Sunday, July 26, 2009

PENJELASAN RINGKAS MENGENAI ISU PEMBUBARAN KELAB IQRA'

Assalamualaikum wbt....

Kepada semua pembaca sekalian.... Pada hari ini jam 9.00 pagi.... Saya sudah berjumpa dengan Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar buat kali ke-2 bagi mendapatkan kelulusan kenyataan rasmi untuk di keluarkan dalam masa yang terdekat ini.. Kelulusan kenyataan rasmi berkenaan akan diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA.

InsyaAllah satu perjumpaan dengan kadar segera bagi menyelesaikan masalah Isu Pembubaran Kelab Iqra' ini akan diadakan secepat mungkin yang akan dipengerusi oleh TNC HEPA. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pegawai HEP, Pegawai Pusat Islam dan wakil Maljis Perwakilan Perlajar (YDP UTHM) dan barisan kepimpinan Majlis Tertinggi Kelab Iqra'.

Saya mengakui bahawa memang terdapat hitam putih berkenaan Isu pembubaran Kelab Iqra' dan saya mengesahkan ia adalah benar berdasarkan minit mesyuarat TNC HEPA bersama-sama ketua-ketua pusat tanggungjawab. Namun, saya tidak dapat memberi apa-apa lagi penjelasan lanjut selagi mana perbincangan dan perjumpaan yang dipengerusi oleh TNC HEPA diadakan.. Saya juga dalam proses memohon kepada TNC HEPA dengan mengeluarkan surat rasmi bagi mengadakan pertemuan ini secepat mungkin bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Saya berharap kepada ahli-ahli kelab dapat menunggu keputusan dengan sabar dan tenang tentang cadangan kelab Iqra' ingin dibubarkan. Disini saya melampirkan minit mesyuarat saya terima daripada Pengarah Pusat Islam.

Bukti yang saya dapat lampirkan dalam minit mesyuarat berkenaan yang tertulis didalam perkara 3.4 adalah Mesyuarat bersetuju dengan cadangan supaya Kelab Iqra dibubarkan sahaja kerana banyak masalah dan tidak membantu dalam pembangunan sahsiah pelajar malah banyak menjalankan aktiviti tanpa menerima pandangan Pusat Islam.

Untuk makluman, pihak pimpinan saya telah menjalankan mesyuarat selepas minit mesyuarat ini dikeluarkan. Saya memohon untuk PTJ yang mengusulkan Kelab Iqra' UTHM dibubarkan agar membentangkan dokumen-dokumen terlebih dahulu yang menjadi sebab yang munasabah Kelab Iqra' ini ingin dibubarkan seperti mana yang telah diminitkan bagi pembubaran Kelab Iqra'.

Segala surat menyurat program, minit mesyuarat, kelulusan program, VMO yang telah dipersetujui bersama pegawai Pusat Islam, Bengkel Penambahbaikkan Program, SKT yang telah dijalankan , Laporan-laporan program, maklumat-maklumat hitam putih akan kami bentangkan didalam mesyuarat bersama TNC HEPA akan datang. Semua ini akan menjadi bukti bagi pihak kami sebagai pimpinan Kelab sepanjang berada dibawah Pusat Islam.


Tuesday, July 21, 2009

IKHLAS SENDI KEHIDUPAN

Sahabat-sahabat Yang Berada Di Medan Perjuangan... Cuba kita renungi seuntai sabda dari Hadis Pertama : Ikhlas Sendi Kehidupan

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

مَنْ فَارَقَ الدُّنْيَا عَلَى الْإِخْلَاصِ لِلَّهِ وَحْدَهُ وَعِبَادَتِهِ لَا شَرِيكَ لَهُ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ مَاتَ وَاللَّهُ عَنْهُ رَاضٍ.

Ertinya : Daripada Saiyyidina Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah SAW :

“Barangsiapa yang berpisah dari dunia (mati) di atas keikhlasan hanya kerana Allah SWT semata-mata dan beribadah kepada Allah SWT serta tidak menyengutukan Allah, dan mendirikan solat serta menunaikan zakat ; maka dia telah mati dalam keadaan Allah telah redha kepadanya”

Hadis riwayat Imam Ibn Majah – hadis no 69

Huraian Hadis :

1-Ikhlas adalah membersihkan tujuan dan maksud dari selain Allah SWT dalam setiap tindakan dan pekerjaan seumpama riya’, mencari kemasyhuran, mempamerkan amalan kepada manusia, mahu dipuji dan lain-lain dari niat dan sifat yang mazmumah (tercela).

2-Syirik adalah dosa besar yang sangat dicela oleh Allah SWT. Syirik bererti menduakan atau menyengutukan Allah SWT dengan yang lain pada niat dan amalan. Selain daripada itu,

3-Kata Dr ‘Umar Sulaiman Abdullah Al Asyqar di dalam bukunya “Aqidah ; Di Bawah Naungan Al Quran & As Sunnah : “Syirik yang paling besar adalah seorang yang menyembah selain Allah seperti perbuatan Nasara (Kristian) yang mensyirikkan Allah SWT dengan mengatakan tuhan itu berbilang ( 3 tuhan)”

4-Ikhlas yang paling dituntut ialah dalam ibadah kepada Allah SWT seperti solat,puasa,zakat,haji, sedeqah, bacaan Al Quran, dalam menuntut ilmu, jihad dan lain-lain pekerjaan.

5.- Pekerjaan duniawi yang halal jika dilakukan ikhlas kerana Allah SWT juga menjadi ibadah di sisi Allah SWT serta diberi pahala.

6- Dapat kita pelajari dari hadis di atas bahawa hidup yang ikhlas kerana Allah di dalam semua perkara mestilah diiringi dengan tidak syirik pada Allah serta menunaikan solat dan mengeluarkan zakat. Tidak mencukupi hidup yang ikhlas tanpa menunaikan perintah Allah SWT seperti yang dianggap oleh kebanyakkan orang pada hari ini dengan ucapan “biarlah saya tidak solat sekalipun,janji saya ikhlas!”.

7- Ibadah yang ikhlas tidak akan diterima jua jika datang dari hati yang mengandungi syirik serta aqidah yang salah. Dalam ertikata yang lain, ibadah yang terbit dari aqidah yang salah adalah sia-sia, tidak diterima Allah SWT.

8- Ramai umat Islam di zaman ini yang rajiin beribadah akan tetapi dalam masa yang sama amat kuat menentang ajaran Islam seperti menolak penegakan negara Islam, menolak pelaksanaan syariat Islam, menghalalkan pergaulan bebas serta redha dengan maksiat dan pendurhakaan kepada Allah yang berlaku di depan mata.


Baik... Dari huraian hadis yang pertama... Untuk mengwujudkan Ikhlas itu perlu terhindar dari sifat riya' yakni tidak ujub dan takabbur. Tapi, berapa ramai ahli yang berada dalam keadaan ujub, riya' dan takabbur ?... Sehingga jelas, golongan seperti ini sanggup menghukum orang lain demi mengatakan dialah hebat dari segenap bidang tanpa dia sedari bahawa pertuturan secara lisan atau bertulis adalah dari dirinya sendiri..

Inilah satu perkara asas yang kita perlu telitikan... Nabi telah menunjukkan akhlaknya dalam memberi didikan (tarbiyyah) kepada sahabat-sahabat sesuai dengan peribadi masing-masing.. Persoalan disini... Apakah methodologi atau pendekatan untuk kita mengwujudkan keikhlasan itu? Bagaimana sifat hasad, ujub dan takabbur yang mampu memadamkan Nur Keikhlasan itu boleh dipadamkan secara perlahan-lahan?

Jika anda ingin berkongsi... Persilakan...

Sunday, July 19, 2009

MEMBINA GENERASI AL-QURAN

" Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan ada di antara mereka yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar " [Faathir:32]

Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya ialah:

1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama’ dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat. 2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.

4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.

5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.

6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya. 7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit.


Tuesday, July 14, 2009

PERJUANGAN MAHASISWA ISLAM KAMPUS UTHM


MAHASISWA ISLAM UTHM

'Apabila telah datang pertolongan Allah & Kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong'
(Surah An-Nashr Ayat 1 & 2)



Seperti yang sama-sama kita maklum, menegakkan Islam dibumi kampus UTHM dan seluruh kepimpinan alam semesta yang berada dibawah arash Allah itu perkara logik & wajib. Ini kerana kita menumpang bumi Allah yang sepenuhnya dicipta oleh Allah. Jika dimisalkan, perintah ini samalah juga dengan sembahyang. Sebagaimana sembahyang itu wajib maka apa jua perkara yang berkaitan dengan persiapan untuk menegakkan sembahyang turut menjadi wajib. Wudhu' untuk sembahyang itu menjadi wajib. Menggali telaga dan memasang paip itu pun turut wajib.

Demikian jugalah dengan kaedah menegakkan Islam dikampus UTHM ini terutama pada zaman sekarang. Dikampus untuk menegakkan Islam adalah dengan mengwujudkan 1 persatuan pelajar Islam yang mendokong pelajar-pelajar Islam dikampus. Persatuan pelajar Islam adalah merupakan perkara wajib.. Ini yang timbul usaha dakwah melalui program dan menjadi satu kewajiban bagi yang memegang amanah khususnya diperingkat pimpinan kelab. Jawatan itu tidak diminta. Tapi ini adalah majlis syura' kelab yang melantik pimpinan untuk memegang amanah ini. Dan ini juga wajib bagi pimpinan untuk mempertahankan kelab yang membawa usaha dakwah Islam ini daripada golongan yang mempunyai kepentingan peribadi maupun secara kumpulan dalam usaha mereka ingin menjatuhkan kelab atau persatuan pelajar Islam.

Oleh kerana itu sebagaimana menggali telaga dan memasang paip untuk menyempurnakan wudhu' itu wajib kerana sembahyang itu wajib. MAKA mengadakan program sebagai usaha dakwah sebuah persatuan Islam yang mahu mempertahankan persatuan Islam itu juga adalah wajib. Oleh itu, tunaikanlah tanggungjawab diri kita dengan sehabis amanah kerana kita merupakan orang Islam yang mudah-mudahan Allah memberikan hidayah agar dapat memberi kesedaran betapa peri pentingnya menegakkan Islam itu.
Allahurabbuna.

-Al-Faqir Ilallah Mohd Hadi Bin Abd Rahman-

-Presiden Iqra' UTHM 2009/2010-
- Timbalan Presiden 1 Persatuan Pelajar Awam UTHM 2009/2010-
-Timbalan Pengerusi Biro Akademik dan Intelektual Kolej Tun syed Nasir UTHM 2009/2010-

Friday, July 10, 2009


I made this widget at MyFlashFetish.com.