Friday, August 28, 2009

PERUTUSAN KEMERDEKAAN KE 52

MUHASABAH :

SEJAUH MANA KEMERDEKAAN MEMBETUK SAHSIAH MAHASISWA


Kedatangan 31 Ogos pada kali ini lebih bermakna kerana jatuhnya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Mahasiswa semestinya telah di atur pelbagai program yang dapat meningkatkan semangat petrotisme bagi menyambut kemerdekaan. Sesungguhya bertuah golongan mahasiswa pasca merdeka ini kerana tidak perlu memikirkan keadaan negara yang masih lagi di jajah di waktu itu.


Dalam mempertahan maruah agama dan tanah air, tentunya terdapat pelbagai halangan dan cabaran dalam memastikan syariat Islam tertegak di muka bumi milik Allah SWT. Begitu juga mahasiswa yang mendukung perjuangan Islam di bumi kampus dalam memastikan tindakan dari golongan yang mahu menentang dakwah Islam ini daripada terus berkembang.


Tidak salah untuk masyarakat beragama lain meraikan kedatangan Ramadhan yang suci ini, tetapi apa yang dibimbangi dan menghantui saya sehingga kini adalah masih terbayang dibenar fikiran dan hati apabila sempat “menziarahi” mahasiswa UTHM dalam sambutan secara besar-besaran yang telah diadakan bagi memberi santapan hiburan melalui konsert pada 08.08.2009 yang diadakan didalam kampus dan perasmian Majlis Konvokesyen pada 01.08.2009 di Batu Pahat telah membuatkan pihak Kelab Iqra’ kecewa dengan anjuran sedemikian. Hiburan ini bukanlah dapat mendidik jiwa anak muda dalam pembangunan sahsiah mahasiswa.


Saya bukanlah rakyat Malaysia yang anti-nasionalisme, bukan juga mereka yang tidak berjiwa merdeka dan jauh sekali untuk dikatakan sebagai mahasiswa jumud, malah prinsip dan etika hidup mengajar saya untuk menghayati bagaimana untuk mendalami erti kemerdekaan yang sebenar.


Saban tahun kita saksikan masyarakat Malaysia yang mengisytiharkan diri mereka 'merdeka' menyambut Hari Kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti dan program yang telah menodai nilai kemerdekaan yang ada pada tarikh bersejarah itu.


Malam 31 Ogos sering kali menjadi tarikh penting untuk muda mudi berpesta dan bersuka ria berlatarbelakangkan persembahan konsert daripada artis-artis yang berpakej menyimpang dari norma kehidupan sebagai seorang warganegara Malaysia yang merdeka. Penganjuran program sambutan kemerdekaan yang berwajahkan aktiviti yang tidak menghargai penat lelah pejuang-pejuang kemerdekaan sering kali mendapat kutukan dan hamburan sinis dari sesetengah pihak yang ada nilai kesedaran dalam diri mereka, namun teguran dan nasihat sebegini dijadikan bahan gelak tawa mereka bahkan ada yang melabelkan nasihat tersebut sebagai 'musuh negara'.


Terang lagi bersuluh perkara yang sama bakal kita hadapi hanya beberapa hari yang akan mendatang. Sambutan ini bukan hanya mendapat penganjuran besar-besaran diperingkat nasional, malah sehingga peringkat akar umbi termasuk kampus-kampus yang menjadi kilang pemimpin masa depan turut dididik dengan budaya merosak dan menghina nilai kemerdekaan negara.


Selingan doa selamat dan nyanyian patriotik lagu-lagu kebangsaan sudah cukup untuk mengaburi mata rakyat dalam menyatakan pemimpin-pemimpin negara kita pemimpin yang berjiwa merdeka, sedangkan terlalu banyak aktiviti yang dijalankan telah menodai kesucian sebuah kemerdekaan. Inilah dia gambaran sebenar senario politik negara yang menjual maruah negara tanpa kita sedari walhal minda dan akhlak kita sedang dijajah oleh agenda Yahudi laknatullah.


Paling menyentuh hati dan membuatkan iman meronta apabila memikirkan persoalan 'Merdeka' yang bakal diasimilasikan bersama kehangatan sambutan 'Ramadhan'. Mungkin ada dikalangan mereka yang beragama Islam seperti yang tercatat di atas kad pengenalan mereka, sedang sibuk membantu menghiasi suasana untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang jatuhnya sehari sebelum kehadiran Ramadhan.


Oleh itu, Kelab Iqra’ dengan kerjasama JTPI serta BKE Kolej Kediaman telah mengambil inisiatif mengadakan program GEMERSIK (Gerakan Mencari Ramadhan, Sinar Kebahagiaan) bagi mengajak mahasiswa Islam menyambut Ramadhan dengan mengisi masa untuk memperuntukkan diri kepada Allah SWT dalam mendidik hawa nafsu supaya tunduk mengabdikan diri kepada Allah SWT.


InsyaAllah, bersempena hari kemerdekaan ini, semua mahasiswa/i UTHM yang beragama Islam dijemput hadir ke masjid UTHM bermula 30 Ogos 2009 sehingga 31 Ogos 2009 untuk melibatkan diri dalam program yang telah dianjurkan oleh Biro Rakan Muda, Rekreasi dan Kebudayaan, Masjid UTHM.


Allahurabbuna

No comments:


I made this widget at MyFlashFetish.com.