Saturday, October 31, 2009

UKHWAH & KESATUAN HATI


“Dari Annas bin Malik, Rasulullah bersabda ; Tidak sempurna iman seseorang salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya…”

“Kedatangan Kaum Muhajirin ke Kota Makkah Disambut dengan UKHWAH oleh Kaum Ansar…”

“As-Shahid Imam Hassan Al-Banna menjadikan ia salah satu rukun bai’ah.”

“Pautan yang paling kukuh sesama manusia Islam ianya Ukhwah..”

Hari demi hari , detik demi detik menunjukkan masa tidak akan terhenti, yang terhenti hanyalah manusia sendiri ..

“Mampukah kami menerima mereka dengan ukhwah??..”

“Ukhwah yang bagaimana kami harus pamerkan??..”

“Ukhwah?? Bagaimana tu?..”


UKHWAH BUKAN UNTUK DIERTIKAN

Tanpa perlu merujuk kepada Kamus Dewan ataupun yang lain-lain , kita sudah mampu memberi definisi ukhwah melalui perjalanan hidup kita sendiri. Kasih sayang kita kepada ibu dan ayah kita , itu ukhwah dan kekeluargaan. Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan , itu ukhwah persaudaraan sesama manusia.

Kita melaluinya tanpa kita sedari , semuanya bermula dari hati bilamana timbulnya perasaan bertaut ataupun kata mudahnya suka,sayang dan ingin mendekati dan berkenalan , disitu akan lahirnya tapak sebuah ukhwah itu.Semuanya dari diri kita sendiri.

Boleh juga dikatakan ia hadir dengan tiba-tiba. Janggal untuk kita melihat manusia hidup tanpa ukhwah walaupun sekelumit , ukhwah itu juga lahir bila berlakunya sesuatu perasaan yang mengharap dan bergantung kepada sesuatu .

Manusia bukannya sempurnya , perlu bertaut pada yang lain-lain. Namun tautan utamanya ALLAH S.W.T.

Inilah erti sebenar ukhwah , bukan untuk diertikan dengan pemahaman, namun ianya perlu dilalui dengan pengalaman dan perjalanan hidup kita.


KOMBINASI SUKAN DAN UKHWAH

“Ukhwah masa sukan?? ? Main bola pun gaduh-gaduh , tak de maknanye..”

SUSAH untuk menolaknya , BERAT untuk menerimanya , PERLU untuk menilainya.

Mengikis soal ego dan ingin menang didalam sebuah pelawanan memanglah bukan mudah , ini kerana perlawanan itu diibaratkan satu perjuangan. PERJUANGAN perlu ditunjangi dengan usaha keras dan mantap , takkan kerana kasihan dan sayang sanggup dilepaskan perjuangan itu??

Namun sifat profesionalisma perlu ada dalam jiwa setiap pemain. Begitu juga dengan para pimpinan. Dan HAKIKATNYA , siapa yang ingin kalah dalam medan perjuangan??

Itu soal perlawanan , lain konsep dan berbeza citarasanya. Tapi ingatlah sahabat-sahabat bahawa Satu Ukhwah , Satu Kematangan , Satu Harapan dan Satu Perjuangan mengumpulkan kita untuk SATU HATI.

Tidakkah kita terfikir semua itu??


DI MEDAN PERJUANGAN INI , KITA MULAKAN MISI KITA

Menilai sejarah tanah yang kita akan jejaki dan sedang jejaki ini , pasti kita semua tidak akan melupai kisah yang berpaut dan tersemadi di bumi ini.

Teriakan perjuangan Zaid Bin harithah dalam memperjuangkan Islam perlu diambil iktibar. Asakan Ja’far Bin Abi Thalib menggempur musuh , jadikan ia satu semangat. Kekentalan Abdullah Bin Rawahah perlu kita sematkan pada diri. Kebijakan Khalid Al-walid , jadikan petunjuk kematangan kita.

Perang Mu’tah satu sirah buat kita untuk sama-sama diteladani. Perjuangan shuhada’-shuhada’ Islam ketika itu harus kita insafi , mereka berjuang di Jalan Allah S.W.T untuk menaikkan martabat islam sehingga ke titisan darah terakhir dan UKHWAH yang mereka jalinkan sesama mereka menjadikan mereka terus menang di atas jalan-Nya.

MISI kita sememangnya mudah jika dibandingkan dengan sejarah Mutah. Jangan jadikan ia bebanan buat kita untuk tidak menyertai.

Jalan di hadapan sudah disediakan buat kita , samada kita sanggup mendepaninya ataupun tidak , semuanya bergantung pada kita.


Buat yang bakal ditaklifkan sebagai pimpinan pada semester hadapan , Bersedialah dengan UKHWAH dan PERJUANGAN kita. Buat yang bakal menerima tetamu , mereka datang membawa UKHWAH dan HARAPAN.


SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 (SESI 2009/2010) KEPADA SEMUA WARGA UTHM



5 comments:

Anonymous said...

testwakab

Anonymous said...

salam,

ana tahu ruangan komen ini perlukan approval, so ana rasa tak perlu anta approve komen ini,

ana kenal anta,
mungkin ada beberapa perkara ingin ana komen tentang anta ni,

ana rasa, anta perlu tukar nama blog anta kepada nama anta sendiri.
ataupun merujuk kepada sesuatu gagasan anta,

ana hormati hak anta, tapi ana rasa adalah lebih baik anta tidak menggunakan ID presidenKI, ana dan mungkin ramai teman2 agak kurang selesa dengan penggunaan nama tersebut.

ana tegur supaya ia tidak menimbulkan fitnah kepada kedudukan Presiden KI (yg bukan milik mutlak anta), dan seterusnya tempiasnya terkena kepada semua warga KI.

anta cuba fikir,
presiden KKDK pun tak guna ID jawatan sebagai ID blog mereka,
mana ada presiden kelab-kelab di UTHM ataupun di malaysia menggunakan ID jawatan mereka pada blog mereka?

anta mungkin bijak dan pintar tetapi masih ada sesuatu yang anta perlu perbaiki, tentang hikmah..

mohon anta menukar ID blog anta dan tidak lagi menggunakan ID www.presidenKI.blogspot.com

dan ana harap anta terima teguran ini demi kebaikan anta dan seluruh warga KI. dan satu lagi, ketika memberi komen dalam blog-blog lain terutamanya ruangan chatting, mohon agar menggunakan nama sendiri dan tidak menggunakan nama "Presiden KI".

maaf sgt2 atas teguran ini.

mohon dihayati teguran ini, sekiranya anta tidak menerima teguran ini,

ana anggap ana berada dalam keadaan yang salah, dan ana hormati hak anta..

sekian, terima kasih,
salam..

Anonymous said...

Salam...
hadi nie mcm-mcm
apa2 pun selamat berjuang..
ana tau apa dlm fikiran nta,
C.I.N.T.A ana tau mungkin dlm gmbr ada yg nta minat

Dr Takaful said...

Trima Kasih Dengan Teguran yang diberi...
Syukran..
Allahrubbuna

-Presiden KI 09/10-

Anonymous said...

Bersabarlah wahai hadi...semua tu tanggapan orang yang tak tahu menahu the real problem is...mereka hanya tahu the presented problem...ana tahu sapa tulang belakang yang buat blog enta sebelum ni...enta hanya mewarisi sahaja blog ni...teruskan bergerak...jangan pandang kritikan sebagai sesuatu yang menjatuhkan...enta yang bergerak dengan cemerlang,ana tahu...sahabat seperjuangan enta sendiri pon ramai yang hanya menjadi beban utk enta...malah ramai yang jeles dan akan berusaha menjatuhkan enta...mereka akan higlight kekurangan enta seboleh-bolehnya...termasuk masalah muamalat enta...padahal masalah diri mereka lagi banyak dari org yang mereka highlight-kan...


I made this widget at MyFlashFetish.com.