Monday, August 16, 2010

Dipercayai Lebih Utama Daripada Dicintai

Salam 1 Ummah dan Selamat Meyambut Ramadhan Al-Mubarakh..

Mohon maaf dari penulis, rasanya sudah lama penulis meninggalkan blog ini, setelah diperkenalkan dengan laman sosial iaitu facebook yang sedikit sebanyak melalaikan dan membuatkan penulis bersifat 'malas' utk update blog peribadi ini. Dengan tehapusnya laman sosial facebook "Hadi Rahman", mudah2han Allah pelihara penulis dari fitnah dunia ini..

Penulis kali ini, mendatangkan nukilan dari pengalaman penulis sendiri berkenaan 'Dipercayai Lebih Utama Daripada Dicintai" dimana ia mungkin berlaku kepada sahabat2, teman2 dan rakan2.. Yang baik, dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Penulis juga manusia biasa, mohon maaf atas khilaf dari penulisan ini..

Semakin sukar untuk mencari pemimpin yang boleh dipercayai. Padahal kalau ditanyakan apakah syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin? Jawabnya ialah kepercayaan. itulah cabarannya. Terlalu sukar untuk mempercayai sesorang pada masa kini.
Begitu juga dalam perhubungan cewek dan cowok, lelaki dan wanita, atau muslimin dan muslimat yang diikat tali perhubungannya atas keluarga, baitul muslim atau institusi rumah tangga. Tanpa kepercayaan, maka hilang dan lenyaplah segala-galanya.

Di Amerika, dengan nada sindiran ada yang menungkapkan ;
"We thought we could trust the military, but then come vietnam; We thought we could trust the politcians, but then came watergate; We thought we could trust the engineers,but then came the challenger disaster..."

Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya, Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan sesuatu hubungan selepas Ikhlas. Sama ada ia berbentuk personal mahupun profesional. Apabila ada kepercayaan, maka prasangka, cemburu, marah, hasad dengki, dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan InsyaAllah, akan dapat diatasi.

Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, CAKAP dan SIKAP kita mesti selari. Itulah integriti - sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah ASAS untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya.

Soal Dalam Kepimpinan
Ingat !! Kepimpinan adalah pengaruh. Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah SAW. Keunggulan kepimpinan Rasulullah SAW diawali dengan kepercayaan masyarakatnya sehingga Baginda digelar Al-Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat SIDDIQ (benar) dan amanah selepas itu.

Soal Dalam Perhubungan
Kata bijak pandai, dipercayai lebih utama dairpada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai - sama ada oleh Isteri, ibu bapa, atau sahabat-sahabar. Tetapi, percayalah, jika kurang dipercayai,lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bila pun ,manusia lebih mempercayai matanya berbanding telinga.

Pesanan buat penulis dan pedoman pada pembaca.
1. Sebagai pemimpin, pimpinlah orang bawahan, anak isteri dan pengikut agar tidak hilang pengaruh kepercayaan. kerana hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti.
2. Dalam perhubungan, yakinlah dengan mata, bukannya dengan telinga, kerana apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan)

"Belajarlah Untuk Menghargai, Daripada Hidup Tidak Dipercayai"
"Dipercayai Lebih Utama Daripada Dicintai"

No comments:


I made this widget at MyFlashFetish.com.