Tuesday, May 5, 2009

Dari Prespektif Presiden Iqra' : Didikan Terhadap "Penyakit"

Penjahilan besar-besaran telah melanda konsep-konsep umum seorang Muslim dalam berbagai persoalan Islam. Hal ini telah merebak pada seluruh sikap dan tingkah laku Muslim. Akibatnya muncullah berbagai konsep, sikap dan waqie’ yang asing, yang sama sekali tidak ada sangkut pautnya dengan hakikat Islam yang sebenarnya.

Akibatnya Islam yang sepatutnya menjadi suatu nikmat terbesar kurniaan Ilahi kini menjadi suatu bebanan. Suatu bebanan yang ditanggung lantaran kejahilan Ummat Islam itu sendiri dalam memahami dan menghayati Islam sebagai suatu nikmat

Ada yang menyedari hakikat ini dan cuba merawatnya Tapi tidak tahu punca-puncanya lantaran tidak tahu bagaimana seharusnya mendiagnosa semua penyakit ini dan memahaminya secara menyeluruh dalam rangka membina semula ummat dan memperbaharui Harakah Islamiyyah serta melancarkan suatu Harakah Islamiyyah yang baik, selamat, memadai dan moden. Kerana dengan semata-mata adanya keluhan, semata-mata keinginan melakukan perubahan secara benar, semata-mata merasai berada pada jalan yang salah dalam hampir semua segi, semata-mata adanya usaha-usaha serampangan untuk mengubati keadaan yang hina dan terkebelakang, dengan semata–mata itu semua! Maka keadaan ummat akan tetap buta terhadap jalan terang. Oleh itu kaedah pengdiagnosaan menyeluruh mesti diketahui.  
Penyakit yang dideritai oleh ummat Islam hari ini adalah penyakit lama yang berulang kembali akibat dari kecuaian dan kealpaan ummat ketika sihatnya. Penyakit ini dulunya hampir memusnahkan ummat manusia tetapi Allah yang Maha Penyayang telah mengutuskan RasulNya lalu membimbing ummat manusia yang sedang dalam kegelapan menuju kepada cahaya dan keluasan hidup, dari penyembahan kepada sesama mahkluk kepada penyembahan Allah yang Maha Esa. 

Tetapi kini penyakit ini semakin merebak dan makin hari makin tenat, hingga ada organ-organ yang lemah dan tak berfungsi, bahkan Tauhid ataupun keimanan kepada Allah yang menjadi jantung Islam itu sendiri telah tenat dan makin kehilangan fungsinya. Kini tanda-tanda kelemahan dan kehancuran ummat mula tampak dalam tingkahlaku dan pergerakan ummat itu sendiri.Ummat Islam hari ini telah mula menolak Syariat dan Hakimiyyah Allah taala, Deen Allah serta janji-janji dan ancaman-ancaman Allah. Dimana ini bermakna kita juga telah menolak redha,rahmat dan bantuan Allah taala; oleh itu hari ini kita melihat Ummat Islam telah hilang Daulah Islamiyyah, Syariat Islamiyyah, Ahklak Islam, Tamadun Islam, Tarbiyyah dan Keperibadian sebenar Islam. 

Penyakit ini tidak akan sembuh melainkan kita merawatnya sebagaimana Rasulullah s.a.w merawatnya dahulu; kita mesti bermula pada titik permulaan dakwah Rasulullah s.a.w. Ummat ini perlu dididik sebagaimana Rasulullah s.a.w mendidik generasi awal dahulu dengan manhaj dan uslub yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w

“Kefahaman yang shahih dan niat yang baik adalah sebesar-besar nikmat Allah s.w.t ke atas hambaNya. Bahkan tidak ada anugerah yang lebih baik dan mulia selepas Islam melainkan kedua-duanya. Kedua-duanya merupakan betis kepada Islam. Islam tertegak di atasnya dan dengannya seorang hamba terselamat dari jalan-jalan orang-orang sesat yang mempunyai kefahaman yang rosak. Beliau termasuk dikalangan orang-orang yang diberi nikmat ke atas mereka, mempunyai kefahaman dan niat yang baik. Mereka berada pada jalan yang lurus yang diperintahkan agar kita memohon dari Allah s.w.t agar Dia menunjuki kita jalan yang lurus dalam setiap solat. Kefahaman yang shahih merupakan cahaya yang dicampakkan oleh Allah s.w.t kedalam hati hambaNya menyebabkan beliau boleh membezakan di antara yang shahih dan fasid, hak dan bathil, petunjuk dan kesesatan, penyelewengan dan kebenaran"
Al-Faqir Ilallah Mohd Hadi Abd Rahman

No comments:


I made this widget at MyFlashFetish.com.