Friday, August 28, 2009

PERUTUSAN KEMERDEKAAN KE 52

MUHASABAH :

SEJAUH MANA KEMERDEKAAN MEMBETUK SAHSIAH MAHASISWA


Kedatangan 31 Ogos pada kali ini lebih bermakna kerana jatuhnya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Mahasiswa semestinya telah di atur pelbagai program yang dapat meningkatkan semangat petrotisme bagi menyambut kemerdekaan. Sesungguhya bertuah golongan mahasiswa pasca merdeka ini kerana tidak perlu memikirkan keadaan negara yang masih lagi di jajah di waktu itu.


Dalam mempertahan maruah agama dan tanah air, tentunya terdapat pelbagai halangan dan cabaran dalam memastikan syariat Islam tertegak di muka bumi milik Allah SWT. Begitu juga mahasiswa yang mendukung perjuangan Islam di bumi kampus dalam memastikan tindakan dari golongan yang mahu menentang dakwah Islam ini daripada terus berkembang.


Tidak salah untuk masyarakat beragama lain meraikan kedatangan Ramadhan yang suci ini, tetapi apa yang dibimbangi dan menghantui saya sehingga kini adalah masih terbayang dibenar fikiran dan hati apabila sempat “menziarahi” mahasiswa UTHM dalam sambutan secara besar-besaran yang telah diadakan bagi memberi santapan hiburan melalui konsert pada 08.08.2009 yang diadakan didalam kampus dan perasmian Majlis Konvokesyen pada 01.08.2009 di Batu Pahat telah membuatkan pihak Kelab Iqra’ kecewa dengan anjuran sedemikian. Hiburan ini bukanlah dapat mendidik jiwa anak muda dalam pembangunan sahsiah mahasiswa.


Saya bukanlah rakyat Malaysia yang anti-nasionalisme, bukan juga mereka yang tidak berjiwa merdeka dan jauh sekali untuk dikatakan sebagai mahasiswa jumud, malah prinsip dan etika hidup mengajar saya untuk menghayati bagaimana untuk mendalami erti kemerdekaan yang sebenar.


Saban tahun kita saksikan masyarakat Malaysia yang mengisytiharkan diri mereka 'merdeka' menyambut Hari Kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti dan program yang telah menodai nilai kemerdekaan yang ada pada tarikh bersejarah itu.


Malam 31 Ogos sering kali menjadi tarikh penting untuk muda mudi berpesta dan bersuka ria berlatarbelakangkan persembahan konsert daripada artis-artis yang berpakej menyimpang dari norma kehidupan sebagai seorang warganegara Malaysia yang merdeka. Penganjuran program sambutan kemerdekaan yang berwajahkan aktiviti yang tidak menghargai penat lelah pejuang-pejuang kemerdekaan sering kali mendapat kutukan dan hamburan sinis dari sesetengah pihak yang ada nilai kesedaran dalam diri mereka, namun teguran dan nasihat sebegini dijadikan bahan gelak tawa mereka bahkan ada yang melabelkan nasihat tersebut sebagai 'musuh negara'.


Terang lagi bersuluh perkara yang sama bakal kita hadapi hanya beberapa hari yang akan mendatang. Sambutan ini bukan hanya mendapat penganjuran besar-besaran diperingkat nasional, malah sehingga peringkat akar umbi termasuk kampus-kampus yang menjadi kilang pemimpin masa depan turut dididik dengan budaya merosak dan menghina nilai kemerdekaan negara.


Selingan doa selamat dan nyanyian patriotik lagu-lagu kebangsaan sudah cukup untuk mengaburi mata rakyat dalam menyatakan pemimpin-pemimpin negara kita pemimpin yang berjiwa merdeka, sedangkan terlalu banyak aktiviti yang dijalankan telah menodai kesucian sebuah kemerdekaan. Inilah dia gambaran sebenar senario politik negara yang menjual maruah negara tanpa kita sedari walhal minda dan akhlak kita sedang dijajah oleh agenda Yahudi laknatullah.


Paling menyentuh hati dan membuatkan iman meronta apabila memikirkan persoalan 'Merdeka' yang bakal diasimilasikan bersama kehangatan sambutan 'Ramadhan'. Mungkin ada dikalangan mereka yang beragama Islam seperti yang tercatat di atas kad pengenalan mereka, sedang sibuk membantu menghiasi suasana untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang jatuhnya sehari sebelum kehadiran Ramadhan.


Oleh itu, Kelab Iqra’ dengan kerjasama JTPI serta BKE Kolej Kediaman telah mengambil inisiatif mengadakan program GEMERSIK (Gerakan Mencari Ramadhan, Sinar Kebahagiaan) bagi mengajak mahasiswa Islam menyambut Ramadhan dengan mengisi masa untuk memperuntukkan diri kepada Allah SWT dalam mendidik hawa nafsu supaya tunduk mengabdikan diri kepada Allah SWT.


InsyaAllah, bersempena hari kemerdekaan ini, semua mahasiswa/i UTHM yang beragama Islam dijemput hadir ke masjid UTHM bermula 30 Ogos 2009 sehingga 31 Ogos 2009 untuk melibatkan diri dalam program yang telah dianjurkan oleh Biro Rakan Muda, Rekreasi dan Kebudayaan, Masjid UTHM.


Allahurabbuna

Thursday, August 27, 2009

PERUTUSAN SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1430 HIJRAH

Menifestasi Ramadhan dalam membina generasi Al-Quran.


Firman Allah SWT yang bermaksud

“Inilah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan perbezaan antara yang benar berbanding batil.”

Al-Baqarah : Ayat 185


Mungkin kita tidak mengatuhi bahawa Ramadhan adalah satu-satunya bulan yang di sebut di dalam Al-Quran berbanding bulan-bulan islam lain. Ini merupakan suatu peghormatan yang besar bagi Ramadhan memandangkan ianya terselit dalam al-Quran yang terdiri daripada 6236 ayat itu. Maka kita sedia maklum bahwa fokus utama Ramadhan sebenarnya adalah turunnya al-Quran dalam bulan tersebut. Perkara-perkara ibadah lain adalah perkara kedua yang sememangnaya menjadi tangungjawab unmat Islam untuk melaksanakannya.


Tetapi umumnya kita warga mahasiswa khususnya lebih memfokuskan kepada puasa, solat terawikh tetapi fokus utamaAl-Quran adalah lebih besar iaitu menjadi petunjuk jalan kepada manusia dan untuk memberikan segala perjelasan terhadap pelbagai bentuk kehidupan dan permasalahn di di dunia ini.


Ibarat bertepatan dengan moto kelab Iqra UTHM sendiri iaitu mensasarkan dalam pembentukan generasi Al-Quran sebagi agenda perjuangan, maka kehadiran Ramahdan kali ini merupakan suatu langkah awal dalam merealisasikan pembentukan generasi Al-Quran itu. Bersempena dengan penurunyan mukjizat Allah dalam bulan mulia ini, kita umumnya mengetahui bahawa kehadiran Al-Quran sebagai petunjuk jalan kepada manusia. Ini menggambarkan bahawa Allah memberi isyarat bahwa manusia seolah-olah berada dalam keadaan buta dan meraba-meraba mencari rendak dalam kehidupan sekiranya tidak berpandukan Al-Quran.


Kita tidak menafikan bahawa terlalu tingginya darjat Al-Quran ini sehinggakan ahli-ahli sains tidak tidak dapat dapat memberi perjelasan sejelas-jelasnya dan perkara-perkara ghaib seperti dosa, pahala, nafsu, syaitan dan sebagainya hanya dapat di fahami oleh manisua setelah di sebut di dalam Al-Quran.


Allah adalah engineer yang menciptakan alam ini. Dialah yang mengetahui selok belok perjalanan kehidupan di dunia . Manusia di dunia akan terus bergerak dan tiada satupun manusia akan mengetahui apakah kesudahannya. Ini menyebabkan fikiran berbentuk aqidah, ibadah, ekonomi, sosial, budaya dan sebagainya yang berkisar dengan akal semata-mata adalah suatu yang bersifatkan kebudak budakan dan tidak akan ke mana-mana kalau tidak di pandu dengan Al-Quran.


Tuntasnya Al-Quran ibarat polis terafik yang mengetahui segala jalan dan lorong di kawasan tertentu yang sangat di perlukan khidmat bagi mereka yang tidak arif twntang keadaan jalan tersebut.Ibaratkan pabduan polis itu petunjuk untuk memadumereka berada dalam yag bemar.


Akhirnya, mudah-mudahan segala aktiviti dan program sepanjang bulan mulia ini akan lebih bermanfaat di sisi Alalh. Kelab Iqra UTHM akan terus bersama mahasiswa kampus amnya serta mahasiswa Islam khususnya dalam bersama-sama mengimarahkan bulan mulia ini dengan pelbagai aktiviti seperti tadarus dan tadabbur Al-Quran di surau-sarau kolej kediaman. Sesungguhnya menifestasi Ramadhan dalam membina generasi Al-Quran mampu memberi rang dalam memperbaiki diri dan seterusya meletakkan kita lebih dekat lagi dengan Allah dan Islam

Friday, August 21, 2009

Ya Allah, Jauhkan Aku Dari Golongan Yang Tidak Terampun Dosa Sepanjang Ramadhan Kali Ini.



"Kecewa dan rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya.."


Rasulullah menaiki mimbar (untuk berkhutbah), menginjak anak tangga pertama beliau mengucapkan "aamin", begitu pula pada anak tangga kedua dan ketiga. Selesai solat para sahabat bertanya, mengapa Rasulullah mengucapkan 'aamin? Lalu beliau menjawab, malaikat Jibril datang dan berkata: Kecewa dan rugi seseorang yang bila namamu disebut dan dia tidak mengucapkan selawat atasmu, lalu aku berucap aamin. Kemudian malaikat berkata lagi, kecewa dan rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai masuk syurga, lalu aku mengucapkan aamin. Kemudian katanya lagi, kecewa dan rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya, lalu aku mengucapkan aamin. Hadits itu diriwayatkan oleh Imam Ahmad.


Ramadhan adalah nama salah satu bulan dari dua belas bulan Hijriyah, sama dengan Jum'at yang merupakan nama hari dari tujuh hari yang terus berputar. Tidak ada perbezaan antara hari Jum'at dengan hari lain, demikian juga tidak ada bezanya antara Ramadhan dengan bulan lainnya. Secara logik, semua bulan dan hari itu sama saja. Perbezaannya sesungguhnya terletak pada permaknaan. Permaknaan itu terkait dengan momentum sejarah, mungkin juga kerana secara sengaja telah ditetapkan oleh Allah SWT bagi hari dan bulan untuk memuliakannya.


Ramadhan telah memenuhi kedua alasan di atas, selain disengaja oleh Allah untuk disucikan dan dimuliakan, di dalamnya terdapat juga pelbagai peristiwa sejarah yang sangat bererti. Sejarah itu bukan saja berlaku pada Rasulullah Salallaahu 'alaihi wa sallam, tapi juga berlaku pada masa-masa kenabian jauh sebelumnya.


Dalam beberapa hadis dan keterangan yang lain disebutkan semua kitab suci diturunkan oleh Allah pada bulan Ramadhan. Nabi Ibrahim 'Alaihis salaam menerima kitab pada hari pertama atau ketiga pada bulan Ramadhan. Nabi Daud As juga menerima kitab Zabur pada hari kedua belas pada bulan yang sama. Demikian juga nabi Musa As dan Isa As, masing masing telah menerima kitab Taurat dan Injil pada bulan Ramadhan. Nabi Muhammad Saw, sebagai Nabi akhir zaman menerima kitab Al-Qur'an pada tanggal 17 bulan Ramadhan.


Adalah benar, Jika semua kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan. Kesengajaan itu semata-mata ditunjukkan untuk mensucikan dan memuliakannya. Memang ada empat bulan lainnya yang dimuliakan Allah, tapi Ramadhan tetap menempati urutan teratas. Bukan hanya kerana momentumnya, tetapi lebih lagi kerana Allah Swt menjanjikan berbagai bonus dan ganjaran istimewa. Kerana alasan itulah, jauh sebelum bulan Ramadhan tiba, Rasulullah saw telah menyambutnya.


Sejak bulan Sya'ban, Rasulullah menganjurkan ummatnya agar mempersiapkan diri menyambut kedatangan "tamu mulia" ini, iaitu dengan memperbanyakkan ibadah, terutama ibadah shaum (Puasa). Suasana itu tergambar dalam hatinya dan terukir dalam benak fikirannya. Kehadirannya dirindukan dan dinanti-nantikan. Ibarat orang dipenjara yang selalu menghitung hari pembebasannya, maka setiap hati sangatlah bererti. Begitulah gambaran seorang Muslim, terutama para sahabat Nabi di masa yang lalu.


Saat-saat menanti Ramadhan, para sahabat seperti calon pengantin yang merindukan hari-hari pernikahannya. Jauh hari sebelum hari ketibaan 'persandingan', mereka sudah memikirkan hal-hal yang sekecil-kecilnya. Mereka berfikir, 'pakaian' apa yang akan dipakai pada saat yang penting itu, apa yang diucapkannya, sehinnga bagaimana cara jalannya dan ingin mengukir senyumnya. Begitulah gambaran seorang Muslim yang merindukan datangnya Ramadhan. Tiada seorang pun di antara kaum Muslimin yang bersedih hati ketika menghadapi Ramadhan. Sebaliknya mereka bersuka ria dan bergembira, menyambutnya dengan penuh semangat yang menyala-nyala.


Pada hari-hari akhir sya'ban. Saat itu dimanfaatkan oleh kaum Muslimin untuk saling meminta maaf di antara mereka. Seorang sahabat kepada sahabatnya, seorang anak kepada orang tuanya, seorang adik kepada kakaknya, dan seterusnya. Mereka ingin memasuki bulan Ramadhan dengan tanpa beban dosa. Mereka ingin berada dalam suasana ramadhan yang disucikan itu dalam keadaan suci dan bersih.


Kebiasaan Rasulullah dan para sahabatnya ini perlu dihidupkan lagi tanpa harus mengubah tradisi yang sudah ada dan kekal sampai saat ini. Biarlah hari raya 'Idul Fitri tetap dalam tradisinya, tapi pada akhir bulan Sya'ban perlu ditradisikan hal-hal yang sudah menjadi kebiasaan Nabi, iaitu dengan memperbanyak silaturrahim, saling meminta maaf, dan bertahniah, selain menyambutnya dengan ceramah yang dikhususkan untuk itu. Tahniah, saling mengucapkan "selamat" adalah kebiasaan baik yang ditradisikan Rasulullah.


Berikut ini adalah contoh khutbah Rasulullah dalam menyambut Ramadhan:

"Wahai ummatku, akan datang kepadamu bulan yang mulia, bulan penuh berkah, yang pada malam itu ada malam yang lebih mulia dari seribu bulan. Itulah malam dimana Tuhan memberi perintah bahwa kewajiban puasa harus dilakukan di siang hari; dan Dia menciptakan solat khusus (tarawih) di malam hari.


Barang siapa yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan kebaikan-kebaikan pada bulan ini maka dia akan mendapatkan ganjaran seperti jika dia menunaikan suatu ibadah di bulan-bulan lain pada tahun itu. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu ibadah kepada Allah, maka dia akan mendapatkan tujuh puluh kali ganda ganjaran orang yang melakukan ibadah di bulan bulan lain pada tahun itu.


Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan pahala kesabaran yang sejati adalah syurga. Inilah bulan yang penuh simpati terhadap sesama manusia; ini juga merupakan bulan di mana rezki seseorang ditambah. Barangsiapa memberi makan orang lain untuk berbuka puasa, maka dia akan mendapatkan ampunan atas dosa-dosanya dan dijauhkan dari api neraka, dan dia akan mendapatkan pahala seperti orang yang diberinya makan untuk berbuka puasa, tanpa mengurangi pahala orang tersebut sedikitpun.


Kami (para sahabat) bertanya, wahai Rasulullah, tak semua orang di antara kami mempunyai cukup persediaan untuk memberi makan orang lain yang berpuasa. Rasulullah Saw menjawab, Allah memberikan pahala yang sama bagi orang yang memberi orang lain yang sedang berpuasa sebuah kurma dan segelas air minum atau seteguk susu untuk mengakhiri puasanya.

Dan barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum dari sumber airku, air yang jika diminum tak akan pernah membuatnya haus hingga pada hari dia memasuki syurga."



Sahabat-sahabat.....

Ana minta maaf kepada kalian. Segala gerak kerja dakwah yang mungkin membuatkan antum terbeban, mohon maaf dari ana. Sesungguhnya taklifan sepanjang sesi ini mengajar ana erti berkorban untuk Islam. Mengenal erti siapa sahabat dalam melaksanakan misi dakwah.



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarakh..
Mudah-mudahan kita tergolong di dalam golongan yang mendapat keampunan Allah SWT



Selagi mana, ana berpijak dibumi Allah ini.
Selagi itu, diri kerdil ini dipinjam Allah untuk perjuangan Islam.

Sunday, August 16, 2009

Adakah Sejarah Mungkin Berulang? Bersabarlah....

Salam..

Pertamanya... Tahniah buat semua graduan UTHM yang berjaya naik ke pentas untuk menerima skroll pada Majlis Konvokesyen UTHM ke-8 yang diadakan baru-baru ini. Kepada sahabat - sahabat seperjuangan ucapan tahniah ana ucapkan buat antum.

Sahabat se-Genarasi ana iaitu Akhi Fikri dan Fadli yang kedua-duanya berjaya menamatkan pengajian diploma (jangan lupa untuk menyambung pengajian). Tidak lupa juga kepada abg Fadli Mustafa yang jugak sahabat se-Generasi ana yang banyak menemani ana pada ketika dahulu. Bagi sahabiah muslimat se-Generasi ana iaitu Ukhti Aizatul, Fadilah, Liyana dan Azila, Tahniah ana ucapkan kepada antum yang kini telah meyambung pengajian ditempat yang sama. Tidak ketinggalan, ucapan tahniah buat abang-abang yang kini berada di dalam medan perjuangan yang juga selamat menghadiri majlis Konvo baru-baru ini antaranya abg zul, abg irwan, abg raziman, abg azrin, abg hasri, abg jehe, komeng, dan lain2... Tidak ketinggalann jugak akak-akak yang banyak menyumbangkan tenaga antum kepada Islam. Ana doakan mudah-mudahan agar antum istiqomah dalam perjuangan Islam yang tidak ada penghujung. Tahniah sekali lagi !!!


Teringat ana sewaktu ketika ana dianugerahkan Pelajar Diploma Terbaik Kejuruteraan dan Teknologi yang dikurniakan oleh Canselor UTHM (Tengku Mahkota Johor) iaitu Anugerah Puan Sri Sapura pada Majlis Konvokesyen UTHM ke-7 (sesi lepas).
Kembali terpaut kenangan yang mungkin indah pada ketika tu. Pada hakikatnya.... Ia hanya satu kenangan yang perlu jadi sejarah dan tinggalan buat selamanya... Adakah Sejarah Mungkin Berulang? Memori berkenaan hanya boleh dikenangkan pada ketika tertentu sahaja. Ia bukanlah merupakan satu kejayaan yang perlu dibanggakan. Kejayaan yang hakiki adalah mendapat tempat di syurga Allah w'pun ia susah untuk dicapai..



Sewaktu itu antara yang menemani ana di Majlis Konvokesyen berkenaan adalah antaranya sahabat ana Muhaimin, Abg fadli, Abg Faisal yang kini menjawat jawatan sebagai Tutor di FKMP. Abg Irwan yang juga selama ini menjadi tempat berada didalam hati ana sempat menemani tika ibu dan ayah ana tidak dapat hadir sewaktu Majlis Penganugerahan Diploma.



Pada hari pertama penganugerahan, jauh dari pentas ana melihat mak menangis melihat ana menerima Anugerah Puan Sri Sapura. Kesian mak... Mungkin dalam dewan banyak habuk kot..
Pada hari ketiga Majlis Konvokesyen, mak dan ayah telah pun pulang ke rumah. Sahabat-sahabat ini lah yang menjadi teman untuk bergambar dan meraikan ana pada hari tersebut. Hilang rasa sedih... Alahai...sentimentalnya presiden Iqra' ni...



Di hari konvokesyen pada kali ini, ana hanya sempat meraikan sahabat diploma iaitu fikri, fadli, liyana, azila, aizatul dan fadilah (fadilah ana x kelihatan). Abang-abang yang lain, ana minta maaf sebab tak dapat raikan. Ana sedikit sibuk menguruskan Forum Bicara UTHM memandangkan kesihatan ana kurang memuaskan pada hari-hari konvokesyen berlangsung. Maafkan ana ye...


Dikesempatan pesta konvokesyen tersebut, kesibukan tugas dan tanggungjawab dalam menjalankan amanah dakwah ini seperti biasa ana mencuri masa untuk kembali melapangkan diri... Ana sempat untuk melatih kembali sukan polo yang telah lama ana tinggalkan sejak dibangku sekolah. lagi. Ketika inilah ana kerahkan sedikit daya untuk menunggang kuda.

Keterbatasan keluasan kawasan menyebabkan ana kurang selesa disebabkan mereka menghadkan kawasan tunggangan kuda. Kali terakhir adalah di bandung Indonesia.

Pada ketika itu, skill tunggangan kuda masih menyerlah. Maklumlah pada ketika tu, ana masih lagi giat berlatih. Itulah sejarah lama yang masih dapat dikenangkan sedikit sebanyak.

Antara sukan yang ana tinggalkan adalah extrem game bike yang dulu ana peruntukkan untuk bike RM 1200. Selain itu, kejohanan taekwando yang hampir 13 tahun telah berkecimpung semenjak di darjah empat. Teringat ana sewaktu pertandingan Kejohanan Taekwando Remaja Kebangsaan mewakili negeri Kedah ketika didewan besar negeri Perak semenjak 5 tahun yang lalu. Kali terakhir ana mengikuti kejohanan seni mempertahankan diri adalah ketika ana di tahun 2 pangajian Diploma sewaktu Kejohanan Terbuka IPT yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI). Alhamdulillah merangkul pingat gangsa.

Dalam sukan menembak, pengalaman yang sukar dilupakan adalah dimana memenangi pingat Emas acara menembak piring berkumpulan di Sarawak sewaktu menceburi Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM). Pada ketika itu, persiapan dalam melatih menembak menggunakan senjata M16 berpeluru hidup menjadi rutin mingguan ke kem 6briged Sungai layar. Dalam masa yang sama, kumpulan ana Johan peringkat kebangsaan dalam kawad kaki. Hampir 3 tahun ana didalam PKBM dari Form 1 sehingga Form 3. Rindu rasanya nak mencekah senapang, merasai sebagai ketua Platun , berkedudukan untuk menembak pada 5 kedudukan posisi yang berbeza. Allahuakbar... Teringat dengan ke-aktifan ana dulu. Dahulunya Ana digelar 'manja' oleh Leftenan Muda Lutfi. Dia rapat dengan ana. Maklumlah, ana lah ahli kadet yang paling kecil ketika tu. Erm.....Adakah Sejarah Mungkin Berulang?.

Ana mula berkecimpung aktiviti kerohanian semenjak ana memasuki Sekolah Men. Teknik Alor Star. Tinggal sudah aktiviti-aktiviti lasak. Ana mula mengenali usrah bersama naqib pertama ana iaitu Ustaz Farid Din yang dulunya Mantan YDP USIM. Ana diajar untuk berceramah, menuntut Ilmu, menjadi Imam di surau sekolah sehingga kini terbawa-bawa mengimamkan jamaah di masjid kampung ana (Kg. Penguhulu Him) jika ketiadaan imam. Ana mula giat menghafal Al-Quran sejak di tingkatan 4. Menjawat jawatan sebagai pengerusi Persatuan Pendidikan Islam pada waktu tersebut. Pada ketika itu, ana masih tidak mengerti perjuangan Islam ni cukup hebat rintangan dan dugaannya...

Kini..... Tubuh badan yang kecil ini telah pun ditaklifkan dalam memikul amanah. Pelbagai rintangan dan dugaan dalam melaksanakan dakwah. Ana terpaksa tinggalkan semua aktiviti yang menjadi kenangan sewaktu ketika dulu kerana diri ana dipinjamkan oleh Allah untuk perjuangan Islam.

Selagi mana ana berpijak dibumi Allah. Selagi itulah diri kerdil ini diwakafkan untuk Islam. Doakanlah ana supaya Istiqamah.


Buat Sahabat-sahabat....

Islam tidak menegah atau menghalang umatnya mencari kekayaan dan kebahagiaan di dunia, sebaliknya apa yang ditekankan ialah memburu kebahagiaan hidup di dunia dan janganlah sampai terlupa tanggungjawab mempersiapkan diri dengan amalan serta bekalan kehidupan akhirat. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud.
"Dan carilah kurniaan Allah untuk kebahagiaan di akhirat disamping itu jangan pula engkau lupa kepada kebahagiaan di dunia".
(Al-Qasas : Ayat 77)


Buat Tentera-tentera Muhammad SAW....

Bersabarlah kita dalam melaksanakan amanah untuk terus menjalankan usaha dakwah. Sesungguhnya, perjuangan Islam itu tidak ada hamparan suatu jalan yang senang. Bersabarlah...

"Demi sesunggunnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah : Ayat 155)


Selagi mana diri yang hina ini berpijak dibumi Allah. Selagi itulah diri kerdil ini diwakafkan untuk Perjuangan Islam


Sekian Dari....
Al-Faqir Ilallah...
Mohd Hadi Abd Rahman...

Tuesday, August 4, 2009

Kerajaan Harus Berani Hapuskan ISA-Tun Abdullah Ahmad Badawi

Dua minggu sebelum demonstrasi besar dirancang bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mantan perdana menteri berkata kerajaan wajar “berani memansuhkannya.”


Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan, lapor Bernama.

“Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

“Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan
kerajaan mengambil tindakan pencegahan,” beliau dipetik berkata.

Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Dicemari stigma negatif

Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk
melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya “kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA” sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

“Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

“Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik,” katanya seperti dilaporkan.

Saturday, August 1, 2009

Kekejaman ISA. Dimana Peranan Dan Suara Kita ???

Dimanakah sifat kemanusiaan kita?





Pemergian al-marhumah Aina Mardiah Shahrial yang kembali ke Rahmatullah(3 Julai 2008). Anak gadis ini koma di Hospital Kajang selepas terjatuh di rumahnya.








Sungguh memilukan, Aina Mardiah sudah sejak sekian lama tidak menatap wajah ayahnya, Shahrial Sirin yang ditahan di Kem Kamunting sejak 7 tahun lalu! Beliau kembali kepada Allah dalam kerinduan. Membesar tanpa ayah, yang ditahan, bukan dipenjarakan.






Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA) untuk mendapatkan pelepasan Shahrial Sirin berdepan dengan birokrasi Napoleonik yang sungguh luar biasa. Shahrial akhirnya tiba di rumah pada jam 9 malam dan hanya dibenarkan oleh pihak polis bersama jenazah anaknya serta ahli keluarga yang lain selama satu jam!

I made this widget at MyFlashFetish.com.