Monday, October 12, 2009

Jawapan Kepada Mahasiswa Berkenaan Etika Pemakaian Pelajar UTHM Serta Tindakan Oleh Pengerusi Kelab Iqra'

Salam. Untuk makluman.. Saya mendapat pertanyaan berkenaan etika pemakaian yang diminta utk mengambil tindakan oleh seorang mahasiswa yang memperkenalkan diri sbg pemerhati didalam postbox blog Kelab Iqra'.

Pemerhati: harap2 ada la wakil korang yg bleh betulkan keadaan ni k... aku pun dah nk abis..
12 Oct 09, 17:17
Pemerhati: MPP skrg mmg jaga kebajikan.. tp,bila fikir2 balik. Korang tengoklah student skrg cm na.. Mcm2 berlaku.. dah tak tahan la beb.. ramai student yg x pandai hormat lecturer..
12 Oct 09, 17:11
Pemerhati: kalau x de wakil, susah nnti. makin teruk plak dgn gejala sosial.. budak kelas aku pun.. lecturer tegur, bleh gelak lagi.. bnyk betul mslh kelonggaran student ni...
12 Oct 09, 17:09
Pemerhati: Kelab Iqra hantar tak bertanding PRK MPP akn dtg? Selamatkan suasana yang makin longgar ni. Terutama etika pakaian.. Nyampah dah aku tengok student skrg.. Naik mual aku.. MPP ni wakil mahasiswa..


Pertama, saya harap, student yang bertanya berkenaan perkara ni tidak menyalahkan barisan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar, kerana saya yakin mereka telah menjalankan tugas dan amanah mereka dengan baik. Saya juga yakin bahawa mereka telah membawa dan menyelesaikan masalah-masalah mahasiswa sebelum ini. Tahniah buat MPP UTHM dengan khidmat yang cemerlang.

Bagi pertanyaan berkenaan etika pemakaian dan sahsiah pelajar. Saya secara peribadi telah membuat aduan serta cadangan ke dalam sistem aduan dan cadangan (SACAD) yang telah saya kemukakan pada 17 Februari 2009. Untuk makluman awal, aduan dan cadangan ini belum dapat maklum balas dari pihak pentadbiran. Peringkat saya tidak boleh terburu-buru untuk menyelesaikan masalah kelonggaran etika ini, kerana pihak yang perlu mengambil tindakan seharusnya mengetahui keadaan ini.

Peranan Kelab Iqra' secara langsung telah cuba untuk turut membantu pihak pentadbiran. Untuk pengetahuan, staf diberikan kuasa iaitu Notis saman kepada mahasiswa yang tidak mematuhi etika pemakaian Universiti. Diperingkat saya, saya cuba untuk membantu bagi mengurangkan masalah ini berlaku.

Saluran yang kedua, mahasiswa boleh mengusulkan kepada pihak Majlis Perwakilan Pelajar. Berikut adalah makluman kepada pihak pelajar berkenaan aduan dan cadangan yang telah saya kemukakan didalam SACAD online..



Assalamualaikum wbt. Saya merupakan presiden Kelab Iqra' ingin mengemukakan satu perkara yang sangat penting berkaitan dengan etika pemakaian bagi mahasiswa dan mahasiswi atau dalam erti kata yang lebih mudah adalah berkenaan dengan aurat pelajar. Saya bermohon kepada pihak SACAD untuk mengingatkan pusat tangungjawab menggunakan sepenuhnya surat saman (Notis Saman) yang diberikan kepada staf yang memikul tanggungjawab dalam menangani mahasiswa dan mahasiswi khususnya pelajar Islam yang tidak menutup aurat. Seperti yang tertakluk didalam peraturan Universiti berkenaan dengan etika pemakaian, dimana ia selaras dengan Misi dan Visi UTHM iaitu segalanya berdasarkan Tauhid.

Adalah menjadi tanggungjawab staf UTHM mengambil perhatian yang serius terhadap perkara ini agar Mahasiswa dan Mahasiswi dapat mengikut peraturan universiti. Saya wakil Mahasiswa Islam menyuarakan perkara ini atas suara saya sebagai mahasiswa UTHM sangat menitikberatkan perkara ini, memandangkan sikap dan etika khususnya berpakaian di kalangan mahasiswa/mahasiswi semakin dilupakan. Kita mengetahui staf UTHM diberi kuasa untuk menyaman pelajar yang tidak mengikut peraturan universiti. Saya mengharapkan, bukan sahaja etika pemakaian ini diambil perhatian, malah sahsiah keseluruhan diri pelajar perlu dilihat bagi melahirkan generasi yang mempunyai akhlak yang baik. Saya mohon dengan harapan yang tinggi agar aduan dan cadangan ini dapat dipertimbangkan dan seterusnya memerlukan TINDAKAN dari pihak yang berwajib. Akhir kalam dari saya dengan mengucapkan ribuan terima kasih.


Saya masih menunggu status aduan dan cadangan ini oleh pihak pentadbiran. Jika ada cadangan yang boleh dikemukakan. Boleh lah email pada saya di

alsyed_hadi@yahoo.com

Sekian Terima Kasih.

1 comment:

Unknown said...

stuju..staf @ lecturer kena amk tindakan...lecturer jgn la nak suruh budak pandai belajar je..tp kena didik mereka biar jd berakhlak...ni perangai pelajar ntah apa2..teruk sangat...lagipun dapat pahala klu cegah kemungkaran


I made this widget at MyFlashFetish.com.