Friday, April 29, 2011

Ya Allah Pimpinlah Kelemahan HATI ini


Ya Allah...
Ku Mohon Engkau Pimpinlah Kelemahan HATI ini
Agar Aku Selalu Di Jalan RedhaMu
Tak Putus MemujiMu
Moga Tak Kau biarkan dan Lontarkan Diriku
Bersama Mereka Yang di Dalam KemurkaanMu

Ya Allah...
KepadaMu aku Meminta
Jangan Kau biarkan aku Terleka
Dan Tenggelam Dalam Nikmat Dunia
Terlupa Yang ku Miliki Adalah Semua MilikMu..


Tuesday, January 18, 2011

Hindari Fitnah : Sedikit Penjelasan, Sebesar Perkongsian

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum warahmatullah..

Apabila sesuatu fitnah datang, tidaklah menimpa orang yang zalim sahaja, tetapi akan menimpa kesemuanya. Maka wajib kita untuk berhati-hati. Daripada hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda :
"Tanda-tanda akhir zaman adalah cepatnya waktu, sedikitnya amal, meratanya kebakhilan, banyaknya fitnah atau nampaknya fitnah"

Penulis memohon maaf atas penjelasan ini andai ia menyentuh peribadi maupun individu yang terlibat. Tidak lain tidak bukan, tujuan penjelasan ini adalah semata-mata untuk tidak menimbulkan prasangka buruk bagi pihak yang tidak mengetahui.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : Wahai hamba-hamba-Ku ! Sesungguhnya Aku mengharamkan sifat kezaliman dalam diri-Ku dan Aku juga mengharamkan sifat itu di kalangan kamu. Oleh itu, janganlah kamu zalim menzalimi antara sesama kamu sekalian." (Riwayat Muslim). Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk kepada sesuatu kezaliman.

Pada cuti semester II (sesi 2009/2010), diriku mengalmai masalah kesihatan hampir 2 bulan lamanya. Terima kasih buat ibunda dan ayah tercinta kerana bersusah payah berulang menghantarkan diriku ke klinik swasta, hospital kerajaan dan tidak kurang juga pusat rawatan alternatif. Anemia yang dialami berlarutan sepanjang cuti semester tersebut. Mengikut laporan Doktor, aku dikehendaki tidak terlibat dengan aktiviti luar. Sedangkan diri ini senantiasa memikirkan tanggungjawab dan amanah yang digalas.Mudah-mudahan Allah permudahkan urusanku.

Seperti rakan MPP yang sedia maklum, kesihatan yang masih belum pulih, ku gagahkan diri untuk pulang ke kampus bagi membantu gerak kerja rakan seangkatanku, Latifi yang menguruskan program Generasi Kepimpinan Muda pada cuti semester lepas.. Malangnya, setelah 2 hari berada di kampus, kesihatan yang tidak mengizinkan, telah membuatkan aku terlantar di Hospital dan terpaksa pulang untuk meneruskan rawatan selanjutnya...

Pada cuti semester baru-baru ini, dengan izin YDP dan rakan2 MPP UTHM membenarkan aku mengikuti student mobility programme. Aku adalah salah seorang yang telah diterima menjalani Industrial Attachment ke University of East London, United Kingdom melalui Fakulti Kejuruteraan Awam, UTHM. Rakan MPP lain, Melissa (Jabatan Perhubungan dan Antarabangsa) berpeluang ke Universitas di Indonesia juga pada cuti semester yang lepas. Tahniah buat Melissa. Setelah pulang, barisan MPP membuat pertemuan di bilik gerak MPP. Alhamdulillah, ramai yang datang meeting pada tahun baru ni.. Kami berkongsi pengalaman masing-masing semasa di Perantauan. Ketuaku (YDP MPP) juga akan ke Australia, Tahniah shah!!!

Pengalamanku, bekerja lebih masa dari tempoh yang ditetapkan di syarikat Hardman Structure Engineer, Liverpool Street telah berjaya menyenangkan hati Prof DC. Aku berjaya menghasilkan jambatan pejalan kaki kepada pihak syarikat. Mr Paul yang merupakan pengarah urusan Hardman Structure Engineer telah memaklumkan perasaan puas hatinya kepada pihak UTHM. Alhamdulillah, satu kejayaan bagi diriku, adalah melaskarkan imej positif UTHM umumnya dan fakulti khususnya. (tak sabar rasanya nak tunggu presentation kepada pihak universiti). Bagi diriku, sebagai seorang daie yang ditaklifkan sebagai pimpinan mahasiswa, akan aku tetap menjalankan amanah yang digalas selagi mana kudrat dan nyawaku berada dipenghujung. InsyaAllah, akan aku kongsikan segala yang baik untuk perkongsian dan segala yang buruk untuk kita jadikan sempadan untuk penulisan seterusnya...

‘Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’. (Al-Baqarah: 159-160)

-Naib Yang Di-Pertua 1-
Majlis Perwakilan Mahasiswa 09/10
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Saturday, January 8, 2011

Cinta Ilahi : Menjana Cinta Suami Isteri

Allah menciptakan manusia, Allah memahami cinta antara mereka.


Cinta Ilahi ialah cinta yang paling asas dan utama. Cinta ini diikuti dengan cinta Rasul. Cinta Ilahi iaitu cinta Allah adalah dengan mengikut arahan dan melaksankan perintah Allah. Ia dizahirkan dengan mengikut ajaran Rasulullah SAW. Firman Allah yang bermaksud :
"Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika kamu kasih dan cintakan Allah, maka ikutlah (ajaran) aku nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampunkan dosa kamu."
(Surah Ali 'Imran 3 : 31)


Jangan jadikan cinta kepada pasangan anda melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah sebagai ancaman kepada yang melakukannya, mafhumnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) : 'Jika bapa, anak, saudara, pasangan, kaum keluarga, harta yang kamu usahakan, perniagaan dan kediaman lebih kamu kasihi daripada Allah dan Rasul-Nya dan jihad pada jalan-Nya, maka nantilah hingga Allah mendatangkan perkara-Nya (Surah al-Tawbah 9 : 24)

Iman yang sempurna adalah dengan menjadikan cinta Allah dan Rasul lebih utama. Kemanisan iman akan dirasai apabila Allah dan Rasul adalah yang paling dicintai. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : 'Tiga tanda kemanisan iman ialah Allah dan Rasul-Nya lebih dia dikasihi daripada yang lain...." (Riwayat al-Bukhari)

Kesan Positif Hasil Cinta kepada Allah
  1. Keimanan yang baik dan mantap
  2. Keimanan yang baik akan melahirkan individu yang cemerlang
  3. Individu ini adalah suami yang mithali dan menjadi contoh teladan
  4. Bagi wanita, individu berikut ialah Isteri solehah.
Huraian Kesan Positif Cinta kepada Allah boleh dilayari di ruangan facebook penulis : Hadi Rahman

I made this widget at MyFlashFetish.com.