Tuesday, January 5, 2010

Aku Melangkah Ke Indonesia (Bhgn : 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cuti semester yang lepas... Pengalaman penulis ke Institut Teknologi Sepuluh Nopember Surabaya, Indonesia. Satu pengalaman yang mungkin sukar dilupakan penulis sepanjang sebulan disana.

Ana dihantar ke sana bagi tujuan program penukaran pelajar. Dengan tujuan membawa nama Universiti umunya dan khususnya adalah mewakili mahasiswa dari Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Alam Sekitar.

Pengalaman yang lepas merupakan guru kepada ana. Ada baik dan ada yang buruk sepanjang berada disana. Secara ringkasnya sebelum ana melanjutkan segala perkongsian dengan sahabat2, izinkan ana mencoretkan view atau gambaran apa yang diperolehi..

Surabaya Indonesia... Budaya, etika, makanan, sikap, dan macam-macam lagi yang dapat ana coretkan selepas ini. Pengalaman bersama ahli gerakan Islam disana juga banyak yang boleh di kongsikan bersama ahli gerak Islam kita di malaysia khususnya sahabat-sahabat di kampus..

Dari segi budaya ilmu, kehidupan orang jawa, bencana alam yang dialami, kesusahan dan lain2 keperitan hidup turut ana kongsi dengan teman-teman disana...

Wahai pembaca sekalian yang budiman... Nantikan coretan ana bahagian kedua bagi permulaan ana setelah ke Indonesia dengan lampiran sedikit gambar dan Video.. InsyaAllah..

Jazakallah hukhoiron kasiro.. buat teman2 di ITS Surabaya, Indonesia.

No comments:


I made this widget at MyFlashFetish.com.