Sunday, July 26, 2009

PENJELASAN RINGKAS MENGENAI ISU PEMBUBARAN KELAB IQRA'

Assalamualaikum wbt....

Kepada semua pembaca sekalian.... Pada hari ini jam 9.00 pagi.... Saya sudah berjumpa dengan Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar buat kali ke-2 bagi mendapatkan kelulusan kenyataan rasmi untuk di keluarkan dalam masa yang terdekat ini.. Kelulusan kenyataan rasmi berkenaan akan diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA.

InsyaAllah satu perjumpaan dengan kadar segera bagi menyelesaikan masalah Isu Pembubaran Kelab Iqra' ini akan diadakan secepat mungkin yang akan dipengerusi oleh TNC HEPA. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pegawai HEP, Pegawai Pusat Islam dan wakil Maljis Perwakilan Perlajar (YDP UTHM) dan barisan kepimpinan Majlis Tertinggi Kelab Iqra'.

Saya mengakui bahawa memang terdapat hitam putih berkenaan Isu pembubaran Kelab Iqra' dan saya mengesahkan ia adalah benar berdasarkan minit mesyuarat TNC HEPA bersama-sama ketua-ketua pusat tanggungjawab. Namun, saya tidak dapat memberi apa-apa lagi penjelasan lanjut selagi mana perbincangan dan perjumpaan yang dipengerusi oleh TNC HEPA diadakan.. Saya juga dalam proses memohon kepada TNC HEPA dengan mengeluarkan surat rasmi bagi mengadakan pertemuan ini secepat mungkin bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Saya berharap kepada ahli-ahli kelab dapat menunggu keputusan dengan sabar dan tenang tentang cadangan kelab Iqra' ingin dibubarkan. Disini saya melampirkan minit mesyuarat saya terima daripada Pengarah Pusat Islam.

Bukti yang saya dapat lampirkan dalam minit mesyuarat berkenaan yang tertulis didalam perkara 3.4 adalah Mesyuarat bersetuju dengan cadangan supaya Kelab Iqra dibubarkan sahaja kerana banyak masalah dan tidak membantu dalam pembangunan sahsiah pelajar malah banyak menjalankan aktiviti tanpa menerima pandangan Pusat Islam.

Untuk makluman, pihak pimpinan saya telah menjalankan mesyuarat selepas minit mesyuarat ini dikeluarkan. Saya memohon untuk PTJ yang mengusulkan Kelab Iqra' UTHM dibubarkan agar membentangkan dokumen-dokumen terlebih dahulu yang menjadi sebab yang munasabah Kelab Iqra' ini ingin dibubarkan seperti mana yang telah diminitkan bagi pembubaran Kelab Iqra'.

Segala surat menyurat program, minit mesyuarat, kelulusan program, VMO yang telah dipersetujui bersama pegawai Pusat Islam, Bengkel Penambahbaikkan Program, SKT yang telah dijalankan , Laporan-laporan program, maklumat-maklumat hitam putih akan kami bentangkan didalam mesyuarat bersama TNC HEPA akan datang. Semua ini akan menjadi bukti bagi pihak kami sebagai pimpinan Kelab sepanjang berada dibawah Pusat Islam.


4 comments:

Anonymous said...

3.4 adalah Mesyuarat bersetuju dengan cadangan supaya Kelab Iqra dibubarkan sahaja kerana banyak masalah dan tidak membantu dalam pembangunan sahsiah pelajar malah banyak menjalankan aktiviti tanpa menerima pandangan Pusat Islam.


cume nak tahu... ape yang aktiviti yang tidak menerima pandangan pusat islam?


klo kite tegok aktiviti yang dijalankan kat universiti ni...
kebangyakan nyr penah ke mengambil kiri pandangan pusat islam...

contoh seperti bettle of the band
adekan pusat islam meluluskan aktiviti itu...

aktiviti kebudayaan yang bercampur lelaki dan perempuan... adekah dapat kebenaran pusat islam...

kenape itu x diambil kire dulu....

sepatutnyer kelab iqra skrang kene bekerjasama dengan mpp membuat perjumpaan antara NC dan student...
terlalu banyak perkara yang student sendri x puas ati skrang...

Muhd Syafiq Mat Jap said...

hanya ingin menyampaikan taujihad dari Allah

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar." (AtTaubah 9:111)

Helme Zulkipli said...

Assalammu'alaikum...

Hadi! hidup tanpa cabaran tidak dinamakan sebagai 'episod kehidupan', kerana cabaran bagi seorang pendakwah adalah bermula dari golongan menentang proses berdakwah.

"jangan kau bersikap lemah dan jangan kau berkecil hati, sesungguhnya kaulah yang paling tinggi darjatnya sekiranya kau orang yang beriman".

mungkin ini sebagai langkah permulaan yang boleh dilakukan iaitu dengan menubuhkan satu kelab baru yang menggunakan nama 'persatuan mahasiswa intelektual (pmi)' ataupun apa2 saja nama yang tidak menggunakan nama 'Islam', tujuan tidak menggunakan nama 'Islam' adalah bertujuan untuk mengaburi mata pihak pentadbiran. bermula dengan aktiviti2 khidmat masyarakat, bermain dengan isu2 kebajikan, dan akhirnya serapkan semula pengaruh Kelab Iqra' ke dalam kelab yang baru ini supaya ia kembali menjadi Kelab Iqra' era baru.

buat masa sekarang, cuba pertahankan Kelab Iqra' supaya ianya tidak dibubarkan dan seandainya ia tetap mahu dibubarkan oleh pihak universiti, anda masih mempunyai JTPI untuk bernaung...

sebagai seorang pemimpin yang menerajui arus perubahan mahasiswa, "Perlunya pemikiran seandainya".

selamat berjuang

wassalam...

UmmuDhiak said...

Assalamualaikum shbt seperjuanganku, hadi. Kadang2 Tuhan datang kn sesuatu ujian tu secara lahirnya seolah2 mcm ia tidak mnyebelahi kita. Tapi hikmah yg kita dapt hasil dari ujian tersebut rupa2nya Tuhan menyuruh kite memuhasabah diri sesama kita(brjemaah) dan membina kembali ukhwah n kasih syng kerana itulah resepi kekuatan ummah. Hakikat sunnatullah org2 brjuang itu ialah ianye sntiasa diuji. Sy brsama rakan2 KKDT & KoSiswa UTHM mnyokong sepenuhnye prjuangan Kelab Iqra' di UTHM ni.


I made this widget at MyFlashFetish.com.