Sunday, August 16, 2009

Adakah Sejarah Mungkin Berulang? Bersabarlah....

Salam..

Pertamanya... Tahniah buat semua graduan UTHM yang berjaya naik ke pentas untuk menerima skroll pada Majlis Konvokesyen UTHM ke-8 yang diadakan baru-baru ini. Kepada sahabat - sahabat seperjuangan ucapan tahniah ana ucapkan buat antum.

Sahabat se-Genarasi ana iaitu Akhi Fikri dan Fadli yang kedua-duanya berjaya menamatkan pengajian diploma (jangan lupa untuk menyambung pengajian). Tidak lupa juga kepada abg Fadli Mustafa yang jugak sahabat se-Generasi ana yang banyak menemani ana pada ketika dahulu. Bagi sahabiah muslimat se-Generasi ana iaitu Ukhti Aizatul, Fadilah, Liyana dan Azila, Tahniah ana ucapkan kepada antum yang kini telah meyambung pengajian ditempat yang sama. Tidak ketinggalan, ucapan tahniah buat abang-abang yang kini berada di dalam medan perjuangan yang juga selamat menghadiri majlis Konvo baru-baru ini antaranya abg zul, abg irwan, abg raziman, abg azrin, abg hasri, abg jehe, komeng, dan lain2... Tidak ketinggalann jugak akak-akak yang banyak menyumbangkan tenaga antum kepada Islam. Ana doakan mudah-mudahan agar antum istiqomah dalam perjuangan Islam yang tidak ada penghujung. Tahniah sekali lagi !!!


Teringat ana sewaktu ketika ana dianugerahkan Pelajar Diploma Terbaik Kejuruteraan dan Teknologi yang dikurniakan oleh Canselor UTHM (Tengku Mahkota Johor) iaitu Anugerah Puan Sri Sapura pada Majlis Konvokesyen UTHM ke-7 (sesi lepas).
Kembali terpaut kenangan yang mungkin indah pada ketika tu. Pada hakikatnya.... Ia hanya satu kenangan yang perlu jadi sejarah dan tinggalan buat selamanya... Adakah Sejarah Mungkin Berulang? Memori berkenaan hanya boleh dikenangkan pada ketika tertentu sahaja. Ia bukanlah merupakan satu kejayaan yang perlu dibanggakan. Kejayaan yang hakiki adalah mendapat tempat di syurga Allah w'pun ia susah untuk dicapai..



Sewaktu itu antara yang menemani ana di Majlis Konvokesyen berkenaan adalah antaranya sahabat ana Muhaimin, Abg fadli, Abg Faisal yang kini menjawat jawatan sebagai Tutor di FKMP. Abg Irwan yang juga selama ini menjadi tempat berada didalam hati ana sempat menemani tika ibu dan ayah ana tidak dapat hadir sewaktu Majlis Penganugerahan Diploma.



Pada hari pertama penganugerahan, jauh dari pentas ana melihat mak menangis melihat ana menerima Anugerah Puan Sri Sapura. Kesian mak... Mungkin dalam dewan banyak habuk kot..
Pada hari ketiga Majlis Konvokesyen, mak dan ayah telah pun pulang ke rumah. Sahabat-sahabat ini lah yang menjadi teman untuk bergambar dan meraikan ana pada hari tersebut. Hilang rasa sedih... Alahai...sentimentalnya presiden Iqra' ni...



Di hari konvokesyen pada kali ini, ana hanya sempat meraikan sahabat diploma iaitu fikri, fadli, liyana, azila, aizatul dan fadilah (fadilah ana x kelihatan). Abang-abang yang lain, ana minta maaf sebab tak dapat raikan. Ana sedikit sibuk menguruskan Forum Bicara UTHM memandangkan kesihatan ana kurang memuaskan pada hari-hari konvokesyen berlangsung. Maafkan ana ye...


Dikesempatan pesta konvokesyen tersebut, kesibukan tugas dan tanggungjawab dalam menjalankan amanah dakwah ini seperti biasa ana mencuri masa untuk kembali melapangkan diri... Ana sempat untuk melatih kembali sukan polo yang telah lama ana tinggalkan sejak dibangku sekolah. lagi. Ketika inilah ana kerahkan sedikit daya untuk menunggang kuda.

Keterbatasan keluasan kawasan menyebabkan ana kurang selesa disebabkan mereka menghadkan kawasan tunggangan kuda. Kali terakhir adalah di bandung Indonesia.

Pada ketika itu, skill tunggangan kuda masih menyerlah. Maklumlah pada ketika tu, ana masih lagi giat berlatih. Itulah sejarah lama yang masih dapat dikenangkan sedikit sebanyak.

Antara sukan yang ana tinggalkan adalah extrem game bike yang dulu ana peruntukkan untuk bike RM 1200. Selain itu, kejohanan taekwando yang hampir 13 tahun telah berkecimpung semenjak di darjah empat. Teringat ana sewaktu pertandingan Kejohanan Taekwando Remaja Kebangsaan mewakili negeri Kedah ketika didewan besar negeri Perak semenjak 5 tahun yang lalu. Kali terakhir ana mengikuti kejohanan seni mempertahankan diri adalah ketika ana di tahun 2 pangajian Diploma sewaktu Kejohanan Terbuka IPT yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI). Alhamdulillah merangkul pingat gangsa.

Dalam sukan menembak, pengalaman yang sukar dilupakan adalah dimana memenangi pingat Emas acara menembak piring berkumpulan di Sarawak sewaktu menceburi Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM). Pada ketika itu, persiapan dalam melatih menembak menggunakan senjata M16 berpeluru hidup menjadi rutin mingguan ke kem 6briged Sungai layar. Dalam masa yang sama, kumpulan ana Johan peringkat kebangsaan dalam kawad kaki. Hampir 3 tahun ana didalam PKBM dari Form 1 sehingga Form 3. Rindu rasanya nak mencekah senapang, merasai sebagai ketua Platun , berkedudukan untuk menembak pada 5 kedudukan posisi yang berbeza. Allahuakbar... Teringat dengan ke-aktifan ana dulu. Dahulunya Ana digelar 'manja' oleh Leftenan Muda Lutfi. Dia rapat dengan ana. Maklumlah, ana lah ahli kadet yang paling kecil ketika tu. Erm.....Adakah Sejarah Mungkin Berulang?.

Ana mula berkecimpung aktiviti kerohanian semenjak ana memasuki Sekolah Men. Teknik Alor Star. Tinggal sudah aktiviti-aktiviti lasak. Ana mula mengenali usrah bersama naqib pertama ana iaitu Ustaz Farid Din yang dulunya Mantan YDP USIM. Ana diajar untuk berceramah, menuntut Ilmu, menjadi Imam di surau sekolah sehingga kini terbawa-bawa mengimamkan jamaah di masjid kampung ana (Kg. Penguhulu Him) jika ketiadaan imam. Ana mula giat menghafal Al-Quran sejak di tingkatan 4. Menjawat jawatan sebagai pengerusi Persatuan Pendidikan Islam pada waktu tersebut. Pada ketika itu, ana masih tidak mengerti perjuangan Islam ni cukup hebat rintangan dan dugaannya...

Kini..... Tubuh badan yang kecil ini telah pun ditaklifkan dalam memikul amanah. Pelbagai rintangan dan dugaan dalam melaksanakan dakwah. Ana terpaksa tinggalkan semua aktiviti yang menjadi kenangan sewaktu ketika dulu kerana diri ana dipinjamkan oleh Allah untuk perjuangan Islam.

Selagi mana ana berpijak dibumi Allah. Selagi itulah diri kerdil ini diwakafkan untuk Islam. Doakanlah ana supaya Istiqamah.


Buat Sahabat-sahabat....

Islam tidak menegah atau menghalang umatnya mencari kekayaan dan kebahagiaan di dunia, sebaliknya apa yang ditekankan ialah memburu kebahagiaan hidup di dunia dan janganlah sampai terlupa tanggungjawab mempersiapkan diri dengan amalan serta bekalan kehidupan akhirat. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud.
"Dan carilah kurniaan Allah untuk kebahagiaan di akhirat disamping itu jangan pula engkau lupa kepada kebahagiaan di dunia".
(Al-Qasas : Ayat 77)


Buat Tentera-tentera Muhammad SAW....

Bersabarlah kita dalam melaksanakan amanah untuk terus menjalankan usaha dakwah. Sesungguhnya, perjuangan Islam itu tidak ada hamparan suatu jalan yang senang. Bersabarlah...

"Demi sesunggunnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah : Ayat 155)


Selagi mana diri yang hina ini berpijak dibumi Allah. Selagi itulah diri kerdil ini diwakafkan untuk Perjuangan Islam


Sekian Dari....
Al-Faqir Ilallah...
Mohd Hadi Abd Rahman...

No comments:


I made this widget at MyFlashFetish.com.