapa besarnya pengorbanan Nabi terhadap sahabat-sahabat seperjuangan, persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar sehingga sanggup menawarkan tempat tinggal, harta benda, isteri tercinta dan sebagainya…

Tetapi sahabat-sahabat....Kita kini sudah tidak mengambil iktibar dari pengorbanan Rasulullah SAW terhadap Sunnahnya… Rata-rata kita lah yang mengingkari sunnah Rasul. Ana mengajak sahabat-sahabat… Renungkan kembali factor-faktor yang menjadi wabak penyakit dalam kehidupan kita bahawa kitalah yang sebenarnya menjadi punca utama UKHUWAH BERPECAH!!!

1. Tamak Akan Kenikmatan Dunia
2. Lalai Menjalankan Ibadah Dan Melanggar Tuntunan Agama.
3. Tidak Santun Dalam Berbicara
Sebagai contoh gaya bicara yang tidak mengikut syarie, ada sesetngahnya berbicara dengan nada suara yang tinggi atau menggunakan kata-kata yang kasar. Bergurau secara berlebihan. Seringkali mendebat dan membantah dengan kritikan keras yang melukai perasaan
4. Sikap Acuh
5. Mengadakan Pembicaraan Rahasia
6. Keras Kepala, Enggan Menerima Nasihat Dan Saranan Sahabat
7. Memberi Teguran Di Depan Orang Lain
8. Sering Menegur, Tidak Toleran, Cenderung Negative Thinking,Enggan Memaafkan.
9. Mudah Percaya Terhadap Hasutan Orang Orang Yang Mengadu Domba Dan Memendam Dengki
10. Membuka Rahasia
11. Mengikuti Prasangka
12. Mencampuri Masalah Peribadi
13. Egois. Tidak Bersimpati Dengan Penderitaan Sahabat, Dan Tidak Memperhatikan Masalah Serta Keperluan-Keperluannya.
14. Menutup Diri, Berlebihan, Membebani, Dan Meng-Hitung-Hitung Kebaikannya Sendiri
15. Enggan Mengungkapkan Perasaan Cinta, Menunjukkan Indikasi Atau Hal-Hal Yang Dapat Menyuburkannya, Dan Enggan Membela Sahabat Ketika Disebut Aibnya
16. Melupakannya Kerana Sibuk Mengurusi Orang Lain Dan Kurang Setia.
17. Suka Menonjolkan Kelebihan Pribadi, Mencari Muka Di Depan Objek Dakwah [Mad'u], Dan Ingin Menguasai Madu’ Dengan Cara Menunggangi Sahabat
18. Mengingkari Janji Dan Kesepakatan Tanpa Alasan Yang Kuat
19. Selalu Menceritakan Perkara Yang Membang-Kitkan Kesedihannya Dan Suka
20. Menyampaikan Berita Yang Membuat Resah
21. Terlalu Cinta Pada Dunia

Sahabt-sahabat…. Terlalu banyak perkara lagi kalau ana senaraikan, cukup sekadar renungan buat diri yang faqir ini bersama sahabat-sahabat. Betapa hinanya kita dengan Rasulullah yang selama ini kita mengaku baginda adalah Nabi kita, tapi hakikatnya kita mendustakan dan secara tidak sedar kita mempermainkan ukhuwah didalam Islam.

Akhir kalam dari ana yang lemah, unutk dijadikan renungan kita dalam memperbaiki silaturrahim sesama umat islam.
Assalamualaikum

I made this widget at MyFlashFetish.com.