Monday, March 22, 2010

BANTUAN KEWANGAN : TABUNG WANG EHSAN & BANTUAN ZAKAT

Assalamualaikum wbt..

Maaf atas kelewatan memaklumkan kepada mahasiswa UTHM. Kepada mahasiswa/i yang ingin mendapatkan bantuan kewangan. Terdapat 2 jenis bantuan kewangan yang boleh di mohon.

  1. Bantuan kewangan yang berbentuk pinjaman
  2. Bantuan kewangan yang berbentuk bukan pinjaman
Bantuan Kewangan (Pinjaman)
  • Bantuan ini berbentuk pinjaman dimana mahasiswa/i yang ingin memohon pinjaman boleh membuat permohonan di Pejabat Hal Ehwal Pelajar melalui Pn Nur Faezah bte Mohamed Noor, bahagian Unit Bantuan Kewangan dan Kebajikan.

Bantuan Kewangan (Tabung Wang Ehsan dan Bantuan Zakat)
  • Bantuan kewangan ini bukan berbentuk pinjaman. Mahasiswa/i perlu mengisi borang jika ingin memohon bantuan kewangan ini. Terdapat dua permohonan yang boleh dimohon sama ada Tabung Wang Ehsan yang dikendalikan oleh HEP atau Bantuan Zakat yang dikendalikan oleh Pusat Islam UTHM (Bantuan zakat ini khusus untuk para pelajar yang beragama Islam).
  • Permohonan boleh dibuat melalui HEP bagi bantuan kewangan berdasarkan kes-kes tertentu. Kelulusan permohonan bergantung kepada permasalahan yang dihadapi oleh pelajar. (P/S : Sertakan surat permohonan sekali ye. Kalau ada sape2 nak minta bantuan buat surat, leh jumpa saya.)
  • Permohonan bantuan zakat juga memerlukan pengisian borang dan boleh dibuat oleh Pusat Islam UTHM.

Tabung Wang Ehsan
- Borang boleh diambil di HEP atau (Rujuk blog artikel saya untuk melihat/mendapatkan borang Tabung wang eshan)
- Perlu ada surat permohonan
- Perlu menyediakan beberapa dukoment (Rujuk seperti dalam borang)
- Bergantung kepada permasalahan pelajar

Link : Borang Tabung Wang Ehsan.


Bantuan Zakat
- Khusus kepada pelajar Islam
-Borang boleh diambil di Pusat Islam atau (Rujuk blog artikel saya untuk melihat/mendapatkan borang bantuan zakat)
- Ada sesi temubual dengan pegawai Pusat Islam.
- Terdapat 2 jenis iaitu bantuan untuk sara hidup dan menjelaskan hutang
-Perlu menyediakan beberapa dukoment (Rujuk seperti dalam borang)

Link : Borang Bantuan Zakat

Kepada para pelajar, jika anda ingin memohon bantuan untuk membuat rujukan dari surat dan sebagainya. Boleh email pada saya.

Sekian dari;

Al-Faqir Ilallah Mohd Hadi Bin Abd Rahman.

Saturday, March 13, 2010

MAHASISWA BOLEH KRITIK KERAJAAN : DATO' SAIFUDDIN

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa memperbetul setiap perkara yang dilihat salah bukan sahaja di universiti malah dalam pentadbiran negara.

Bercakap dalam satu forum anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Fakulti Sastera Sains Sosial Universiti Malaya malam tadi, Saifuddin berkata, ianya memerlukan keberanian dalam diri setiap mahasiswa dan mereka harus bertindak secara berjemaah.

Mahasiswa juga tegasnya boleh melontarkan kritikan kepada kerajaan dan kerajaan pula tidak seharusnya melabelkan pengkritik sebagai pembangkang.

"Mahasiswa boleh mengkritik Kerajaan, dan Kerajaan tidak boleh cop pengkritik sebagai pembangkang," katanya di hadapan lebih 150 mahasiswa yang hadir.

Menyentuh mengenai sudut pidato yang dihidupkan semula di IPT selepas 20 tahun ianya dihentikan, Saifuddin berkata, sudut pidato merupakan satu platform yang sesuai untuk mahasiswa melontarkan idea mereka melalui pengucapan awam.

Bagaimanapun, beliau yang mengakui mahasiswa mempunyai potensi untuk menggugat pentadbiran universiti mahu Hal Ehwal Pelajar (HEP) agar meletakkan halatuju yang betul dan memahami matlamat sudut pidato dihidupkan semula.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak universiti tidak mengenakan terlalu banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat pengucapan awam di sudut pidato sebaliknya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.

"Apa maksud mahasiswa menggugat? Mengugat apa? Menteri? Organisasi, HEP, atau KPT?Amalan buruk, rasuah, kebejatan, kebobrokan?

"Melalui sudut pidato. mahasiswa ada potensi menggugat. Sebab itu HEP perlu ada halatuju yang betul dan faham matlamat sudut pidato. Tak perlu banyak undang-undang dan arahan dalam sudut pidato. Biarkan mahasiswa bebas mengendalikan sudut pidato.

"Mahasiswa boleh berfikir dan menentukan halatuju kampus sendiri," katanya.

Sudut pidato kembali diwujudkan di UM selepas lebih 20 tahun ia diharamkan apabila Akta kolej dan Universiti (AUKU) diperkenalkan.

Dua lagi panelis forum 'Mahasiswa Menggugat: Antara Realiti dan Fantasi' itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Prof. Dr. Redzuan Osman dan bekas bekan fakulti berkenaan, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar yang juga penulis buku 'Mahasiswa Menggugat'.

Seumber : Akhbar Harakah Daily

Monday, March 8, 2010

PERJUMPAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) IPTA 09/10 : SENATOR MAHASISWA DI DALAM PARLIMEN MALAYSIA

6 MAC 2010 - ESSET BANGI. Perjumpaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA sesi 2009/2010 bersama Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) telah diadakan di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET), Kajang, Selangor. Alhamdulillah, dalam perjumpaan berkenaan pelbagai isu perbincangan yang telah dibincangkan oleh seluruh kepimpinan pelajar MPP IPTA sesin2009/2010.

Pada awal pagi 6 Mac, Ucapan aluan daripada Pengarah BHEPP disampaikan oleh Prof Dr. Mohd Fauzi Bin Hj Ramlan diikuti dengan ucapan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi iaitu Y.Bhg. Prof Dr. Rujhan Bin Mustafa. Kemudian diteruskan lagi dengan sesi suaikenal bersama seluruh pemimpin mahasiswa IPTA oleh setiap presiden MPP.

Pada sesi sebelah petangnya, kesemua kepimpinan mahasiswa dibahagikan kepada 7 kumpulan dimana di dalam kumpulan berkenaan perlu membincangkan isu serta masalah mengenai kertas kerja Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Saya mewakili kampus UTHM secara langsung terlibat didalam perbincangan bagi kumpulan 5 bersama 37 pelajar ahli kumpulan yang diketuai oleh Yang Di-Pertua UIAM, Muhammad Firwan Norliza. Terdsapat 14 isu yang telah dibangkitkan dalam perbincangan berkenaan. Antara 14 isu tersebut, 3 isu daripadanya adalah dikemukakan oleh barisan MPP UTHM. Antara isu dari UTHM ialah Perpaduan dan Kefahaman Agama, Mekanisma dalam Pemahaman Akidah dan Pemantapan Sahsiah Mahasiswa, dan yang terakhirnya adalah mengenai Senator Mahasiswa di Dalam Parlimen Malaysia.

Cadangan isu yang saya cuba kemukakan iaitu "Senator Mahasiswa di Dalam Parlimen Malaysia" telah diterima. Pada sesi pembentangan, saya membentangkan bagi mewakili kumpulan 5 untuk digazetkan menjadi kertas kerja cadangan dengan tujuan bagi membawa isu ini kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai kertas kerja Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bagi sesi ini.

Kita mengetahui bahawa, senator bagi perfileman telah berada didalam parlimen Malaysia. Menurut pembacaan dan pengamatan saya, sememangnya kemasukan senator berperanan dalam menyuarakan bidang masing-masing. Namun apakah mahasiswa tidak layak menjadi senator di Parlimen Malaysia? Jika mahasiswa di United Kingdom dapat menjadi perwakilan mahasiswa di peringkat Parlimen. Tidak mustahil bagi kepimpinan Mahasiswa di Malaysia mampu melonjak paradigma mereka setaraf dengan kepimpinan negara.

Fungsi sebagai perwakilan mahasiswa dalam parlimen Malaysia adalah membawa suara diperingkat mahasiswa berkaitan dengan segala isu-isu akademik, sosial, ekonomi, kebajikan dan lain-lain dalam ruang lingkup mahasiswa dan pelajar.

Isu dan masalah ini diutarakan kerana, suara mahasiswa terkandas ditengah jalan dimana setiap persidangan MPPK yang digazetkan sebelum ini, terdapat beberapa isu yang masih tidak selesai. Maka, sewajarnya apabila parlimen bersidang mahasiswa dapat memberikan pandangan dan beberapa jalan penyelesaian kepada kepimpinan negara.

Disamping itu, selaras dengan matlamat bahawa mahasiswa adalah pelapis kepimpinan negara. Seringkali dikatakan fungsi MPP dipandang enteng diperingkat pentadbiran universiti malah ada juga yang mengatakan tidak membantu Negara. Mahasiswa sebenarnya bukanlah dikatakan lesu, malah pemikiran dan iedealisme golongan intelektual ini mampu membantu pihak pengurusan universiti dan Negara.

Saya tertarik dengan apa yang saya perolehi pengalaman semasa program pertukaran pelajar di Institut Teknologi Sepuluh Nopember, (ITS) Surabaya Indonesia. Perkara yang menarik yang saya dapat lihat, mahasiswa di sana dapat membentuk identiti mereka sendiri. Dengan alternatif ini secara tidak langsung, Mahasiswa di Malaysia dapat menyuarakan pandangan dan penyelesaian sesuatu isu dalam Parlimen dan seterusnya ‘Pembentukan Standard Universiti’ dapat dihasilkan.


Kesimpulan daripada peringkat perbincangan kumpulan saya, Mahasiswa memerlukan wakil dalam parlimen agar permasalahan mahasiswa dapat didengari dengan lebih efektif. Suka saya meminjam kata-kata seorang profesor.
"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.."
-Profesor Diraja Ungku A. Aziz-



Oleh:
Mohd Hadi Bin Abd Rahman

Naib Yang Di-Pertua 1
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

86400 Parit Raja, Batu Pahat.
Johor Darul Takzim
013-7138913

Sunday, March 7, 2010

Gerak Kerja Yang Telah Dijalankan

Diantara progress dibawah jabatan saya yang telah berjalan ialah:

Jabatan Kelab, Itegrasi, Sukan dan Kebudayaan.

  1. Pejumpaan bersama pengerusi-pengerusi Kelab dan persatuan di UTHM pada 8 Mac 2010 (Isnin) jam 5.00 petang. Diantara agenda pada petang berkenaan adalah
    1. Penyelarasan oleh pegawai HEP berkenaan program Perarakan Maulidurrasul pada 12 Mac 2010.
    2. Mendapatkan beberapa permasalahan secara ringkas dari kelab-kelab dan persatuan.
    3. Pemberian borang kad pelajar kepada 5 majlis tertinggi kelab dan persatuan.
    4. Hal-hal berbangkit.


Jabatan Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah.


1. Menyiapkan kertas kerja beberapa program diskusi dan forum yang IsyaAllah akan diadakan kelak bebentuk intelektual dan pembangunan sahsiah

2. Perbincangan bersama PTJ-PTJ khususnya bersama Pusat Islam, Unit Tatatertib bahagian Hal Ehwal Pelajar.

3. Menghadiri Program Bacaan Yasin di Masjid Jamek Bentara Luar bersama Pusat Islam

a. Masjid Jamek Yong Peng

(Tarikh: 11/3/2010)

b. Masjid Jamek Ayer Hitam

(Tarikh : 18/3/2010)

c. Masjid Jamek Rengit

(Tarikh : 25/3/2010)

d. Masjid Jamek Sultan Ismail

(Tarkh : 1/4/2010)


p/s : Kepada mahasiswa yang berkelapangan, dijemput menghadiri bacaan yasin pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan di lokasi yang telah saya senaraikan diatas. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dalam mengwujudkan hubungan baik bersama masyarakat luar kampus.



Jabatan Warta Perdana dan Multimedia


1. Jabatan Warta Perdana dan Multimedia telah menghantar 4 kertas kerja 2 minggu lalu yang melibatkan gerak kerja publisiti, kewartawanan, informasi dan buletin. Untuk pengetahuan, kertas kerja yang telah dihantar masih belum diproses diperingkat penyelaras MPP. Namun,pihak saya akan sentiasa berusaha untuk memastikan kertas kerja yang dihantar dapat diambil perhatian

2. Maklumat gerak kerja yang akan dilakukan banyak melibatkan informasi di papan kenyataan, blog mahupun facebook.


I made this widget at MyFlashFetish.com.