Friday, May 15, 2009

Bersatu, NGO Perak pelbagai kaum sebulat suara gesa kembalikan hak demokrasi

Ipoh 13 Mei 05:35 p.m | Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak, bersama beberapa pertubuhan NGO Cina dan India sebulat suara menginginkan agar hak mereka sebagai rakyat Perak dikembalikan dan dihormati berikutan suasana kemelut politik Perak yang meruncing masa kini.

Kenyataan tersebut disampaikan semasa sidang media khas di Bangunan Belia Ipoh Perak Darul Ridzuan petang tadi.

Sidang tersebut telah dihadiri oleh ramai wartawan yang melihat satu suasana yang unik apabila melihat Mahasiswa Perak bersama-sama pertubuhan-pertubuhan NGO Cina dan India bekerjasama dan bersepakat bagi memikul suara rakyat di Negeri tersebut.

Presiden Bersatu, Mohd Hafez Sabri meluahkan perasaan tertekan seluruh rakyat Perak berhubung krisis politik yang berlaku di negeri tersebut.

“Kami ingin tegaskan kepada semua pimpinan politik dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat serta kepada Pihak Istana dan seluruh kakitangan Kerajaan bahawa rakyat Negeri Perak sekarang ini secara majoriti sangat-sangat marah, mual dan bosan dengan perbalahan dan kemelut yang tidak tahu penghujung nya ini."

"Kerajaan negeri huru hara, permasalahan dan kebajikan rakyat tidak terurus, ekonomi Perak merudum, mat rempit berleluasa, gejala dadah meningkat, intisusi kehakiman dan polis kelihatan sangat dipergunakan oleh pihak yang lebih berkuasa, wakil rakyat tidak berfungsi malah instisusi kesultanan semakin dicemari dan berbagai lagi persepsi yang tidak elok ada dalam pemikiran rakyat jelata".

"Maka kita menuntut hak demokrasi perlu dikembalikan kepada rakyat,kita mendapati rakyat tidak kira dari PR atau BN masing-masing mahu dun dibubarkan sesegera mungkin agara rakyat kembali aman dan pentadbiran Negeri Perak kembali terurus,” ujar beliau panjang."

Menurut Saudara Alexis yang mewakili suara rakyat kaum India, beliau menzahirkan kepada media berkenaan suasana rakyat Perak secara am berikutan isu kemelut politik di negeri tersebut.

Sementara itu bagi Yuk Choi Han yang mewakili suara rakyat kaum Cina, beliau menggesa agar seluruh persatuan-persatuan Cina di Negeri Perak agar sama-sama bergerak dan memobilasi tenaga rakyat untuk menuntut hak di kembalikan semula kepada rakyat iaitu menggesa agar DUN dibubarkan secepat mungkin

“Kami dari kaum Cina akan sentiasa memberi kerjasama kepada seluruh NGO yang ada di Perak ini dengan sebaik mungkin agar kita rakyat Perak dapat hidup harmorni, saling hormat menghormati dan bekerjasama walaupun kita berbeza dari segi agama dan kaum, saya juga mengucapkan tahniah kepada Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak kerana menjadi suara anak muda yang tegas mempertahankan hak rakyat,”jelas beliau.

Mengakhiri sidang media tersebut, satu kata sepakat dan deklarasi telah diumumkan oleh seluruh pimpinan NGO yang hadir dengan menyatakan seluruh NGO2 Perak tidak kira dari Melayu, Cina dan India akan terus bekerja dan berusaha secara bersama sehingga semua pihak akur untuk mengembalikan semula hak rakyat Negeri Perak.

Dalam pada itu, Hafez Sabri turut membentangkan kepada seluruh kaum Cina dan India yang hadir berkenaan gagasan Bersatu Perak dalam menggerakkan tenaga anak muda di negeri tersebut bagi merakyatkan mahasiswa dan belia bersama seluruh masyarakat di Negeri tersebut.-

mahasiswakini

No comments:


I made this widget at MyFlashFetish.com.