Wednesday, February 24, 2010

MUKTAMAR KELAB IQRA' KE-11



AGENDA UTAMA

  1. Ucapan Penasihat Kelab Iqra’, Ustaz Mohd Shahrir Bin Abdul Muthalib
  2. Ucapan Perasmian Oleh Pengarah Pembangunan Pelajar, Dr Asri Bin Selamat
  3. Persembahan Montaj
  4. Persembahan Nasyid
  5. Penyampaian Cenderahati
  6. Jamuan VIP dan Peserta
  7. Ucapan Dasar Presiden Kelab Iqra' Sesi 2008/2009
  8. Pembentangan laporan aktiviti tahunan KI 2008/2009
  9. Pembentangan laporan kewangan KI 2008/2009
  10. Perbahasan Ucapan dasar/ Laporan aktiviti program dan Kewangan KI 2008/2009
  11. Pembubaran MT 2008/2009
  12. Perlantikan MT 2009/2010
  13. Penyampaian Watikah perlantikan
  14. Pembentangan dan perbahasan Usul
  15. Ucapan Presiden 2009/2010
  16. Penyampaian Sijil Penghargaan kepada MT 2008/2009

Friday, February 19, 2010

PEMIMPIN YANG DISAYANGI BERKORBAN UNTUK RAKYAT YANG DISAYANGI

MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.


(Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)

Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.

"Hari itu, lepas solat Asar Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.



Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belabor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi.

Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.

Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.

"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.

"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.

Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau.

Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya.

"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."


Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.


p/s-Tok Guru pasti marah kalau tahu ana siarkan gambar nia dan tulis macam nie. Ana minta maaf pada dia. Beliau tidak suka perkara ini dibesarkan, tapi itulah hakikat dirinya yang kita kena tahu. Semoga kita dapat mencontohi beliau

Sumber : anaksengat

Wednesday, February 3, 2010

TERANIAYA..

Assalammualaikum kepada semua yang saya kasihi...

Saya ingin menjelaskan beberapa perkara di sini bahawa pada pemilihan MPP pada kali ini saya membawa manifesto :

1. Menjadikan kampus sebagai zon mahasiswa untuk bebas bersuara berkaitan isu kebajikan.
2. Memperjuangkan kadar yuran kolej kediaman yang berbeza mengikut kemudahan bagi setiap
kolej kediaman.
3. Mengukuhkan hubungan di antara mahasiswa dengan MPP dalam menjaga kebajikan
mahasiswa.
4. Membantu menyelesaikan segala permasalahan mahasiswa yang dewasa ini sering diabaikan.
5. Membantu pihak pengurusan universiti dalam membentuk identiti masyarakat UTHM yang
beretika dan bersahsiah.

Sekiranya rakan-rakan seperjuangan sekalian mendapati @ memperolehi manifesto saya selain seperti di atas, maka dengan ini saya mengatakan saya TERANIAYA kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu tersebut..

Harap Maklum..

I made this widget at MyFlashFetish.com.