Wednesday, February 3, 2010

TERANIAYA..

Assalammualaikum kepada semua yang saya kasihi...

Saya ingin menjelaskan beberapa perkara di sini bahawa pada pemilihan MPP pada kali ini saya membawa manifesto :

1. Menjadikan kampus sebagai zon mahasiswa untuk bebas bersuara berkaitan isu kebajikan.
2. Memperjuangkan kadar yuran kolej kediaman yang berbeza mengikut kemudahan bagi setiap
kolej kediaman.
3. Mengukuhkan hubungan di antara mahasiswa dengan MPP dalam menjaga kebajikan
mahasiswa.
4. Membantu menyelesaikan segala permasalahan mahasiswa yang dewasa ini sering diabaikan.
5. Membantu pihak pengurusan universiti dalam membentuk identiti masyarakat UTHM yang
beretika dan bersahsiah.

Sekiranya rakan-rakan seperjuangan sekalian mendapati @ memperolehi manifesto saya selain seperti di atas, maka dengan ini saya mengatakan saya TERANIAYA kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu tersebut..

Harap Maklum..

1 comment:


I made this widget at MyFlashFetish.com.