Friday, May 22, 2009

SIMPOSIUM MEMPERKASA AKIDAH 2009

Akidah merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan seseorang yang beragama. Tanpa akidah yang mantap generasi pelajar Islam mahupun pelajar bukan Islam berada diambang bahaya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, akhlak generasi masyarakat mahasiswa semakin ketandusan nilai-nilai moral yang perlu wujud dalam setiap individu. Dalam usaha melahirkan modal insan, terdapat banyak faktor-faktor yang menghalang pembentukkan sahsiah mahasiswa dengan baik.
Antaranya isu gejala sosial, kes khalwat, agenda kristianisasi (memurtadkan Mahasiswa Islam), dan kes penzinaan semakin menjadi-jadi. Bagi mengurangkan isu-isu dan kes yang berlaku, perkara ini perlu dikembalikan kepada ajaran agama Islam yang sudah semestinya mempunyai garis panduan dalam membentuk sahsiah pelajar. Oleh yang demikian Kelab Iqra’ dengan kerjasama Biro Kebudayaan Sabah Sarawak (BKSS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan Program Memperkasa Akidah 2009 bagi memastikan barisan Mahasiswa Islam UTHM akan terus meyakini ajaran Islam yang selama ini menjadi teras dalam pembentukkan keperibadian seorang muslim.
Antara Pengisian yang akan dijalankan sepanjang simposium ini adalah secara ringkasnya seperti berikut..
InsyaAllah Simposium ini dicadangkan akan diadakan pada 25 Julai 2009. Bagi sesi LDK (terhad kepada 100 Peserta terawal)... Kepada sesiapa warga kampus yang berminat mengikuti bengkel dalam mempelajari dan memahami perbezaan bible dan Al-Quran. Boleh emailkan kepada saya disertakan Nama, No matrik dan Kad pengenalan. Pendekatan ini kita akan gunakan perbandingan kitab. (alsyed_hadi@yahoo.com)
.
.
.
.
SESI PAGI
Informasi I   : Asas Bible
LDK I            : Asas Al Quran
Informasi II  : Asas Agama Kristian / Sejarah Kristian
LDK II           : Latih Tubi Bible
.
SESI PETANG
LDK III         : Pertentangan Fakta di dalam Bible & RSV 1952
.
SESI RIADAH
LDK IV: Kombat Kit
.
SELEPAS MAGHRIB
CERAMAH : HILANG AKIDAH, HILANG DIRI MANUSIA
Disampaikan Oleh: Ustaz Nicholas Sylvester, Pengerusi Hidayah Center JIM
.
.
SELEPAS ISYAK
FORUM : " KU TEMUI JALAN ABADI"
 
SENARAI AHLI PANEL
  1. Mr. Shah Kirit            Pengurus, Saba Islamic Media, Maju Junction Pegawai Da’wah, IIS 
  2. Mr. Lim Jooi Soon    Usahawan Perniagaan Makanan. Pegawai Da’wah, IIS.
  3. Nicholas Sylvester   Pengerusi Hidayah Center JIM Pengarah Urusan sebuah syarikat latihan bina insan, Kuala Lumpur Pusat Komuniti JIM, Pusat Bandar Melawati, KL

MODERATOR

  1. YM Engku Fauzi      Ketua Dakwah Persatuan Pengislaman Darul Fitrah Terengganu Ahli Jawatankuasa Majlis Da’wah Kerajaan Neg. Terengganu

Senarai Jemputan Para panel masih belum ditetapkan. Saya masih berurusan dengan pihak HEP dan JAKIM bagi Simposium Memperkasa Akidah 2009.

Sebarang Penambahbaikkan bolehlah diemailkan kepada saya di

alsyed_hadi@yahoo.com


Friday, May 15, 2009

Bersatu, NGO Perak pelbagai kaum sebulat suara gesa kembalikan hak demokrasi

Ipoh 13 Mei 05:35 p.m | Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak, bersama beberapa pertubuhan NGO Cina dan India sebulat suara menginginkan agar hak mereka sebagai rakyat Perak dikembalikan dan dihormati berikutan suasana kemelut politik Perak yang meruncing masa kini.

Kenyataan tersebut disampaikan semasa sidang media khas di Bangunan Belia Ipoh Perak Darul Ridzuan petang tadi.

Sidang tersebut telah dihadiri oleh ramai wartawan yang melihat satu suasana yang unik apabila melihat Mahasiswa Perak bersama-sama pertubuhan-pertubuhan NGO Cina dan India bekerjasama dan bersepakat bagi memikul suara rakyat di Negeri tersebut.

Presiden Bersatu, Mohd Hafez Sabri meluahkan perasaan tertekan seluruh rakyat Perak berhubung krisis politik yang berlaku di negeri tersebut.

“Kami ingin tegaskan kepada semua pimpinan politik dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat serta kepada Pihak Istana dan seluruh kakitangan Kerajaan bahawa rakyat Negeri Perak sekarang ini secara majoriti sangat-sangat marah, mual dan bosan dengan perbalahan dan kemelut yang tidak tahu penghujung nya ini."

"Kerajaan negeri huru hara, permasalahan dan kebajikan rakyat tidak terurus, ekonomi Perak merudum, mat rempit berleluasa, gejala dadah meningkat, intisusi kehakiman dan polis kelihatan sangat dipergunakan oleh pihak yang lebih berkuasa, wakil rakyat tidak berfungsi malah instisusi kesultanan semakin dicemari dan berbagai lagi persepsi yang tidak elok ada dalam pemikiran rakyat jelata".

"Maka kita menuntut hak demokrasi perlu dikembalikan kepada rakyat,kita mendapati rakyat tidak kira dari PR atau BN masing-masing mahu dun dibubarkan sesegera mungkin agara rakyat kembali aman dan pentadbiran Negeri Perak kembali terurus,” ujar beliau panjang."

Menurut Saudara Alexis yang mewakili suara rakyat kaum India, beliau menzahirkan kepada media berkenaan suasana rakyat Perak secara am berikutan isu kemelut politik di negeri tersebut.

Sementara itu bagi Yuk Choi Han yang mewakili suara rakyat kaum Cina, beliau menggesa agar seluruh persatuan-persatuan Cina di Negeri Perak agar sama-sama bergerak dan memobilasi tenaga rakyat untuk menuntut hak di kembalikan semula kepada rakyat iaitu menggesa agar DUN dibubarkan secepat mungkin

“Kami dari kaum Cina akan sentiasa memberi kerjasama kepada seluruh NGO yang ada di Perak ini dengan sebaik mungkin agar kita rakyat Perak dapat hidup harmorni, saling hormat menghormati dan bekerjasama walaupun kita berbeza dari segi agama dan kaum, saya juga mengucapkan tahniah kepada Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak kerana menjadi suara anak muda yang tegas mempertahankan hak rakyat,”jelas beliau.

Mengakhiri sidang media tersebut, satu kata sepakat dan deklarasi telah diumumkan oleh seluruh pimpinan NGO yang hadir dengan menyatakan seluruh NGO2 Perak tidak kira dari Melayu, Cina dan India akan terus bekerja dan berusaha secara bersama sehingga semua pihak akur untuk mengembalikan semula hak rakyat Negeri Perak.

Dalam pada itu, Hafez Sabri turut membentangkan kepada seluruh kaum Cina dan India yang hadir berkenaan gagasan Bersatu Perak dalam menggerakkan tenaga anak muda di negeri tersebut bagi merakyatkan mahasiswa dan belia bersama seluruh masyarakat di Negeri tersebut.-

mahasiswakini

Saturday, May 9, 2009

Gerak Kerja Dakwah: Program Semester 1 2009/2010

Assalamualaikum wbt....

Kepada semua sahabat-sahabat Iqra'. InsyaAllah... Program Kelab Iqra yang akan diadakan pada semeter hadapan adalah seperti berikut:

1) KP2i (Kuliah Pembangunan Integriti Islam)

2) KFN (Kuliah Fiqh Nisa')

3) Halaqah

4) Antara 2 Hati - (Program Mukhayyam di Pantai Mersing)

5) Simposium Memperkasakan Aqidah

6) Forum Bicara Pemimpin

7) Bengkel Multimedia

8) Pertandingan Montaj

9) Minute To Palestine

10) Kempen Amar Ma’RuF

11) Kelas Pengajian Iqra' untuk Anak-anak Staf dan Terbuka.

Program Kerjasama:

1) MPP: Konvokesyen – Pertandingan Nasyid & Forum Perdana Hal Ehwal Islam

2) Biro Kerohanian Dan Etika JKK :  Irama Jiwa

InsyaAllah pada 12 dan 13 Mei ini, Pimpinan Kelab Iqra' akan mengadakan SKT (Sasaran Kerja Tahunan) bagi membincangkan segala Matlamat,Objektif dan keberkesanan program kepada dakwah di kampus UTHM. Segala Kebaikan dan kekurangan adalah daripada Allah. Mudah-mudahan saya mengharapkan kepada seluruh warga kampus khususnya yang beragama Islam dapat mendoakan agar Allah melimpahkan rahmat atas gerak kerja dakwah dibumi Kampus ini supaya tertetagaknya ISLAM...

Sekian dari:

Al-Faqir Ilallah Mohd Hadi bin Abd Rahman

Presiden Iqra 09

Wednesday, May 6, 2009

AkU pEnDayUnG SaMpaN

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.  pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. 

   
"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.  
"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. 
  
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"  Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.  
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." 
  
Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"  Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.  
 
"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu  
masih lagi bertanya. 
  
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.  "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,  "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil  berenang menuju ke pantai. 
  
Sahabat-sahabat.... Pengajaran dari cerita ini: 
  
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.  
Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.  

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan? Tidak lain tidak bukan sebagai bekalan untuk menghadap ALLAH TA'ALA...
Allahurabbuna............

Tuesday, May 5, 2009

Dari Prespektif Presiden Iqra' : Didikan Terhadap "Penyakit"

Penjahilan besar-besaran telah melanda konsep-konsep umum seorang Muslim dalam berbagai persoalan Islam. Hal ini telah merebak pada seluruh sikap dan tingkah laku Muslim. Akibatnya muncullah berbagai konsep, sikap dan waqie’ yang asing, yang sama sekali tidak ada sangkut pautnya dengan hakikat Islam yang sebenarnya.

Akibatnya Islam yang sepatutnya menjadi suatu nikmat terbesar kurniaan Ilahi kini menjadi suatu bebanan. Suatu bebanan yang ditanggung lantaran kejahilan Ummat Islam itu sendiri dalam memahami dan menghayati Islam sebagai suatu nikmat

Ada yang menyedari hakikat ini dan cuba merawatnya Tapi tidak tahu punca-puncanya lantaran tidak tahu bagaimana seharusnya mendiagnosa semua penyakit ini dan memahaminya secara menyeluruh dalam rangka membina semula ummat dan memperbaharui Harakah Islamiyyah serta melancarkan suatu Harakah Islamiyyah yang baik, selamat, memadai dan moden. Kerana dengan semata-mata adanya keluhan, semata-mata keinginan melakukan perubahan secara benar, semata-mata merasai berada pada jalan yang salah dalam hampir semua segi, semata-mata adanya usaha-usaha serampangan untuk mengubati keadaan yang hina dan terkebelakang, dengan semata–mata itu semua! Maka keadaan ummat akan tetap buta terhadap jalan terang. Oleh itu kaedah pengdiagnosaan menyeluruh mesti diketahui.  
Penyakit yang dideritai oleh ummat Islam hari ini adalah penyakit lama yang berulang kembali akibat dari kecuaian dan kealpaan ummat ketika sihatnya. Penyakit ini dulunya hampir memusnahkan ummat manusia tetapi Allah yang Maha Penyayang telah mengutuskan RasulNya lalu membimbing ummat manusia yang sedang dalam kegelapan menuju kepada cahaya dan keluasan hidup, dari penyembahan kepada sesama mahkluk kepada penyembahan Allah yang Maha Esa. 

Tetapi kini penyakit ini semakin merebak dan makin hari makin tenat, hingga ada organ-organ yang lemah dan tak berfungsi, bahkan Tauhid ataupun keimanan kepada Allah yang menjadi jantung Islam itu sendiri telah tenat dan makin kehilangan fungsinya. Kini tanda-tanda kelemahan dan kehancuran ummat mula tampak dalam tingkahlaku dan pergerakan ummat itu sendiri.Ummat Islam hari ini telah mula menolak Syariat dan Hakimiyyah Allah taala, Deen Allah serta janji-janji dan ancaman-ancaman Allah. Dimana ini bermakna kita juga telah menolak redha,rahmat dan bantuan Allah taala; oleh itu hari ini kita melihat Ummat Islam telah hilang Daulah Islamiyyah, Syariat Islamiyyah, Ahklak Islam, Tamadun Islam, Tarbiyyah dan Keperibadian sebenar Islam. 

Penyakit ini tidak akan sembuh melainkan kita merawatnya sebagaimana Rasulullah s.a.w merawatnya dahulu; kita mesti bermula pada titik permulaan dakwah Rasulullah s.a.w. Ummat ini perlu dididik sebagaimana Rasulullah s.a.w mendidik generasi awal dahulu dengan manhaj dan uslub yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w

“Kefahaman yang shahih dan niat yang baik adalah sebesar-besar nikmat Allah s.w.t ke atas hambaNya. Bahkan tidak ada anugerah yang lebih baik dan mulia selepas Islam melainkan kedua-duanya. Kedua-duanya merupakan betis kepada Islam. Islam tertegak di atasnya dan dengannya seorang hamba terselamat dari jalan-jalan orang-orang sesat yang mempunyai kefahaman yang rosak. Beliau termasuk dikalangan orang-orang yang diberi nikmat ke atas mereka, mempunyai kefahaman dan niat yang baik. Mereka berada pada jalan yang lurus yang diperintahkan agar kita memohon dari Allah s.w.t agar Dia menunjuki kita jalan yang lurus dalam setiap solat. Kefahaman yang shahih merupakan cahaya yang dicampakkan oleh Allah s.w.t kedalam hati hambaNya menyebabkan beliau boleh membezakan di antara yang shahih dan fasid, hak dan bathil, petunjuk dan kesesatan, penyelewengan dan kebenaran"
Al-Faqir Ilallah Mohd Hadi Abd Rahman

Saturday, May 2, 2009

KRISTIANISASI.. SATU KISAH PERKONGSIAN BERSAMA SAHABAT

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakaatuh.

Inni aqhofullah harabbal a'lamin...

Pada pagi Isnin yang lalu.... Dengan kesibukan menghadapi peperiksaan akhir semester 2 08/09. Saya dikejutkan dengan panggilan telefon dengan deringan lagu 'orang muda' dari kumpulan suara firdaus yang sememangnya menjadi lagu kegemaran. Tertera pada skrin telefon hanya nombor telefon sahaja. Sekilas didalam hati mengatakan ini mungkin kawan sekuliah. Desus hati ini mengatakan sedemikian kerana sejak semalam saya menunggu panggilan dari rakan sekuliah.. Dengan tujuan, ingin menjemput beliau bertandang ke bilik saya bagi membincangkan gerak kerja pada semester hadapan.

Apabila menjawab, saya hanya mendengar tangisan seorang wanita... Assalamualaikum.. Siapa tu? Tanya saya tanpa dijawab sepatah pun. Sebaliknya dia terus menangis teresak-esak. Hampir 3 minit saya masih memberi salam sambil menenangkan perempuan tersebut...

Assalamualaikum... Maaf, saya bertanya.. Awak ni siapa? Apa dah jadi ni? Saya minta awak bertenang.. Istiqhfar kepada Allah... mudah-mudahan awak tenang... Berulang kali saya mengingatkan dia... Dari intonasinya, kedengaran sangat sebak dan sayu...
Tidak lama selepas itu, ukhti ini mula bercakap tetapi tidak jelas perkataannya, mungkin kerana tangisannya masih belum reda. Bak air hujan renyai-renyai. Sayup kedengaran di telinga saya...


"As..as..Assalamualikum ha..hadi... Maaf kerana menggangu, saya mengenali awak daripada seorang kawan saya.. Saya mohon maaf mengganggu awak pagi-pagi mcm ni... Hadi...Tolong saya.... Tolong saya.. Saya takut... Saya berdosa"... Saya masih membiarkan dia bercakap.. Setelah terdiam sejenak..


Wa'alaiukumsalam warahmatullah... siapa awak? sekali lagi saya bertanyakan identiti sebenar muslimat ini untuk memastikan persoalan yang timbul yang masih berligat kerana ingin mengetahui siapakah sebenarnya dia... Apa yang dapat saya tolong awak? InsyaAllah, jika Allah izinkan saya untuk membantu, saya cuba untuk bantu..


Terus perempuan tersebut memberi maklum balas.. Awak tak perlu tau siapa saya.. Saya nak awak bantu kawan saya. Sekarang dia dah pakai rantai bentuk salib... Dia dah dikristiankan... Tapi dia masih mengaku ISLAM... Saya takut sangat, dia kawan baik saya. saya tak tau kenapa dia boleh jadi macam tu.... Telus perempuan tadi bercakap yang kurang lancar perkataannya...

Sejenak saya terus beristighfar sambil mengenangkan kes yang saya berhadapan dengan seorang pelajar sewaktu saya menjalani latihan praktikel mengajar... Ni sudah semestinya KRISTINISASI!!! Isu Gejala Murtad masih berleluasa di IPTA dan IPTS...

Subhanallah...berlaku jugak di Batu Pahat ni?!! Perbualan lanjut antara saya dan si pemanggil tadi adalah dirahsiakan.

Wahai masyarakat Islam... Sejauh mana kesedaran kamu terhadap golongan umat Islam di kampus kita yang MURTAD??!! Kita asyik sibuk dengan akademik masin-masing... Tapi, langsung tidak ada kesedaran bahawa saudara seISLAM kita di MURTADkan??

InsyaAllah,post akan datang akan saya perjelaskan kepada masyarakat berhubung dengan isu kristianisasi... Sejurus itu, saya terpanggil untuk melaksanakan Simposium Memperkasa Akidah yang bakal diadakan pada semester hadapan jika mendapat kelulusan dari HEP dengan izin dari Allah..

Masyarakat kampus sekalian khususnya beragama Islam... Pelihara diri kita dengan memegang kuat ajaran Islam yakni dengan iktikad akidah ahlil sunnah wal jamaah... Mudah-mudahan Allah mempekuatkan hati bagi manusia yang beriman...

Beramal kerana Allah, Bukan Menuntut Redho Manusia.



Presiden Iqra'

Al-Faqir Ilallah...

Mohd Hadi Abd Rahman


I made this widget at MyFlashFetish.com.