Monday, January 18, 2010

Adakah Pihak Pengurusan Universiti Tidak Menjawab Persoalan ???

18 Januari 2010 - Isnin, 10.00 malam. Satu perjumpaan diantara pihak pengurusan UTHM bersama seluruh mahasiswa kolej kediaman Tun Syed Nasir bagi mendengar amanat TNC HEPA iaitu Prof. Ir Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim sempena tahun baru 2010. Didalam majlis berkenaan saya mengajukan beberapa pertanyaan kepada pihak TNC HEPA dan pihak pengurusan tertinggi UTHM untuk mendapatkan penjelasan lanjut diperingkat pelajar tentang beberapa masalah dan kemusykilan yang dihadapi. Beberapa cadangan penyelesaian diperingkat saya telah dikemukakan kepada pihak pengurusan UTHM, namun maklum balas dari peringkat pihak pengursan sangat mengecewakan saya sebagai seorang mahasiswa. Satu maklum balas yang pada saya adalah tidak bersikap terbuka terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan.

Antara pertanyaan yang saya ajukan seperti mana yang tercatat adalah seperti berikut :

Persoalan pertama
  • Yuran Kolej Kediaman adalah sama bagi setiap kolej, sedangkan fasiliti dan kemudahan yang disediakan adalah jauh berbeza bagi setiap kolej kediaman. Namun begitu, kadar yuran kolej yang dikenakan tidak diperincikan kepada mahasiswa bagi setiap keperluan pembayaran. Sedangkan mahasiswa berhak mengetahui jumlah yang spesifik bagi kadar yuran yang telah diperuntukkan. Untuk pengetahuan kadar yuran yang dikenakan adalah RM469.00 bagi setiap kolej kediaman yang tertera didalam Sisstem Maklumat Pelajar (SMP). Kemudahan bagi setaip kolej juga adalah berbeza terutama dikolej luar kampus yang mengalami masalah bekalan air, masalah wireless, PA sistem dan lain-lain.Persoalan yang saya timbulkan, adakah satu perincian bagi kadar yuran kolej pernah dibuat bagi pihak pengurusan UTHM untuk memaklumkan kepada pelajar setiap kali mendaftar bagi penginapan Kolej yang didiami?
Respon Pentadbiran :

Yuran kolej terpaksa dinaikkan oleh kerana terpaksa menampung peruntukkan pembayaran kontrak kepada pemaju perumahan. Setiap budget yang telah dikenakan secara keseluruhan adalah daripada kementerian. Pihak pengurusan tidak dapat mengelakkan kerana ia adalah dari pemaju perumahan.

Persoalan Kedua
  • Pelajar tahun pertama telah menandatangani kontrak penginapan, sehubungan dengan itu ada beberapa pelajar yang memohon untuk menyewa perumahan di luar kampus dan telah diluluskan. Namun Permasalahan yang dihadapi ialah mereka tetap dikenakan bayaran yuran kolej sedangkan mereka tidak menginap didalam kolej kediaman. Situasi semasa adalah ramai mahasiswa yang memohon untuk menginap di kolej kediaman. Persoalan saya adalah, mengapa pelajar yang tidak menginap di kolej tetap dikenakan bayaran yuran kolej sedangkan ramai mahasiswa yang ingin memohon tidak mendapat tempat?
Respon Pentadbiran :

"Pelajar yang masih berkontrak perlu membayar yuran kolej kerana telah menandatangani perjanjian dengan universiti. Ini kerana apabila pelajar memohon keluar dari kolej, siapa yang perlu membayar untuk menampung kos pembayaran kepada pemaju perumahan?" katanya lagi 'Universiti tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menampung kos pembayaran pada pihak pemaju perumahan kalau pelajar melanggari kontrak perjanjian untuk tidak menginap di kolej."

Persoalan Ketiga
  • Masalah keselamatan di Taman Universiti adalah punca kepada kenaikan masalah sosial, saya cuba membantu memberikan situasi yang dialami di kolej berkenaan seperti masalah pelajar yang masih berada di luar bilik kediaman sehingga melebihi jam 12 malam. Apa yang diketahui kolej kediaman lain juga dapat membina peraturan dimana pelajar-pelajar tidak dibenarkan berurusan atau berada dipersekitaran kolej melebihi jam 12 malam. Cadangan diperingkat saya yang turut saya berikan seperti menguatkuasakan melalui peraturan dan perlunya kepada tindakan bagi mengatasi masalah ini dari terus berlaku. Perkara ini juga boleh diatasi andai pihak pengurusan cuba berbincang jika cadangan ini tidak sesuai kerana saya menyatakan pendapat bahawa, dengan peraturan yang selaras, seperti mana kolej kediaman lain tetapkan berkenaan had masa yang dibenarkan pelajar berurusan, sekurang-kurangnya dapat mengawal masalah-masalah yang tidak diingin daripada terus berlaku.
Respon Pentadbiran :

Masalah keselamatan - Pagar yang ingin dibuat di Taman Universiti tidak dapat dijalankan kerana ramai penduduk disekitarnya mengatakan kawasan tersebut merupakan tempat umum, maka ia tidak boleh dipagar bagi kawasan kolej kediaman taman universiti.

Masalah Sosial - Timbalan Pendaftar HEP mengatakan, masalah sosial tidak dapat dielakkan kerana ia bukan tangungjawab pentadbiran sahaja, malah ia juga tanggungjawab semua. Pegawai berkenaan menyambung responnya dengan mengatakan bahawa masalah sosial yang berlaku adalah bergantung pada iman individu. Contoh yang diberikan adalah "jika pihak pentadbiran meletakkan pelajar lelaki ke dalam kolej kediaman Tun Fatimah (Kolej Siswi) skali pun, jika kamu mempunyai iman yang kuat, kamu boleh menahan godaan pelajar perempuan, maka masalah sosial dikalangan pelajar tidak akan berlaku". Katanya lagi, "Ape pun yang berlaku, Tepuk Dada, Tanyalah Selera".

Persoalan Terakhir
  • Suatu pertanyaan telah saya utarakan berkenaan saman yang dikenakan terhadap pelajar yang tidak memakai vest keselamatan. Saya sedia maklum bahawa para pelajar yang menaiki motor diantara jam 7 malam sehingga jam 7 pagi semasa berada didalam kampus perlu memakai vest keselematan yang telah ditetapkan. Namun, pihak MPP telah memaklumkan bahawa memang menjadi satu keperluan pelajar memakai vest keselamatan tersebut, tetapi pegawai keselamatan tidak boleh mengenakan saman andai pelajar tidak memakai vest tersebut. Apa yang dialami beberapa pelajar, mereka dikenakan saman sebanyak RM10.00 bagi sesiapa yang tidak memakai vest keselamatan sedangkan MPP telah memaklumkan sebarang saman tidak dikenakan. Persoalan saya jelas adalah, Adakah saman itu dikenakan ataupun tidak keatas para pelajar yang tidak memakai vest keselamatan?
Respon Pentadbiran :
2 orang pegawai memberikan maklum balas dengan menceritakan bahawa berlakunya kes-kes kejadian kemalangan di luar kampus yang mengakibatkan para pelajar UTHM oleh kerana katanya lagi bahawa jalan dihadapan UTHM mengalami statistik kemalangan yang tinggi.
Mengikut maklum balas dari pegawai HEP, "Universiti telah berusaha untuk membantu masalah kemalangan dengan pemakaian vest keselamatan dan diberikan percuma kepada pelajar setakat yang mampu. Jika peraturan universiti telah tetapkan, kamu perlu mengikut peraturan yang ditetapkan". Katanya lagi, "Tepuk Dada, Tanyalah Selera".

Kesimpulan bagi pihak pengurusan memberikan respond : "Dulu saya juga adalah bekas Perwakilan Pelajar UM. Saya juga selalu mempersoalkan kerja-kerja pengurusan universiti, sekarang bila saya telah menjadi staf, saya tahu susahnya pentadbiran untuk menguruskan pelajar". "Saya berharap, para pelajar tak perlulah banyak mempersoal kerja-kerja pengurusan universiti. Student perlu menyokong segala pengurusan universiti"

Saya telah memberikan cadangan semasa perjumpaan berkenaan, namun saya secara peribadi terkilan dengan respon yang diberikan, seolah-olah setiap apa yang saya bangkitkan adalah seperti golongan yang menentang pihak pengurusan. Pembaca boleh membaca soalan yang saya kemukakan, dan baca respond yang diberikan. Adakah ia menjawab persoalan?
Selepas sesi berkenaan bersurai, ramai penghuni kolej mengatakan, "Lain yang ditanya, lain yang dijawab".. "Pelik la, respon meleret2 plak yang diorg bagi" dan macam-macam lagi yang diperkatakan oleh pelajar setelah majlis bersurai.


Antara cadangan saya yang telah saya kemukakan ialah :

  1. Kadar yuran kolej kediaman boleh diperincikan sebelum atau semasa para pelajar mendaftar kolej kediaman. Jadi, para pelajar dapat mengetahui secara langsung kadar yuran kolej kediaman mengikut kemudahan yang disediakan ataupun penjelasan kadar yang telah diperuntukkan oleh pemaju perumahan.
  2. Saya mencadangkan agar pihak pengurusan bagi unit perumahan dan kolej kediaman menguruskan dengan lebih awal, tetapi tidak pada akhir-akhir semester yang mungkin boleh mengurangkan atau menyelesaikan masalah kemasukan dan permohonan para pelajar yang ingin memasuki kolej. Begitu juga dapat justify para pelajar yang ingin memohon menginap diluar kolej bagi mengelakkan dikenakan bayaran dan secara langsung permohonan pelajar lain dapat menampung kos pembayaran pihak Universiti kepada pemaju perumahan.
  3. Masalah sosial dapat diatasi dengan penguatkuasakan melalui peraturan dan perlunya kepada tindakan bagi mengatasi masalah ini dari terus berlaku. peraturan yang selaras dengan seperti mana kolej kediaman lain tetapkan berkenaan had masa yang dibenarkan pelajar berurusan, sekurang-kurangnya dapat mengawal masalah-masalah yang tidak diingin daripada terus berlaku.
  4. Bagi pemakaian vest keselamatan, saya hanya ingin tahu berkenaan saman yang dikeluarkan oleh keselamatan sedangkan MPP telah memaklumkan sebarang saman tidak dikenakan.
Saya sebagai mahasiswa, kecewa dengan maklum balas dengan pihak pengurusan pentadbiran. Saya cuba untuk membantu pihak pengurusan dan membawa beberapa suara mahasiswa yang mengadu masalah mereka... jika sesiapa ingin mengetahui lanjut. Berjumpa dengan saya kerana saya ada bukti rakaman yang saya rakamkan semasa sesi berkenaan.

Maaf atas segala kekhilafan yang berlaku.

-Student Power!!!-

4 comments:

aminshah said...

ustaz post je bukti rakaman tu kat Yahoo Group, mahasiswa kini ke or blog ustaz sendiri. dan mcm2 lg. Ana pasti ramai mahasiswa akan mula cakna terhadap pekara ni. n baru dieorang(HEP) kalut pas ni.

Unknown said...

akhi...
persoalan...knp pihak pengurusan hanya mengatakan " tepuk dada,tanya selera" kpd atas pertanyaan akhi...
segala jwapan yg diberikan amat sedih dan kecewa...

Kamarul Ikhwan_TSN said...

Kepada Nur adibah. Saya berada dalam perjumpaan tu. Kalau akk nak tau, Encik Malek yang suka sgt sebut "tepuk dada,tanya selera". Kami pun pelik. Tapi, jelas la time tu diorg tak tau nak jawab. X nk ngaku kesalahan dan memamng tak faham B.Melayu agaknya... Sikit-sikit "tepuk dada, tanya selera". Ape ke benda la jawapan diorg bagi.. Argh.. confius2...

Prebet Lapok RELA said...

Tepuk tanya tanya imanlah beb, kalau tanya selere lebih kepada nafsu...huhuhuhu....

Adik Hadi, cuba cadangkan agar laluan dari Perwira tu dibuka sehingga malam, memudahkan staf dan mahasiswa dari Perwira untuk berulang alik tanpa menyeberang ke jalan besar atau 'fly' melalui celah2 pintu pagar tersebut.....sehinggakan kawan pernah dengar rungutan dari buddy kawan Ustaz Haffizan berkata; "Menyusahkan orang nak ke masjid betullah!!!" sampai satu ketika, kayu berpaku dibubuh untuk halang orang keluar dan masuk, habis dia campak masuk dalam parit.....huhuhuhu...kan ke dia tu baran sikit....

Kedua, mengapa manifesto kebanyakan MPP tak sentuh pasal masjid? Atau kebanyakan diorang bukn 'orang masjid' (kecuali Adik Hadilah)...sebab hari Jumaat, ramai Mahasiswa kita yang solat di bawah kemah dengan menggunakan tikar sebagai alas, mengapa tidak diusulkan ke pihak pengurusan agar di simenkan/ ditilekan kawasan tersebut dan setiap Jumaat kawasan tersebut dibersihkan dan dilarang letak kasut di situ...........dan juga kawasan dapur di masjid (biasanya boleh masak bubur lambok kat situ) boleh dijadikan tempat solat....bukannya apa, Pihak Pusat Islam dengarnya dah usulkan tapi apa jawapan yang dia dapat ialah; "Tunggu Masjid baru..." sedangkan masjid baru cuma siap pada 2013..........

Lagi satu, Adik Hadi bolehlah bawak satu isu berbentuk mentaliti bagi diketengahkan iaitu mentaliti kelas ketiga yang membelenggu Mahasiswa dan mahasiswi kita....bukan nak memburuk kan tapi lihatlah ditempat perempuan di masjid sana....sampah banyak berserakan, telekung tidak dilipat/diperuk sesuka hati, kadang2 kawan dengan dari mulut buddy kawan Ustaz Aziz dan Ust. Haffizan, mereka sering bengang kalau discover benda2 ni di awal pagi waktu nak kemas masjid......nak kata budak2 semua dah boleh jadik mak budak.....itu adalah imej kerana bukan sahaj orang 'banned' pihak masjid, bahkan siswi kita akan kena tempiasnya.....minta Adik HAdi dapat ketengahkan....

Gunakanlah 'Student Powe' ni dengan sebaik2nya dan dengan cara yang kawan beritahu inilah boleh menjadi pengalaman sampingan utk adik lebih mendekati masyarakat (walaupun masyarakat kampus)....


I made this widget at MyFlashFetish.com.